Kisah benar Pakatan Hipokrit DAP: Lu sapa? geng teksi!

Aku ada cerita sewaktu aku berangkat pulang selepas 4 hari kejatuhan BN. Aku menggunakan khidmat teksi untuk mengangkat segala peralatan desktop aku menuju ke KLIA2.

Datang sebuah kereta exora yang terlekat sticker TEKS1M. Naik je kereta, aku disambut dengan perkataan "Selamat Malaysia Baru" Aku tersenyum sambil duduk, tanpa balas ucapannya. Tapi aku terlintas di kepala sesuatu "MMM INI KALI KAU SIAP"

Aku mula bersuara "Apa harapan abang dengan kerajaan baru"

Dijawap pemandu "Kali ini habis budak-budak GRAB & UBER!

"Abang yakin ke Mahathir akan mansuhkan GRAB & UBER!

"EHH kenapa tak yakin pulak"

Aku tanya lagi "Kerajaan BN tak pernah bantu teksi ke! selama ini"

"Huh langsung tak bantu"

Tersenyum panjang aku dan aku bagi bidasan pertama " Abis abang beli teksi ini di bawah skim "TEKS1M" bukankah abang dapat skim pinjaman mudah tanpa pendahaluan dari BN, itu belum abang dah buat tukaran 4 tayar percuma pada tahun ke-2”

Abang teksi tersenyum sumbing!

“Bang seingat saya untuk 2018 Najib dah beri KAD Bantuan Teksi RM800 sampai berebut-berebut sampai bergaduh-gaduh antara pemandu teksi yang datang ambil ketika itu’ dan dapat kelayakan automatic menerima BR1M!

“Yang telah di upgrade dari RM400 kepada RM800 untuk bulan ogos dan jun 2018. Bermakna abang layak terima RM2,000 keseluruhannya”

Lagi buat abang teksi duduk tak diam sambil pebetulkan kedudukan di tempat teksi! Dalam hati aku bersuara “Hey bang! Kerusi tu ada pijat ke?’ lalu aku sambung lagi!

“tak silap saya ada 10 peruntukan yang saya terlupa tapi abang dapat bukan. Ini bukan bantuan daripada BN ke"

Peruntukan yang aku terlupa ketika itu:

1. RM520 subsidi tayar kepada pemandu teksi di seluruh negara!

2. RM1juta peruntukan insurans peribadi TR1MA 1.0

3. RM1,000 Skim bantuan penukaran teksi bagi kenderaan di bawah 10 tahun

4. RM2 sahaja kos cukai jalan pemandu teksi

5. RM200 juta peruntukan pinjaman pembelian teksi secara individu.

6. RM35 juta Peruntukan TEKS1M

7. RM5,000 Geran beli kereta kepada pemandu mahu menukar e-hailing

Terkejut pemandu teksi tengok aku tahu hal teksi! Lalu ditanya aku adik kerja mana yang tahu semua ini "Saya kerja sendiri je bang tapi saya rajin membaca!

“Tapi bang Masalah teksi! Setahu saya bukan masalah Kerajaan BN! Malah masalah ini punca dari zaman Mahathir yang orang-orang teksi buat-buat tidak ingat!

Abang teksi jawap “Mana ada"

“Betula bang tak ingat? Setahu saya masalah Teksi kerana kepala-kepala teksi yang dilantik atas kapasiti politik pada zaman Mahathir! Bukan?, yang mana sampai sekarang abang kena bayar ufti setiap hari kepada mereka antara RM25 hingga ada sampai RM50 sehari, betul tak?

Berkerut dahi sambil pemandu teksi menganguk kepala!
Abang tahu kenapa Nancy dan SPAD ditugaskan selesaikan masalah teksi?

Abang teksi dah mula tak berasa selesa, lalu aku sambung jee..

“Sebab, Najib nak hapuskan orang tengah yang kerja makan ufti! Abang fikir ketua-ketua kumpulan Teksi yang beratus di Malaysia ini berjuang untuk teksi ke atau berjuang untuk pertahankan duit ufti?”

“Tak mereka ini bagus’ mereka jaga Kawasan kami cari makan”

“Cerita bab kawasan cari makan bang! Saya nak tanya abang! Kalau Abang dapat penumpang di KL minta hantar ke JB kerana kecermasan! Abang boleh ambil penumpang dari JB untuk ke KL tak?

“Tak! mana boleh Kawasan orang mana nak boleh suka-suka kacau! Dan kat mana nak cari penumpang yang hendak ke KL”

“Haa tahupun! Sebab itu kerajaan pekenalkan e-hailing supaya abang tidak ada sempadan untuk abang cari penumpang, abang boleh dapat penumpang kepada 2 hala, abang hanya bergantung kepada satu operator yang caj abang 1% perkhidmatan berbanding abang nak kena bayar sampai RM50!, ini abang kata kerajaan BN zalim ke? Atau kepala kumpulan teksi yang hasut kata BN zalim?

Abang teksi cuba pusing cerita “ masalahnya GRAB dan UBER curi hasil kami”

“Bang masalah UBER dan GRAB itu bukti kerajaan hendak buka pasaran tanpa kepala pengaut ufti bang!

Bang tahukan Nancy dan SPAD sedang berunding untuk perkhidmatan yang lebih baik! Setahu saya ada usaha melebelkan 2 ketegori pemandu iaitu Pemandu sepenuh masa bagi pemegang lesen teksi individu mendapat manfaat berhenti dan menunggu di Kawasan KLIA contohnya!

Dan pemandu sambilan yang tiada lesen Teksi tetapi tidak mendapat pelbagai keistimewaan dari kerajaan yang diumum setiap tahun termasuk zon khas bagi teksi boleh menunggu penumpang!

“Malah SPAD dah bawa benda ini, dah berpuluh kali cuba berunding dengan kumpulan-kumpulan teksi! tetapi masalahnya ketua-ketua teksi ini menuntut hak ufti mereka!

“Bang zaman dah berubah! Zaman sekarang orang lebih suka turun tangga dah ada pemandu tunggu malah keluar KLIA dah ada pemandu tunggu! Dan penumpang rasa mereka tidak ditipu”

“Sejujurnya bang! Saya nak tanya abang rasa kenapa penumpang suka guna UBER dan GRAB”

Abang teksi pura-pura tak tahu kerana tak mahu jawap!

“Saya Cuma nak cakap siap sedia nak kena kencing dengan Mahathir!”

“kenapa” Abang teksi tanya!

“Kerana pemandu teksi itu pengundi dan pemandu GRAB dan UBER pun pengundi! Abang fikir masalah teksi je nak Mahathir fikir? Lagipun sekarang ini kerajaan DAP tak heranlah dengan pemandu teksi!”

Aku buka cerita lebih jauh dari subjek teksi iaitu berkisar apa nasib melayu islam di bawah kerajaan Mahathir boneka DAP.

“Minta maaf bang saya terkasar sikit! tapi abang tengok nanti betul tak cakap saya! Aku akhiri penutup "Berapa tambang saya bang?”
| ringkasan dari pengalaman Mohd Fadzil

#FaktaBukanAuta #MahathirBapaMalapetaka #pakatanHipokrit#MahathirBonekaDap #RinduZamanNajib

Comments