Perang Besar Telah Dimulai Israel Dalam Diam

 Dalam diam-diam sebenarnya Perang Besar-besaran telah pun bermula, di mana Israel telah melancarkan serangan lebih dari 3000 pelbagai bom, jet dan roket terhadap Hizbullah di Lubnan. 

Angka kematian orang-orang awam di Lubnan telah mencecah 300 orang termasuk kanak-kanak dan kecederaan menghampiri 2000 orang. 

Namun Israel masih bermain drama kononnya Hizbullah jangan bermain api untuk menjadikan peperangan ini sebagai perperangan besar-besaran. 

Sementara itu Amerika dalam bersahaja menegur Hizbullah supaya mendapatkan pendekatan perdamaian sambil mengarahkan Armada di Laut Pasifik disegerakan mengubah lokasi ke Laut Mediterranean. 

Beberapa negara sekutu Israel membabitkan AS, UK, German dan Perancis telah menghantar utusan pewakilan ke Iran untuk mendesak Iran tidak masuk campur dan sebaliknya berusaha memujuk Hizbullah melaksanakan genjatan senjata dengan Israel supaya perang ini dapat dielakkan. 

Negara-negara ini menasihati Hizbullah menangguhkan sementara serangan terhadap Israel sementara rundingan genjatan senjata diketika Israel telah meningkatkan serangan kepada 3 kali ganda dari biasa. 

Negara-negara ini juga termasuk beberapa negara Eropah lain antaranya Itali telah menyatakan bersedia mempertahankan Israel jika Iran membabitkan diri dalam perang ini. 

Difahamkan kekuatan Nato yang tertumpu kepada perang Ukrain ketika ini boleh berubah haluan meninggalkan Ukrain untuk membantu Israel. Ini bermaksud Israel akan menjadi keutamaan melebihi Ukrain. 

Namun walaupun Hizbullah mendapat serangan yang bertalu-talu dari Israel ini tidak bermaksud mereka lemah. Sebenarnya Hizbullah telah menguji kesabaran Israel kerana telah memberi impak serangan yang amat-amat besar yang menyebabkan kerosakan besar tetapi disembunyikan Israel untuk mengelakkan rusuhan di dalam Israel menjadi lebih kritikal. 

Malah Israel sengaja diamkan yang mereka telah memulakan serangan besar-besaran kepada Hizbullah kerana bimbang fenomena panik di kalangan pendatang haram Israel meningkat. 

Tindakan senyap-senyap Israel ini dibuktikan dari laporan Radio Tentera Israel, "Apabila kita bercakap tentang 'fasa baharu dalam perang,' inilah yang kita maksudkan. Beirut adalah garis merah, tetapi kini tiada garis merah lagi."

Ini bermaksud serangan Israel terhadap Beirut hingga membunuh panglima tentera Hizbullah itulah permulaan perang besar-besaran dilakukan Israel. 

Malah semua Pasukan infantri Israel telah mendapat panggilan mobilisasi kecemasan ke kawasan operasi Komando Utara. Mereka telah pun berkumpul di pangkalan Northern Command (Perintah Utara) sejak 20 September lalu. 

Dalam pada masa yang sama, Setanyahu dan kepimpinan tentera makin kerap bermesyuarat di Kirya, Ibu Pejabat Utama IDF.


Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berikrar untuk mengubah 'imbangan kuasa' dengan Hizbullah ketika Israel melancarkan serangan udara paling berat di Lubnan sejak Oktober 2023.

Berdasarkan laporan Media AS: USS Truman Aircraft Carrier Group dan anak kapalnya yang terdiri daripada 6,500 askar akan dikerahkan awal minggu depan. Tetapi telah dipercepatkan pergerakan supaya sampai lebih awal dari jadual. 

Kebimbangan Perdana Menteri kerajaan sementara Lubnan telah berkata: Tiada keutamaan yang lebih tinggi daripada menghentikan pembunuhan beramai-ramai Israel dan peperangan di segenap penjuru yang sedang dijalankan.

