Manifesto PH Dimansuh Kerana Projek Kroni RM100 Bilion, Guan Eng

Janji Guan Eng apa? Semasa membentangkan manifesto PRU-14, Pakatan Harapan (PH) berjanji untuk menurunkan harga petrol dan diesel yang diapungkan oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu kepada RM1.50 seliter sekiranya memenangi pilihan raya.

Kalau setakat apungkan kepada RM2.20 seliter minyak ini sememang telah dibuat oleh Dato Sri Najib ketika harga minyak naik sekitar USD70 setong.

Tidak perlu Guan Eng guna alasan Malaysia bankrap sedangkan dia luluskan extra RM15 bilion untuk projek ECRL kepada Vincant Tan, yang sepatunnya hanya RM55 bilion ketika zaman Dato Sri Najib! Adakah rakyat buta angka?


Tidak perlu Guan Eng gembar gemburkan terpaksa tangung RM6 bilion untuk subsidi minyak RM2.20 seliter bagi tempoh 6 bulan. Sepatutnya jika Guan Eng jimatkan perbelanjaan kos ECRL dari membayar extra RM15 bilion adalah cukup membiayai subsidi minyak RM1.50 seliter. Ini adalah contoh alasan yang digunakan Guan Eng semasa menjadi pembangkang sebelum PRU14.

Kenapa sekarang tidak boleh buat! Adakah kewangan negara sekarang tidak cukup membiayai perut para kroni hingga rakyat dipujuk-pujuk menderma untuk tabung Harapan konon. Harapan untuk siapa kalau selama 6 Minggu Guan Eng menjadi Menteri Kewangan hanya kroni sahaja mendapat mamfaatnya. Hak-hak rakyat seperti dijanjikan mana? Semua BR1M dah dipotong dari RM2000 tinggal RM1200! Janji mansuh PTPTN dan TOL dibatalkan?

Harapan apa ini kalau setakat ini kroni Vincent Tan dapat projek tanpa tender projek ECRL sebanyak RM70 bilion dan Ting Pek Khing dapat projek di Lamkawi RM30 bilion! Ini adalah pembaziran yang sering mereka war-warkan semasa sebalum PRU14. Jumlah ini cukup untuk membiayai subsidi minyak RON95 RM1.50 seliter, Mansuh PTPTN dan TOL di seluruh negara! Ini alasan mereka sebelum dapat kerajaan dan bila menjadi kerajaan kenapa tidak boleh buat?

Adakah Guan Eng dan bonekanya Mahathir lebih mesra kroni dari rakyat hingga Kroni didahulukan rakyat dikencing-kencingkan. Kalau setakat derma Vincent Tan RM550 juta untuk tabung harapan siapapun boleh buat kalau dapat projek ECRL extra RM15 bilion dan dapat lesen Judi Sukan di Malaysia! |||MohdFadzil


#FaktaBukanAuta #MahathirBapaMalapetaka #SelamatkanMalaysia #RinduZamanNajib




Comments