Sudah Masa Hentikan Perang Disenyapkan - Houthi

 

Sebuah Helikopter Blackhawk ditembak jatuh
Sudah hampir setahun, serangan Israel terhadap Gaza. Jika dilihat dari satelit sudah seperti padang jarak padang Terkukur. Yang kehancurannya lebih dahsyat dari mana perang² dalam sejarah dunia. 

Terutamanya bagi kawasan Rafah yang telah dipisahkan dari Gaza, hari menjadi medan perang yang dirahsiakan dari pengetahuan umum. Tiada wartawan, tiada Internet, tiada air, tiada makanan, tiada bekalan ubat-ubatan dan bantuan dibenarkan masuk. 

Tentera IDF telah bertindak melakukan kemusnahan besar-besaran di kawasan Rafah hingga ada deretan rumah dan bangunan yang masih berdiri diletupkan dengan jumlah bahan letupan yang besar yang merobohkan lebih 10 unit serentak dan menyebabkan gegaran tanah disekitar seperti gempa bumi. 

Tiada lagi berita-berita boleh keluar dari Rafah kecuali bila ada yang dicederakan atau syahid dibawa keluar dari Rafah Baru diketahui ada tragedi sedang berlaku. 

Perkembangan ini amat-amat disedari oleh Hizbullah, Houthi, Hamas dan lain-lain. Tetapi kerana kekangan Amerika yang menghalang dan membantu Israel menyebabkan kesukaran menghantar bantuan ke selatan Israel kerana masih bergelumang di bahagian Utara. 

Manakala beberapa Briged Hamas yang berada di Rafah tidak mendapat bantuan langsung dari rakan-rakan seperjuangan dari Utara. 

Walaupun tanpa bantuan dari rakan seperjuangan di Utara, Briged di bawah Hamas di Rafah telah berjaya menembak sebuah helikopter Blackhawk yang sedang membawa tentera cedera telah ditembak jatuh menyebabkan 3 ekor mampus serta-merta dan baki 6 ekor mampus di hospital. 


Pada awalnya Helikopter ini ditugaskan untuk menggangkut 3 anggota IDF yang cedera dari serangan Hamas, tetapi telah menyebabkan Helikopter itu menjadi sasaran Hamas hingga di tembak jatuh. 

Menyedari masa semakin suntuk untuk Rafah. Pada 11 September lalu, Hizbullah dan Iraq telah bertindak menghantar hampir-hampir 1 batalion tentera darat menyusuri Syiria untuk berada di sempadan Israel iaitu bukit Golan. 

Manakala tentera darat Houthi dari Senna juga telah menyusuri sempadan masuk ke Lubnan. 

Ini perkembangan terbaru dalam minggu kedua September, yang tindakan penyusupan ini telah berjaya dalam operasi serangan darat dan udara terhadap Israel. 

Pada 13 September satu serangan hendap dilakukan oleh Hizbullah yang dipercayai datang dari Bukit Golan, telah menyebabkan 13 ekor yang berada di dalam sebuah Truk yang sedang dalam dalam perjalanan menuju ke Utara, mampus terbakar.

Laporan dari siaran Radio Tentera Israel: Kecederaan dalam Truk disifatkan sebagai serius akibat penggunaan peluru berpandu anti-kereta kebal yang jatuh ke atas Truk di Kibbutz Dan di Galilee.

Dalam masa yang sama Israel juga telah menghantar beberapa buah pesawat F15 menyerang Lubnan hingga menyebabkan berlakunya letupan besar. 

Israel juga telah menyerang Nabatieh Lubnan hingga membunuh 3 Orang-orang awam, Syria juga membunuh 2 orang awam. 

Tindakan ini tidak dimaafkan Hizbullah begitu sahaja. Malah bertindak menyerang Galilee Atas dengan serangan Dron dan roket. Bukan satu kawasan yang diserang Hizbullah tetapi membabitkan 8 bandar diserang serentak oleh Hizbullah. 


Salah satu serangan Hizbullah di Ramla telah menyebabkan bagunan dan kenderaan hingga menyebabkan 5 ekor mampus membabitkan orang awam. 