Serangan Israel di Palestin dan Lubnan menimbulkan ancaman besar kepada wilayah serantau, kata Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada hari Isnin.

Erdogan membuat kenyataan itu semasa bertemu dengan Sheikh Sabah Khaled al-Sabah, putera mahkota baharu Kuwait, di Rumah Turki di luar Perhimpunan Agung PBB di New York untuk membincangkan hubungan dua hala dan isu serantau dan global.

Ahli Parlimen Adnan Mashouqa Jordan, melalui akaun Facebooknya menyatakan bahawa beliau menerima panggilan daripada kedutaan Britain yang menjemput mereka untuk makan tengah hari di rumah Duta Besar British. Namun, beliau menyatakan bahawa Jabhah Amal Islami menolak jemputan tersebut. 

Alasan penolakan itu adalah kerana Britain seperti Amerika Syarikat yang menyokong jenayah Zionis dan beliau menegaskan bahawa kedua-dua negara dan Zionis walaupun kelihatan dua entiti yang berbeza tetapi hakikatnya mempunyai matlamat yang sama. 


Sebenarnya banyak siri serangan Hizbullah sejak 20 September ini menyebabkan lebih 3000 fasiliti dan bangunan di Israel musnah malah ada membabitkan beberapa fasiliti di beberapa lapangan terbang awam di Utara Palestin. 

Ini menyebabkan Israel menutup ruang udara utara di tengah-tengah ketegangan serantau yang semakin memuncak akibat kebimbangan keselamatan. 

Hizbullah dilaporkan mempunyai pelbagai jenis peluru yang dirahsiakan dan belum pun digunakan untuk menyerang Israel. Setakat ini Hizbullah hanya memperkenalkan 2 peluru baru yang digunakan serang Israel sejak awal September ini. 

Tuduhan Israel yang mengatakan serangan Hizbullah menggunakan peluru berpandu strategik dan tepat, khususnya peluru berpandu balistik yang kononnya ditetapkan untuk menyasarkan Tel Aviv atau mana-mana sasaran lain, telah dinafikan Hizbullah. 

Ini alasan Israel untuk menjadi alasan mereka menyerang Lubnan demi menyelamatkan Tel Aviv dan melindungi pemasangan penting dengan memusnahkan peluru berpandu ini, semuanya adalah pembohongan. 

Hizbullah berkata kami tidak berniat untuk menggunakan peluru berpandu ini pada masa ini, tetapi kami mungkin menggunakannya pada masa hadapan atau tidak lama lagi. 

Hizbullah dalam strategi mereka sengaja menggunakan senjata sederhana demi mengelak Israel menyedari kekuatan sebenarnya Hizbullah apatah sebelum pembabitan bantuan sekutu Israel. Tetapi ketika ini Israel telah menggunakan alasan ini bagi membenarkan mereka menggunakan peluru berpandu jarak jauh yang mana ambil contoh Russia telah memberi amaran kepada Ukrain menggunakan sebarang peluru berpandu jarak jauh hingga boleh sampai ke ibukota Russia. Kerana tindakan itu akan membenarkan Russia menggunakan segala kekuatan menyerang hingga ke Eropah dan AS. 

Ukrain tidak mempunyai keupayaan melancarkan peluru berpandu jarak jauh melainkan Eropah dan AS sebab itu Amerika membatalkan kelulusan penggunaan peluru jarak jauh Ukrain terhadap Russia kerana bimbang perang Dunia Ketiga. 

Berbalik kepada Israel, isu penggunaan peluru jarak jauh sebelum ini telah menjadi satu kesilapan besar Israel kerana ini memberi peluang Iran dan Russia masuk campur dan sebab itulah seluruh sekutu Israel hantar utusan menekan Iran. 

Walau pun muslihat Israel yang sentiasa mencari alasan menyerang Hizbullah dan alasan itu kuat untuk Amerika Pejam mata, Desakan Amerika terhadap Hizbullah untuk pilih genjatan senjata terhadap Israel, V telah dijawap Hizbullah dengan kenyataan tiada satu pun serangan Hizbullah terhadap Israel akan dihentikan malah akan ditingkatkan selagi Israel tidak keluar dari Palestin. 

