Nasib Felda Sudahlah Pendapatan Jatuh Kena Potong Tinggal RM50+- Lagi!

Selama 62 tahun sejak penubuhan Felda pada 1956! Felda merupakan warga anak manja UMNO! Apa mereka tidak dapat! Tapak rumah! Tanah ladang malah bantuan kewangan yang tidak putus-putus! Ada sahaja bantuan diberikan!
Image may contain: text


Warga Felda lupa, nasib mereka semasa Zaman BN amat-amat beruntung berbanding pengusaha ladang berbangsa cina yang langsung tidak dibantu! Tetapi kerana sebahagian besar yang bongkak setelah memiliki rumah besar dan simpanan serba sedikit, mereka mula lupa dan menidakkan jasa-jasa Tun Abdul Razak hingga zaman Dato Sri Najib! Kerana apa? Kerana mereka rasa mereka dah berjaya atau lebih tamak melihat tawaran Pakatan Harapan!


Setelah 9 mei 2018, anak-anak warga felda penyumbang terbesar kekalahan BN! Dan bermula saat-saat gelap warga felda!


Kedudukan harga sawit sekarang telah jatuh kepada 20% semenjak PH mengambil alih kerajaan! Malah permintaan sawit dari Malaysia jatuh lebih teruk!


Berikutan sikap dendam kerajaan baru yang terlampau mempertahankan kemenangan dari fitnah terhadap Dato Sri Najib Razak. Tanpa mempedulikan kesan kepada ekonomi negara!


Sikap Mahathir dan Guan Eng yang beria-ia mahu membatal ECRL kerana mahu menghapuskan apa jua mercu tanda yang Najib bina, telah menyebab negara China menghentikan tawaran import minyak sawit Malaysia tanpa had malah akan lebih teruk lagi apabila Indonesia ambil kesempatan dari sikap kerajaan baru Malaysia untuk dapat peluang eksport terbesar di China!


China adalah import kedua terbesar sawit dari Malaysia selepas India iaitu Malaysia mengeksport minyak sawit dan produk berasaskannya bernilai RM8.52 bilion ke China bagi tempoh Januari sehingga November tahun lepas berbanding RM7.76 bilion bagi tempoh sama 2016, iaitu peningkatan sebanyak 9.8 peratus.


No automatic alt text available.


Tetapi sekarang bukan sahaja china malah Perancis juga menyekat import sawit Malaysia.

Lebih teruk lagi Warga Felda semasa Zaman BN seronok melayan fitnah-fitnah PH hingga sedikitpun tidak melihat usaha Najib mengembangkan pasaran sawit melalui pasaran biodisel.

Kejayaan Najib telah terbukti pasaran biodiesel di China sahaja, penggunaan diesel dan biodiesel B5 pada 2016 masing-masing dianggarkan 165 juta tan dan 8.25 juta tan manakala pengeluaran biodiesel adalah 300,000 tan pada 2015.

Malah Najib juga melawan pelbagai serangan memboikot pasaran Sawit di Eropah dan hampir berjaya di ditamatkan dengan baik seperti Perancis berdiri teguh bersama membantu Malaysia.

Apa yang warga Felda tidak tahu! Kerja-kerja boikot Sawit ini didalangi oleh pembangkang ketika itu sebagai strategi menjatuhkan Najib.

Sekarang alhamdulillah usaha pembangkang semasa Zaman BN telah mendapat keputusan selepas PRU14! Dimana Sawit telah diboikot negara-negara Eropah di mana mereka telah melarang import sawit sepenuhnya termasuk untuk kegunaan biodisel hingga 2030!

9 tahun Najib cuba pertahankan dan menambah mata pencarian warga felda tetapi dimusnahkan sekelip mata! Kerana Apa! Dulu Najib selalu cerita kisah ini tapi warga felda selar sebagai fitnah Najib! Apatah menghargainya!

Sekarang hasil warga Felda semakin berkurangan hingga di bawah paras RM1,000. Sepatutnya pada zaman BN mana-mana warga felda yang mendapat kurang RM1,000 tidak dikenakan sebarang potongan hutang!

Tetapi kerajaan baru sekarang tidak peduli, mereka potong sahaja hingga berbaki di bawah RM80! Tidak apa kata warga felda belakang rumah ada tanam sayur! Cukup beli beras lagi! Adakah itu jawapan anak-anak warga felda kepada ibu bapa mereka!

Berbanding zaman Najib kalau pendapatan Felda tiba-tiba jatuh! Sepantas kilat Najib umum bantuan meringankan beban warga felda!

Tetapi kerajaan baru! Hendak bagi bonus raya yang telah diperuntukan Najib pun dipotong RM100 dari sepatutnya RM500.

Bagaimana dengan insentif diumumkan Najib iaitu pelupusan hutang, bayaran insentif RM5K, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan. Semua ini cecah RM2 bilion bagi tahun 2018. Sudahkah warga Felda dapat? Hanya tinggal angan-angan!

Lupakah anak-anak warga felda Najib telah berjanji untuk hapuskan hutang warga felda sejurus BN menang PRU14! Dan PH pun copy paste janji ini sebagai manifesto PH tetapi dah sebulan memerintah dah lah tidak di mansuh! Dipotong lagi ketika pendapatan kurang akibat kesilapan PH pada sebelum PRU14 hingga Sekarang!

Inikah dinamakan Malaysia Baru setelah desas-desus penswastaan Felda makin kuat! Dulu masa Mahathir PM Ke-4 dia nak swastakan Felda bolehlah Najib dan ahli UMNO halang! Sekarang kerajaan baru DAP nak halang ke? Menggalak lagi ada!

Malah hindraf pun menuntut hak mendapat tanah ladang Felda atau mungkin sudah tiba masanya warga felda belajar cari tanah sendiri buka ladang sendiri dengan kos sendiri seperti bangsa cina lakukan! Iye lah tanah ladang sedia ada sekarang bukan ada geran tanahkan jadi selamatmembina Malaysia Baru!

Apa!!! ingat kerajaan DAP prihatin warga felda ke!! sedang orang cina penyumbang terbesar undi Pakatan Harapan dan kerajaan sekarang dikuasai 71 bukan bukan islam berbanding 41 islam! Minta maaf warga Felda Mahathir hanya boneka memuaskan nafsu DAP sahaja!

|||MohdFadzil


#FaktaBukanAuta #MahathirBapaMalapetaka #MahathirBonekaDap#RinduZamanNajib


Comments