Mahathir bengang Zahid tolak pelawaan masuk PPBM.

Image may contain: 1 person, text
Aku lebih percaya cakap Dato' Seri Dr Ahmad zahid hamidi berbanding Mahathir!
Kerana sebelum dan selepas PRU14 apa jua diperkatakan, dijanji dan terangkan Mahathir mesti ada U-turn, mesti berbelit-belit menjadi janji-janji yang dimungkiri dan dikencing hidup-hidup!
Aku percaya yang Zahid dijemput Mahathir tetapi dimanipulasi Mahathir untuk membangkit rasa benci rakyat kepada UMNO! Mahathir memang terkenal kaki gaduh, penghasut, fitnah dan khianat demi kepentingan diri sendiri!
Penjelasan ini lebih ada kredibiliti berbanding Mahathir! Apa yang Mahathir takut sangat bila Zahid tolak pelawaan masuk PPBM.
“Saya tidak redha UMNO dibubarkan untuk memenuhi cita-cita politik seseorang” - Ahmad Zahid Hamidi
Seingat saya, Ahmad Zahid satu-satu Ketua Pemuda UMNO yang pernah berucap mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Perhimpunan Agung UMNO.
Ucapan tersebut dibuat ketika Mahathir masih Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Ahmad Zahid juga tidak pernah meninggalkan parti walau terbuang dari jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada 1998 dan ditangkap di bawah ISA oleh Mahathir kerana dianggap orang Anwar.
Ketika ramai kawan-kawan beliau keluar parti untuk bersama Anwar Ibrahim, beliau kekal dalam UMNO biar terbuang dan tersisih.
Beliau bersahabat dengan ramai orang termasuk Mahathir, Anwar, Najib dan Pak Lah. Namun kesetiaannya sehingga hari ini hanya kepada UMNO.
Musuh politik beliau akan membuat pelbagai tuduhan, hakikatnya bumi mana tidak ditimpa hujan, ahli politik mana yang sempurna?
Pada pentaksud Mahathir sempurna sehingga sanggup buatkan kekayaan luar biasa 4 orang anak Mahathir!
Mohd Fadzil