Kami rela mati, rakyat² kami sanggup tanggung beban yang sama seperti Palestin demi fisabilillah menuntut kemerdekaan Palestin. 

Bukan setakat Hizbullah, malah Houthi turut mengeluarkan kenyataan yang sama, iaitu kami akan hantar bantuan tentera darat yang bersedia untuk tidak lagi pulang lagi ke pangkuan keluarga mereka tersayang demi membantu Hizbullah menuntut kemerdekaan Palestin. 

Kenyataan ini tidak main-main kerana Houthi dilaporkan sudah tiga kali menghantar beberapa Briged tentera darat ke Syria. 

Malah Houthi telah mengubah suai dron mereka yang asalnya hanya mampu bergerak sejauh 1500 km kepada 2500km dengan modifikasi menukar engin dan menetapkan kadar bahan letupan lebih ringan tanpa menjejaskan impak yang dikehendaki. 

Pengubahsuaian fizikal, mekanikal dan elektronik dron ini menyebabkan Houthi mampu melancarkan Dron yang boleh memintas laut Merah dan muncul dari arah Laut Mediterranean tanpa dapat dihalang oleh Arab Saudi ataupun Jordan. Ini satu kejuruteraan yang hebat kerana Houthi mampu membina dron yang terpaksa membuat satu pusingan U sebelum capai target di Utara Palestin. 

Kenyataan yang sama dari Iraq, kami tak akan biarkan Hizbullah keseorangan memperjuangkan kemerdekaan Palestin, kami akan bangkit bersama-sama walaupun kubur kami bukan di tanah tumpah kami. 

Kenyataan Mujahidin Iraq disusuli dengan serangan yang sebelum ini sekitar sehari sekali dalam tempoh seminggu telah ditingkatkan kepada lebih 5 serangan sehari untuk setiap hari. 

Iraq telah mempertingkatkan jumlah roket dan pertama kali melancarkan Arfad yang telah ditingkatkan tahap bahan ledakan yang boleh memberi kerosakan yang lebih besar dari kebiasaannya. 


Satu kenyataan berani, “Semuanya berkorban untuk Palestin. Seluruh selatan Lubnan berkorban untukmu, Palestin.”

Di tengah-tengah pengeboman Israel, seorang lelaki Lubnan menunjukkan sokongannya terhadap Palestin, menegaskan pilihan pejuang untuk menamatkan pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza.

Seruan jihad juga disambut setiap Briged di bawah Hamas seperti Briged Al-Aqsa: Tiada keamanan buat kalian di atas tanah air kami. Briged kami hadir dalam setiap medan dan pertempuran.

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (At-Taubah: 41) - Briged Al-Qassam

Janganlah kamu mengira orang-orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati. Bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki”.

Dengan penuh kebanggaan, kemuliaan, dan keyakinan terhadap kemenangan Allah yang semakin hampir, Briged Al-Qassam mengumumkan kepada rakyat kita dan rakyat jelata negara Arab dan Islam kita kesyahidan salah seorang kesatria yang gagah berani:

Ketua Medan Perang Al Qassam,
Hussein Mahmoud Al-Nader "Abu Saleh" 

Situasi sebenarnya ketika ini Israel dan Lubnan mendapat yang membawa kemusnahan yang sama berat, bezanya Hizbullah Lubnan mengumumkan kerosakan dan kematian manakala Israel menyembunyikan untuk mengelakkan tahap panik pendatang Israel meningkat. 

Israel sedang berhadapan serangan 5 penjuru di mana bandar Haifa paling teruk terkena serangan. 

Briged di bawah Hamas sentiasa menyerang setiap unit Israel yang bergerak ke Utara manakala yang lain menyerang setiap bandar yang ada di Utara. 

Perang besar-besaran telah bermula cuma belum diumumkan kepada umum. 

Comments

Popular Posts