Diketika itulah Jeneral Unit 8200 Israel mengumumkan perletakan jawatan setelah media Al-Mayadeen yang memetik sumber unit keselamatan Eropah, melaporkan bahawa Operasi 'Arbaeen' Hizbullah terhadap Ibu Pejabat Perisikan Unit 8200 IDF di pangkalan 'Glilot' pada 25 Ogos mengakibatkan 22 kematian dan 74 kecederaan.

Malah kerugian paling besar Israel hadapi adalah kehilangan 90% data-data penting dalam sistem komputer yang membabitkan sistem pertahanan dan keselamatan Israel. 

Berdasarkan satu laporan yang menjadi pendebatan hangat di media, mengatakan sebanyak 12 batalion Israel mengalami penyusutan ketara angkatan tenteranya, berikutan jumlah kecederaan dan kematian dikalangan telah meningkat berkali-kali ganda akibat serangan Hizbullah, Houthi dan Hamas sejak Ogos hingga September ini. Tetapi laporan dari media Israel menafikan jumlah kematian tentera melebihi 10k sejak 7 Oktober, sebaliknya masih menggunakan angka hanya 700 ekor mampus iaitu angka yang sama digunakan pada awal tahun 2024.

Sebelum ini Hizbullah telah mengisytiharkan berjaya Memampuskan lebih dari 703 ekor IDF dalam pelbagai operasi bulan Ogos, terutamanya dalam siri letupan pengkalan tentera Israel dan Ibu pejabat Mossad, jumlah kematian dirahsiakan.

Manakala Houthi mengistiharkan lebih 400 ekor, Iraq dan Syria di bawah 50 manakala Hamas adalah hampir 200, sudah cukup menunjukkan untuk bulan Ogos sahaja hampir 1500 ekor mampus dan belum termasuk kematian membabitkan orang-orang awam. 

Dalam isu yang sama, Menteri Pertahanan Amerika Lloyd Austin bercakap melalui telefon dengan Galant mempersoalkan kaedah kendalian dan strategi perang Israel yang sejak Ogos 2024 kejadian tertembak sesama sendiri semakin menjadi-jadi apatah hingga membabitkan angkatan tentera Amerika yang ditugaskan bersama-sama IDF. 

Merujuk isu kekurangan tentera, Israel dilaporkan menawarkan pemastautin tetap kepada pencari suaka Afrika yang mendaftar sebagai tentera untuk berperang di Gaza, menurut Haaretz. Pada masa ini, terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel, termasuk 3,500 warga Sudan dengan status sementara. 

Berbalik kepada Hizbullah sepanjang 13-16 September telah melancarkan lebih seribu peluru berpandu dan kamikaze dron yang menyebabkan banyak fasiliti, kilang-kilang Israel terbakar dan beberapa pos-pos tentera di beberapa bukit yang menjadi pusat intipan telah musnah diserang Hizbullah. 

Serangan paling berjaya pada minggu kedua September oleh Hizbullah adalah berjaya memusnahkan sepenuhnya pengkalan tentera Israel di Safad di Galilee. 

Kem tentera Israel di Safad Galilee

Penduduk Israel di Safad ketika ini benar-benar berada dalam ketakutan berikut kelihatan beberapa dron pengintip Hizbullah berlegar-legar di udara tanpa dikesan Iron Dom. Menyebabkan bandar itu mengalami penghijrahan besar-besaran kerana serangan besar-besaran dijangka akan tiba. 

Siren kecemasan sering berbunyi di Safad
Dengan serangan bertalu-talu hingga
Ke kawasan awam turut terkena. 

Dalam bulan Ogos kita melihat Hizbullah melakukan pelbagai serangan besar-besaran yang mendapat kejayaan tinggi. Menjelang bulan September pembabitan Houthi lebih menyerlah bila pertama kalinya melancarkan peluru berpandu Hipersonik. 

