Skip to main content

5 Blueprint Najib Digagalkan DAP Melalui Mahathir

Dato Sri Najib seorang yang amat berpandangan jauh disamping mempunyai seni ekonomi yang tidak dapat dinafikan kehebatannya oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum dan selepasnya.

Selama 9 tahun menerajui negara, banyak perancangan jangka panjang dan pendek kepada hala tuju negara telah dilaksanakan tetapi ada 5 blueprint jangka panjang yang telah atau bakal digagalkan Mahathir sebagai boneka DAP.


TRANSFORMASI NEGARA 2050



Dato' Sri Najib telah mengambil langkah pantas dengan mengagaskan TN50 sebagai satu hala tuju yang membolehkan kita melonjak ke arah mencapai matlamat 'Top 20 Nations' di dunia kelak. 

Perancangan ini disusuli dengan pelbagai aktiviti forum dan dialog diseluruh negara bagi mengumpulkan idea-idea rakyat bagi dimuatkan untuk membentuk satu negara bangsa yang benar-benar berwibawa, ekonomi, sosial dan minda di dalam pelan tindakan TN50.

TN50 merangkumi 4 inisiatif penting kepada tadbir urus yang baik
  1. Konsep 1Malaysia
  2. Program Transformasi Kerajaan
  3. Program Transformasi Ekonomi termasuk Revolusi Perindustrian Keempat dan Ekonomi Digital.
  4. Transformasi Nasional 2050 (TN50) (menjadi program pembangunan jangka panjang) 
Apa yang menarik tentang TN50, Dato' Sri Najib tidak merangka dengan menggunakan idea kerajaan semata-mata seperti mana yang dilakukan Tun Mahathir pada pelan Wawasan 2020. Sebaliknya Dato' Sri Najib merangka Transformasi negara yang berteraskan usahasama antara Kerajaan dan penglibatan rakyat secara menyeluruh terutama anak-anak muda dari pelbagai bidang mereka.


Hampir dua juta belia Malaysia telah didampingi sepanjang 2017 dengan 62,000 aspirasi telah dikumpulkan dalam penyediaan Kanvas Belia TN50 bagi mencerminkan sebuah rupa bentuk Malaysia yang diingini anak muda Malaysia ketika negara melangkah melepasi tahun 2020.


BLUEPRINT PRODUKTIVITI MALAYSIA

Blueprint Produktiviti Malaysia menyasarkan pertumbuhan minimum produktiviti buruh 3.7 peratus setahun sehingga 2020 ini bertepatan dengan sasaran negara mencipta 3 juta peluang pekerjaan baru, seperti mana yang dinyatakan dalam manifesto BN pada PRU14. 

Peningkatan produktiviti berimpak tinggi akan menyumbang kepada aspirasi negara berpendapatan tinggi dan status 20 negara terbaik dari segi pertumbuhan ekonomi dan ini juga merupakan sebahagian dari agenda dalam Pelan Tindakan TN50.

Blueprint Produktiviti Malaysia menggariskan lima teras strategik, 10 inisiatif nasional, 43 inisiatif sektor dan 16 perkara tindakan. Pelaksanaan Blueprint Produktiviti Malaysia akan dibiayai melalui sekurang-kurangnya 89 program sedia ada menerusi Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) dengan peruntukan RM9.5 bilion bagi tempoh 2017 hingga 2020.

Menerusi pelan berkenaan, kerajaan menetapkan sasaran menggandakan pertumbuhan produktiviti buruh kepada 3.7 peratus pada 2020. Ini membuktikan walaupun Dato' Sri Najib mempunyai perancangan jangka panjang baru seperti TN50, beliau juga tidak melupakan sasaran Wawasan 2020 dimana beliau sentiasa memikirkan langkah-langkah bersesuaian bagi melengkapkannya.



