Video Siti Kasim Naik Angin Ditahan Polis



Siti Kasim Naik Angin bila ditahan di bawah Seksyen 363 (seksaan bagi pencolekan) dan Seksyen 183 (menggalang penjawat awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya).

Selama ini PDRM mempunyai hak menjalankan tugas seperti diperuntukan undang-undang tanpa sebarang ganguan semasa zaman kerajaan BN tetapi kini di zaman PH pihak polis mengalami situasi yang boleh suka-suka digertak!

Yang paling mengecewakan kenapa Siti Kasim boleh pertikai haknya dari digari? sedangkan orang awam lain tiada alasan untuk berbuat sedemikian jika ditahan PDRM. Malah Siti Kasim memberi amaran kepada pihak Polis dan JAIS bahawa mereka akan menerima padah atas kejadian ini.


Siti Kasim ditahan polis atas dakwaan menculik dan menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas. Dimana Siti didakwa beberapa mengurung anak guamnya itu secara paksa. Iaitu kes seorang gadis muda bernama Anis Nurizzaty yang dilaporkan oleh ibunya mengalami masalah kesihatan mental dan kononnya akidahnya yang dipertikaikan.


Tindakan penyokong siti yang menyiarkan tangkapan itu secara langsung menggunakan aplikasi Facebook Live. Namun, berdasarkan video Facebook Live itu, seorang wanita, yang dipercayai anak guam Siti yang dimaksudkan, dilihat bersuara dan menafikan dakwaan bahawa Siti menculiknya.

Sebelum ini, dalam kenyataan di Facebook Khamis lalu, Siti mendakwa anak guamnya meninggalkan rumah ibu-bapanya kerana "takut" dengan ibunya.

Siti juga mendakwa anak guamnya "diperangkap" oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis yang "menunggu untuk menangkap" anak guamnya.

Ibu anak guamnya, menurut Siti, telah membuat laporan polis mendakwa anak guamnya "tidak stabil secara mental" dan "akidahnya dipersoalkan".



Apa jua alasan permasalahan antara Siti Kasim dengan PDRM atau Jais, itu bukan alasan untuk menidakkan tugas PDRM. Sepatutnya sebagai seorang yang pernah cuba memberi bunga kepada pihak polis dan seorang peguam dia perlu menghormati tugas dan tanggungjawab pihak PDRM. Klik sini untuk video


Comments

  1. Kalau dah menghalang tugas polis..salah tetap salah

    ReplyDelete
  2. Kalau betul dia peguam yg berwibawa. Ikut ajer la arahan polis. Di balai boleh sembang panjang..

    ReplyDelete

Post a Comment