Guan Eng Punca Rizab Negara Susut RM2.4b & Hutang Naik RM24b

Pesanan Anwar kepada Guan Eng, kurangkan spekulasi bongkar kerana dendam untuk menjatuhkan Dato' Sri Najib, sebaliknya tumpukan kepada kedudukan kewangan dan ekonomi negara supaya setabil setelah pengambilalihan kerajaan kerajaan, tidak diendahkan Guan Eng. Sebaliknya dia terus menerus mempedulikan tangungjawab sebenar sebagai seorang Menetri Kewangan tetapi belagak macam dia Ketua SPRM.

Sikap Guan Eng yang buta kewangan ini menyebabkan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) susut RM2.4 bilion pada 31 Mei 2018. AS$107.9 bi­lion (RM431.6 bilion) setakat 14 Jun 2018 berbanding AS$108.5 bilion (RM434 bilion).

Malah bukan setakat itu, Pasaran saham Malaysia te­lah menjadi antara yang terburuk di dunia sejak April, menyusut lebih daripada 10%. Dengan Pelabur asing telah menarik keluar sejumlah AS$880 juta (RM3.5 bilion) daripada ekuiti tempatan bulan jun selepas membawa keluar AS$1.4 bilion (RM5.62 bilion) pada Mei, iaitu ketika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum dan menumbangkan Barisan Nasional.

FBM KLCI pada pukul 12.30 tengah hari 21 Jun 2018, susut di bawah paras kritikal 1,700 mata apabila kehilangan 18.47 mata kepada 1,691.28 mata. Ini merupakan paras terendah yang pernah dicatatkan sejak 8 Februari 2017 apabila FBM KLCI ditutup pada 1,688.50 mata.

Lebih memburukkan lagi Ringgit juga merosot dan ditutup pada kadar RM4.0165 berbanding dolar Amerika selepas ditutup pada kadar RM4.0020. Inflasi meningkat kepada 1.9%.

Lebih menyedihkan KWSP yang telah kukuh sejak 9 tahun pentadbiran Dato' Sri Najib dan BN iaitu pemulihan KWSP dari zaman bala kerugian di era 22 tahun Mahathir. Mengalami kerugian RM6.09 bilion semenjak 30 hari Guan Eng memikul tangungjawab sebagai Menteri Kewangan.

Dengan kerugian KWSP ini Guan Eng masih berpura-pura tidak mengakui ia telah menyebabkan KWSP mengalami kerugian bagi jangka panjang!

Masalah kerugian KWSP adalah bersangkut paut dengan semua fakta di atas, iaitu para pelabur yang ditarik masuk oleh Dato' Sri Najib selama 9 tahun sudah dimusnahkan oleh Guan Eng dalam masa 30 hari. bagaimana ini dinafikan bukan kerugian bagi jangka masa panjang.

Semasa KWSP pada zaman Dato Sri Najib, KWSP mencatat prestasi keseluruhan yang kukuh melangkaui semua kelas aset dalam portfolio, di mana sebahagian besar didorong oleh pelaburan dalam ekuiti global yang mendapat manfaat daripada keadaan pasaran yang bertambah baik. Setakat 31 Disember 2017, jumlah aset pelaburan KWSP berjumlah RM791.48 bilion. Kelas aset ekuiti, yang merangkumi 42% daripada jumlah aset pelaburan KWSP, menjana RM31.47 bilion untuk tahun 2017. 

Daripada pendapatan pelaburan kasar RM53.14 bilion yang dijana untuk tahun tersebut, lebih daripada 40 peratus pendapatan disumbangkan oleh pelaburan luar negara KWSP yang merangkumi kurang daripada 28 peratus daripada portfolio pelaburannya.

Tetapi pada zaman Mahathir dibonekakan Guan Eng DAP, apa yang berlaku kepada keseluruhan kewangan negara termasuk KWSP. Ini bukan sekadar soal ke­yakinan pelabur hilang dan keuntungan syarikat juga terjejas, tetapi memberi kesan kepada pulangan RM768.51 bilion jumlah caruman 2018. Apa nasib kepada dividen pencarum 2018?

Itupun Mahathir ada hati menyatakan kepada Jepun kewangan Malaysia kukuh kerana ada KWSP ke? Senang-senang mereka umum sikit-sikit rizab KWSP! sikit-sikit cari rizab Petronas dan RM2.5 Trilion rizab dan ekuiti dari pelbagai sumber ditinggal Dato Sri Najib adalah untuk negara bukan untuk Mahathir dan Guan Eng berjoli tengok mana-mana kroni sesuai diberi projek tanpa tender dengan berganda-ganda kos dinaikkan seperti ECRL dari RM55 bilion digandakan kepada RM70 bilion guna wang rakyat untuk kroni Vincent Tan.

Cukup-cukuplah Mahathir dan Guan Eng menipu rakyat kononya hutang negara cecah RM1.2 trilion iaitu 80.3% dari KDNK walhal pihak Moody telah mempertulkan kenyataan kewangan yang dimanipulasi Guan Eng dan Mahathir, dan telah mengekalkan nisbah hutang kita pada 50.8% yang diisytiharkan oleh kerajaan BN sebelum ini!

Dalam rakyat tengah seronok menonton drama kutupan tabung harapan didermakan RM550 juta oleh Vincent Tan, tapi rakyat tak sedar dia derma kerana dapat projek ECRL dengan extra kos RM15 bilion berbanding zaman Najib malah dapat lesen Judi Sukan yang enggan diluluskan Najib telah diluluskan Mahathir!

Sekarang ini hutang negara meningkat dari RM689 bilion kepada RM713 bilion iaitu peningkatan RM24 bilion hanya dalam masa 30 hari sahaja! Kalau zaman pemerintahan BN dahulu PH dah buat demo Bersih malah akan serang Dato Sri Najib di parlimen dengan menuduh negara bankrap!

Sekarang orang melayu diperbodoh-bodohkan Guan Eng DAP yang diteman isterinya ke MOF dengan cara Mahathir bonekanya!

#FaktaBukanAuta #MahathirBapaMalapetaka #SelamatkanMalaysia#RinduZamanNajib


Comments