Guan Eng Punca Kroni Mahathir Semakin Pelahap!

Guan Eng semanjak menjawat Menteri Kewangan, kerja lain tidak ada, melainkan hari-hari buat sidang media menjatuhkan Dato' Sri Najib. Kelibatnya sudah macam Nujum Pak Berlalang, ada sahaja ramalan dalam mangkuk ayunnya!

Bila Anwar menegur Guan Eng, kurangkan spekulasi berasaskan dendam politik dan tumpukan menarik masuk pelabur. Guan Eng bidas Anwar dengan mempertahankan ini tugas hakikinya sebagai seorang Menteri Kewangan malah ini arahan Mahathir.

Guan Eng membawa musibah kepada ekonomi negara, kerana jika dua bulan lepas pelabur minat masuk melabur di Malaysia, kini tiba-tiba pelabur secara berjemaah tinggalkan pasaran Malaysia sehingga negara kehilangan modal pelaburan berbillion-billion Ringgit dalam tempoh hanya beberapa minggu, boleh dikatakan purata 300-600 juta sehari negara kehilangan pelaburan dan keyakinan kepada Kerajaan untuk mentadbir ekonomi negara.

Dalam keseronokan Guan Eng dan Mahathir mempermain-mainkan rakyat dengan spekulasi negara bangkrap! Rakyat dipujuk-pujuk untuk menderma bagi menyelamatkan negara yang kononnya diberlengu dengan hutang!

Bergitu juga dengan gimik ECRL sebelum PRU14 PH sepakat untuk memberhentikan projek ini kerana tidakmahu Malaysia dijajah oleh pelabur China kononnya. Pada awal minggu selepas PRU14 memang beria-ia Guan Eng dan Mahathir untuk mansuhkan projek ini. Tetapi setelah pada 16 Mei 2018, Vincent Tan telah membeli dan menjadi pemegang saham penting Syarikat T7 Global. Iaitu sebuah syarikat yang kendalikan projek ECRL yang dibatalkan.

Tiba-tiba Guan Eng naikkan kos ECRL kepada RM70 bilion dari sepatutnya kos sebenar yang diluluskan Dato' Sri Najib dengan kerjasama pelabur negara China adalah RM55 bilion. Ini diperakui dan dipersetujui oleh negara China yang kos keseluruhan hanya RM55 bilion, mereka akan siapkan tanpa apa-apa kos tambahan!

Kenapa Guan Eng tuduh kos sebenar RM70 bilion sebab Guan Eng mencari helah untuk membolehkan menaikan kos RM15 bilion dan akhir Vintant Tan yang untung dapat buat projek ECRL! 

Yang peliknya rakyat boleh pulak kagum dengan Vincent Tan boleh menderma untuk Tabung Harapan hingga RM550 juta. Perhh kalau ada extra RM15 bilion apalah sangat dengan RM550 juta?


Ini yang aku tidak faham! sepatutnya peranan Guan Eng kurangkan kos RM55 bilion bukan tambah RM15 bilion. Benda-benda macam ini kenapa SPRM tidak buat siasatan? Sekarang siapa yang bodoh! Guan Eng yang bodoh atau rakyat yang bodoh!

Adakah rakyat rasa berbaloi menderma untuk tabung harapan semata-mata untuk membolehkan Vincent Tan dapat projek ECRL dengan etra peruntukan RM15 bilion? 

Untung jadi kroni Mahathir duduk serapan pagi senang-senang dapat projek. Rakyat dapat apa PTPTN dah dimansuhkan ke belum! BR1M kena potong! Minyak RM1.50 seliter tinggal janji je! Sekarang siapa yang bodoh?



#FaktaBukanAuta #MahathirBapaMalapetaka #MahathirBonekaDap#RinduZamanNajib







Comments

  1. lopsided comment is uncalled for. Do not be political motivated and steer instability in your nation .

    ReplyDelete

Post a Comment