Guan Eng Sedang Tunjuk DAP Paling Berkuasa Dalam Kerajaan PH!


Tiada siapa berani membantah atau mampu membantah atas apa jua tindakan Guan Eng sejak menjawat kementerian kewangan.

Guan Eng yang disokong kuat oleh Lim Kit Siang dan selutuh MP dan ADUN DAP menjadikan suaranya tidak mampu ditundukkan walaupun datang dari Perdana Menteri Mahathir! Ini bukan kali pertama berlaku jika kita imbas kembali sepanjang 6 minggu PH menjadi kerajaan.

Mahathir pernah melantik dirinya untuk menjadi Menteri Pendidikan tetapi Lim Kit Siang bapa Guan Eng telah mneyerang dan menggagalkan.

Guan Eng pernah ditegur Anwar Ibrahim jangan terlampau teruja untuk membalas dendam kepada Dato' Sri Najib, hingga setiap hari membuat sidang media kononnya ada sesi membongkar skandal tetapi tidak pernah membawa sebarang bukti. Akibatnya ekonomi negara jatuh!

Pelaburan luar telah lari hingga hilang RM3.5 bilion dalam masa 30 hari!

KWSP rugi RM6.1 bilion kerana pelaburan lari!

Ringgit naik hingga RM4.01! 

Infalsi meningkat 1.9%!

Rizab Antarabangsa Bank Negara susut RM2.4 bilion!

Hutang Negara naik mendadak RM24 bilion!

Semuanya belaku dalamtempoh 30 hari sahaja.

Apa kata Guan Eng kepada Anwar, ini tangungjawabnya walhal tindakannya sudah macam KP Polis atau KP SPRM! Sepatutnya apa-apa bukti salah laku akan diserah kepada PDRM dan SPRM untuk siasatan, dan ini amalan sepatutnya bukan kerja Menteri Kewangan!

Ini belum cerita bagaimana DAP menyerang kedudukan islamdan Institusi raja-raja melayu! Sekarang Guan Eng berkeras kepala hendak menjadikan bahasa Cina sebagai bahasa pengantaraan rasmi dalam MOF malah mendesak setiap jabatan kerajaan melakukan hal yang sama!

Walhal dalam perlembagaan telah menyatakan Bahasa kebangsaan (iaitu bahasa Malaysia) hendaklah digunakan bagi maksud rasmi. kecuali tertaluk kepada pelindungan-pelindungan yang terkandung dalam perkara 152(1). Dan bila Guan Eng mengeluarkan kenyataan rasmi bagi sidang media itu bermakna hak menggunakan bahasa kebangsaan bukan bahasa cina? Kecuali bahasa Inggeris untuk tujuan bahasa antarabangsa manakala bahasa cina tidakpun diikirafkan sebagai bahasa antarabangsa.

Guan Eng walaupun ditegur oleh pelbagai pihak termasuk ahli PH sendiri, dia tetap berdegil untuk melawan siapa sahaja malah Mahathir langsung tidak berani masuk campur.

Guan Eng sekarang cuba bermain api dengan sengaja mencemar identiti yang menjadi penyatu rakyat itu dicemari maka ini menjadi petanda bahawa keadaan yang tidak damai dan tidak tenteram akan melanda negara ini.

“Bahasa kebangsaan di negara ini adalah bahasa Melayu dan tidak pernah ada masalah pun dalam menggunakan bahasa kebangsaan tersebut sejak sekian lama.

“Lebih-lebih lagi ia tidak menjadi punca kepada pertelingkahan bahkan menjadi antara sebab mengapa perpaduan wujud di negara ini.


Ini buktinya kerajaan baru sekarang ini dikuasai oleh DAP dan tiada siapa boleh membantah malah DAP sudah mahu tunjuk belang yang dia berkuasa!

Comments