7 Kisah Syiar Islam Kelas ke-3 Dalam Kerajaan Mahathir Boneka DAP!




Selama ini banyak yang telah diperkatakan berkenaan kedudukan Islam di Malaysia dilupakan rakyat hanya kerana percayakan fitnah Mahatir sang boneka DAP Lim Kit Siang.

1. Kedudukan Islam
Orang melayu lupa kerajaan pimpinan Barisan Nasional di bawah Dato Sri Najib sentiasa komited dalam mendukung Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. 

Mereka lupa bagaimana Lim Kit Siang berani mempertikaikan kedudukan Agama Islam sebagai agama persekutuan di sidang parlimen! Sekarang orang melayu boleh melihat bagaimana kedudukan islam dijadikan kelas 3 dalam kerajaan Pakatan Harapan

2. Perkembangan Syiar Islam
Kalau diselami dan dilihat secara menyeluruh, banyak yang telah dilakukan oleh kerajaan BN dahulu untuk memastikan Islam terus berkembang dan kebajikan umatnya di Malaysia terus dipelihara.

Sebagai contoh, dalam Bajet 2017, Dato Sri Najib telah mengumumkan peruntukan RM50 juta kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan RM50 juta kepada Sekolah Pondok yang berdaftar.

Buat julung kalinya juga, kerajaan juga memperuntukkan RM30 juta bagi menyelaraskan pendidikan tahfiz melalui Dasar Tahfiz Negara. Langkah ini penting dalam menentukan hala tuju negara ke arah memastikan institusi pendidikan tahfiz Al-Quran terus subur dan berkembang.

3 Pendidikan Tahfiz
Kerajaan juga sedar bahawa pendidikan Al-Quran dan tahfiz Al-Quran adalah ramuan signifikan dalam memelihara Islam, lebih-lebih lagi dalam memberi penyediaan kepada golongan cendiakawan Islam untuk menolak tohmahan dan fitnah golongan ekstremis terhadap Islam. Ini juga adalah salah satu cara kerajaan untuk memastikan fahaman ekstremis tidak menular di Malaysia.

Ini sejajar dengan visi Dato Sri Najib untuk membina sumber tenaga manusia yang holistik, bukan sahaja berkebolehan dari segi akademik tetapi berkeupayaan dalam pelbagai aspek termasuk ketakwaan dan jati diri sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Tetapi apa yang berlaku sekarang? Kedudukan pendidikan tahfiz dianak tirikan dengan dipinggirkan langsung malah PRO-PH dengan lantang mendesak JAKIM menghentikan peruntukan dana kepada Tahfiz.

4. Kebajikan 
Selain itu, Semasa zaman BN kebajikan imam, bilal dan siak turut dipelihara di mana sebanyak 15,000 imam di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di seluruh negara telah menerima kenaikan elaun daripada RM750 kepada RM850 sebulan. 16,000 siak dan bilal turut menerima bantuan RM500 secara one-off manakala elaun guru kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) telah dinaikkan kepada RM900 daripada RM800 sebulan, sekaligus memanfaatkan hampir 33,000 orang guru. Sekarang apa yang berlaku?

Guru-guru Kafa dipecat, elaun Iman dan SIak bukan sahaja tidak dinaikan seperti dijanjikan sebaliknya dipotong malah sebulan tidak dibayar elaun!

Dato'Sri Najib tidak pernah abaikan kebajikan golongan ini yang berkecimpung dalam bidang agama ini akan terus menjadi agenda utama kerajaan dalam memperkasakan agama Islam. Tetapi zaman Mahathir seperti ketakutan untuk bersuara soal ini. 

Malah Mat Sabu yang kononnya presiden parti islam PANNNNNN langsung tidak berani atas nama mempertahankan islam setelah dia bergitu asyik dibenarkan guna apa sahaja aset Angkatan Tentera Malaysia seperti pulang ke kampung guna Heli ATM, guna pesawat ATM balik kampung dengan pembelanjaan sekalai pulang cecah RM200,000 untuk hantar dia seorang pulang bagi satu perjalanan.