Pernyataan Ansar Allah Houthi: Bagi menyokong rakyat Palestin yang tertindas dan Mujahidin mereka Pasukan peluru berpandu dalam Angkatan Bersenjata Yaman melakukan operasi ketenteraan khusus yang mana ia menyasarkan sasaran tentera musuh Israel di kawasan Yafa di Palestin yang diduduki. 

Operasi itu dijalankan dengan peluru berpandu balistik hipersonik baharu yang berjaya mencapai sasarannya, dan sistem pertahanan musuh gagal memintas dan berhadapan. Ia melintasi jarak 2040 km dalam masa 11 setengah minit, dan menyebabkan keadaan ketakutan dan panik di kalangan Zionis, kerana lebih dua juta Zionis menuju ke tempat perlindungan buat pertama kali dalam sejarah musuh Israel. 

Operasi ini datang dalam pusingan kelima dan datang sebagai kemuncak usaha wira pasukan peluru berpandu yang melakukan usaha besar dalam membangunkan teknologi peluru berpandu supaya ia akan bertindak balas terhadap keperluan pertempuran dan cabarannya dengan musuh Zionis dan berjaya dalam mencapai objektifnya dan memintas semua halangan dan sistem pemintasan di darat dan laut, termasuk Amerika, Israel, dan lain-lain. 

Cabaran geografi, pencerobohan Amerika-British, dan sistem pemantauan, pengintipan dan pemintasan tidak akan menghalang Yaman tercinta daripada melaksanakan tugas agama, moral dan kemanusiaannya dalam solidariti dengan rakyat Palestin. 

Dan musuh Israel seharusnya menjangkakan lebih banyak serangan dan operasi khusus akan datang ketika kita menghampiri ulang tahun pertama Operasi 7 Oktober yang diberkati, termasuk bertindak balas terhadap pencerobohan jenayahnya ke atas kota Hodeidah, dan operasi sokongan berterusan untuk rakyat Palestin yang tertindas.

Bukan setakat itu, Houthi juga telah berjaya menjatuhkan satu lagi dron pengintip pada bulan September dan menjadikan yang ketiga pada bulan ini. Ansar Allah telah mengeluarkan kenyataan mengatakan pertahanan udara mereka menembak jatuh sebuah pesawat "MQ-9" Amerika di ruang udara Gabenor Dhamar, di mana pesawat itu menjalankan misi bermusuhan. 

Peningkatan aktiviti serangan Houthi yang sebelum ini yang lebih menumpukan Laut Merah dan sekarang sudah mula melancarkan serangan besar-besaran ke atas Tel Aviv walaupun berjarak lebih 2000km. Telah menunjukkan Houthi telah mendapat bantuan menaik taraf senjata-senjata yang mereka miliki. 

Serangan percubaan pertama menggunakan peluru Hipersonik telah menyebabkan satu letupan yang menggegarkan bumi sejauh berpuluh kilometer dan menimbulkan suasana panik yang ketara dikalangan warga Zionis. 

Aktiviti serangan Hamas pula meningkat di kawasan Ashkelon dengan pelbagai serangan bertubi-tubi menggunakan motar dan dan roket. Hamas kini lebih menumpukan serangan kepada konvoi tentera dan perkhemahan sementara IDF, termasuk menyerang kereta kebal dan jentolak Israel. 

Sepanjang minggu kedua September penglibatan Hizbullah, Houthi, Iraq dan Hamas menunjukkan Israel benar-benar kekurangan tenaga dan jentera untuk menghalang semua serangan. 

Kenyataan Abu Obeida: Sifat senjata yang digunakan dalam operasi² terbaru ini adalah dari jenis sasaran yang disasarkan dengan lebih tepat, lebih jauh malah memberi kesan serangan lebih besar, dan butiran lain yang dimaklumkan oleh saudara-saudara kita di Yaman, Lubnan, Iraq dan sebahagian Hamas merupakan anjakan penambahbaikan yang tinggi yang akan memberi kesan penting pada perjalanan dan hasil Pertempuran Banjir Al. -Aqsa. 

Kenyataan ini jelas menunjukkan ada sesuatu yang lebih besar akan datang. Selain daripada berita yang menarik ini, komander IDF mengatakan bahawa mereka ingin melihat peningkatan seperti dikatakan Netanyahu untuk meningkatkan serangan di Utara, berlaku dengan secepat mungkin. 