PELAN TINDAKAN MASYARAKAT INDIA MALAYSIA


Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia adalah satu dokumen rasmi kerajaan untuk pembangunan komuniti masyarakat india untuk tempoh 10 tahun akan datang.
Di bawah pelan itu Dato' Sri Najib memperuntukan RM500 juta bagi skim dana saham di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) khusus untuk memupuk tabiat menabung bagi golongan B40 kaum itu.
Malah beliau juga menubuhkan dana pusingan berjumlah RM500 juta bagi memenuhi keperluan pinjaman perniagaan komuniti tersebut.Termasuk melakukan intervensi-intervensi tertentu untuk meningkatkan enrolmen pelajar-pelajar India di universiti awam, kolej dan politeknik sekurang-kurangnya tujuh peratus.
Ini untuk pelajar-pelajar dari kalangan masyarakat india yang menghadapi kesukaran melanjutkan pengajian di peringkat tinggi, kerajaan pada masa itu dengan kerjasama Indus Education Foundation akan memperuntukkan berjumlah RM40 juta bagi tempoh empat tahun akan datang.
Sasaran untuk meningkatkan penyertaan kaum India dalam perkhidmatan awam sekurang-kurangnya tujuh peratus pada semua peringkat gred menjelang tahun 2026. Ini membuktikan Dato' Sri Najib adalah Perdana Menteri pertama yang melancarkan pelan tindakan khusus bagi membela masyarkat india. Tetapi sayang Maysarakat inda tidak menghargainya malah Pelan Tindakan ini dibatalkan oleh Kerajaan Baru pilihan mereka.

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Rangka tindakan ini menyediakan satu pelan komprehensif bagi satu transformasi yang pesat dan mampan dalam sistem pendidikan kita sehingga tahun 2025. Dari bagaimana kita mendekati pembelajaran pelajar-pelajar, cara kita mengambil, melatih dan memberi ganjaran kepada guru-guru dan pengetua kita, sehinggalah kepada bagaimana Kementerian Pendidikan itu sendiri beroperasi.
Dibangunkan dengan tiga objektif khusus iaitu:

1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan kualiti, merapatkan jurang pencapaian, mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid serta mengoptimumkan kecekapan sistem.

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid serta sistem pendidikan secara keseluruhan dalam tempoh 13 tahun.

3.Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian Pendidikan bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.

* PPPM berhasrat mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

* Selain keberhasilan sistem, pihak berkepentingan juga jelas tentang tahap kualiti yang perlu ada pada setiap individu murid dengan mempunyai enam ciri utama mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.


Di bawah kerajaan baru, Menteri yang dilantik telah menunjukkan rasa tidak berminat tetapi tidak mustahilakan bertindak menyalin kulit buku dengan nama baru!

DASAR PENDIDIKAN TAHFIZ NEGARA


Melalui dasar Pendidikan Tahfiz Negara, seiring dengan aspirasi TN50, perancangan Dato Sri Najib yang dibantu bersama oleh Dato Seri Dr Ahmad Zahid menyasarkan yang 125,000 huffaz dilahirkan, yang bukan sahaja menghafal al-Quran tetapi juga mempunyai kemahiran dalam disiplin dan bidang ilmu profesional iaitu generasi Ulul Albab.



Ini mengariskan 4 MODEL KURIKULUM TAHFIZ DIRANGKA DI SELURUH NEGARA:



1. Pengajian tahfiz Al-Quran bersama mata pelajaran Sains.
2. Pengajian tahfiz Al-Quran bersama modul kemahiran.
3. Pengajian tahfiz Al-Quran bersama kitab Turath.
4. Pengajian tahfiz Al-Quran bersama mata pelajaran agama Islam.

Matlamat Dato' Sri Najib adalah untuk mengangkat martabat pendidikan tahfiz sama taraf dengan pelbagai jurusan pendidikan lain. Ini boleh mengelak pendidikan tahfiz dipandang tidak memberi masa depan yang jelas malah dipandang sepi oleh sebahagian besar masyarakat islam kerana takut anak-anak mereka hanya menjadi golongan tabligh yang berkelana dari satu suarau ke satu masjib menyampai ilmu sambil memohon sedikit bantuan sara hidup

Pelan Tindakan ini akan menjadikan golongan tahfiz dianggap sebagai salah satu bidang profesional malah Dato' Sri Najib berharap lebih ramai golongan Huffaz diserapkan dalam pelbagai bidang professional samada dalam pelbagai jebatan kerajaan dan syarikat swasta.


PENUTUP

Dalam pada itu ada dua Blueprint yang diberi perhatian oleh kerajaan baru setelah pelan tindakan ini telah sempurna dan hanya tinggal dari segi pelaksanaan iaitu Revolusi Perindustrian Keempat dan Ekonomi Digital. 

Dato' Sri Najib adalah seorang yang berpandangan jauh tapi sayang ramai rakyat tidak namapak akibat lebih taksud kepada fitnah DAP! 




Comments

  1. you want to believe there is no limit to your belief , even if something is stolen right before your eyes , you will still choose not to believe.

    ReplyDelete

Post a Comment