Ini sudah cukup untuk membuatkan Mat Sabu lupa apa ikrarnya semasa menubuh parti PANNNN yang dibiayai sepenuhnya oleh DAP.

5. Haji
Zaman Dato Sri Najib, pengurusan haji untuk rakyat kita yang beragama Islam. Dalam memastikan rakyat kita berpeluang menunaikan Rukun Islam yang ke-5, kerajaan sepatutnya akan memberi subsidi sebanyak RM200 juta pada tahun 2018 berbanding tahun 2017, RM160 juta. Alhamdulillah, adanya hubungan baik kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Arab Saudi, kuota jemaah haji buat negara kita juga telah ditambah kepada 30,200 orang. Tetapi sekarang Mat Sabu tarik balik penempatan ATM di Arab Saudi.

Apa akan dengan keistimewaan kouta mengerja haji yang diberikan Arab Saudi? Malah sikap kerajaan Guan Eng yang membatalkan peruntukan pembiayai penuh 1200 jemaah haji tahun ini dimansuhkan malah kedudukan subsidi haji masih samar-samar dan tidak mustahil tiada lagi subsidi haji setelah islam dijadikan kelas ke 3 dalam kerajaan Mahathir Boneka DAP.

6. Pentabiran Islam
Dari segi pentadbiran, pendekatan wasatiyyah yang diambil oleh kerajaan BN ketika itu, telah menarik minat banyak pihak dan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam progresif di mata dunia. Kita telah mendapat banyak pengiktirafan antarabangsa dalam usaha kita memerangi keganasan, contohnya semasa lawatan saya ke India baru-baru ini, Perdana Menteri Modi telah menyatakan minat beliau dalam pelan de-radikalisasi Malaysia. Suara kita turut didengari apabila kita membantah kekejaman terhadap etnik Rohingya di Myanmar. Ulama-ulama terkenal seperti Mufti Menk juga menyokong usaha-usaha Malaysia dalam menyebarkan Islam yang berpaksikan kesederhanaan dan kasih sayang.

Ingin saya tekankan bahawa konsep wasatiyyah, keadilan sosial dan kesaksamaan akan terus menjadi pegangan saya selagi saya menjadi Perdana Menteri, termasuk dalam hal ehwal politik. Tetapi dengan sikap Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan berlagak buat kerja Kementerian Luar Negeri Malaysia hingga sanggup mencari pasal dengan negara islam lain seperti Arab Saudi.

Bukan itu sahaja kerajaan sekrang langsung tidak ambil peduli prihal konflik islam di dunia. Apatah untuk membantu sebarang bantuan kemanusian kepada negara islam lain. Mahathir kelihatan langsung tidak berani bersuara dan tidak seperti semasa dia menjawat PM ke-4 tapi kali ini DAP lebih berkuasa dari Mahathir1

7. Ekonomi Islam
Alhamdulillah, kerjasama umat Islam di Malaysia di zaman BN bagi memastikan kebajikan umat dan kesucian agama terus dipelihara semakin baik.

Hingga Dato Sri Najib bersikap sebagai seorang bertanggungjawab dalam pembangunan ekonomi islam, hingga tiada negeri yang ditinggalkan. Contohnya, dalam merangka projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS akan turut menerima manfaat pembangunan di mana stesen terakhir akan terletak di Pengkalan Kubor, Tumpat. Tetapi sekarang semua itu tidak penting! Yang peneting Kroni Mahathir dapat extra RM15 bilion dari projek yang sepatutnya RM55 bilion!

Apakah kesudahan kepada kedudukan islam di Malaysia hasil dari tangan-tangan anak generasi baru melayu yang tidak kenal siapa Mahathir dan siapa DAP? Sekarang siapakah yang benar-benar berdosa? |||MdFadzil

#FaktaBukanAuta #MahathirBapaMalapetaka #SelamatkanMalaysia#RinduZamanNajib

Comments