Buat masa ini, hanya serangan kecil untuk pengeboman menghala ke utara. Melainkan Gaza masih menghadapi pengeboman setiap hari. Untuk mempertahankan Tebing Barat buat masa ini tiada berita baharu. 

Walaupun Tiada berita mengenai tindakan balas Iran. Status quo ini akan berubah apabila satu daripada dua perkara berlaku; 

1) Iran melaksanakan tindak balasnya yang telah lama ditunggu-tunggu (tiada apa yang berlaku). Tetapi peningkatan aktiviti dan keberkesanan serangan menunjukkan bakal ada yang lebih besar akan datang. 

2) Apabila Israel melakukan peningkatan di utara. Kemungkinan serangan besar-besaran lebih cepat tiba. 

Dari satu analisis Israel, Mengenai mengapa kesan Hatem-2 (Kheybar Shekan-2 Iran) adalah terhad, terdapat empat teori utama:

 1. Yaman meringankan kepala peledak peluru berpandu balistiknya untuk meningkatkan jarak, kerana Yaman jauh lebih jauh dari Israel daripada Iran. Ini akan membawa kepada kepala peledak yang lebih rendah dan kesan yang kurang. 

2. Pengeluaran peluru berpandu Iran Yaman adalah kurang berkualiti, baik dari segi bahan yang digunakan dan kaedah pengeluaran yang digunakan. Peluru berpandu itu mungkin telah hancur sejurus sebelum terkena, disebabkan oleh haba yang sangat panas. 

3. Pertahanan udara Israel memintas peluru berpandu sejurus sebelum hentaman, dan kawah / kebakaran kecil adalah akibat daripada serpihan yang jatuh ke bawah. 

4. Yaman entah bagaimana menggunakan kepala peledak kelompok. Ini tidak mungkin kerana peluru berpandu khusus ini tidak pernah dilihat dengan hulu peledak kelompok sebelum ini, dan hulu peledaknya sudah agak ringan. 

Tetapi rumusan analisis ini tidak menolak kemungkinan semua ini disengajakan untuk menguji sistem pertahanan Israel selain menjimatkan kos sambil mengurangkan kekuatan Israel, sebelum serangan besar-besaran berlaku. 

Situasi kabinet perang ketika berbelah bahagi sama ada untuk segerakan serangan besar-besaran di Lubnan atau terpaksa berhati-hati dengan perancangan Iran. 

Sementara itu Amerika yang setelah 2 bulan kekurangan kekuatan di laut Pasifik. Pada 12 September, telah bertindak mengubah kapal induk USS Theodore Roosevelt bersama unit armada beralih menuju ke kawasan operasi Indo-Pasifik selepas menyelesaikan misinya di A.S. Central Command. 

Amerika Syarikat masih mengekalkan USS Abraham Lincoln Carrier Strike Group di rantau ini serta pemusnah, Unit Ekspedisi Marin, pesawat F-22 Raptor dan banyak lagi, kata Ryder. Bagi mengekalkan sistem pertahanan Israel kerana tidak boleh memandang rendah ke atas apa yang dirancang Iran secara Rahsia. 

Netanyahu pula menuduh Mesir telah bekerjasama dengan Hamas, dan sengaja menggagalkan usaha IDF menjejaki terowong Hamas. Laporan dari unit siasatan IDF mengatakan pembelotan Mesir telah menutup terowong Hamas sebelum ketibaan mereka. 

Syak wasangka Netanyahu ini semakin kuat apabila, Mossad mendedahkan Mesir sedang mengaturkan pertemuan dengan Houthi dan Russia untuk memperbincangkan isu Gaza. 

Sementara itu Amerika dan Nato mengecam tindakan Iran membekalkan pelbagai peluru berpandu kepada Russia setelah memeterai perjanjian dengan Russia untuk mendapatkan Jet SU35 dan Helikopter tempur dalam tempoh segera.

Unit risikan Mossad dan CIA juga sedang memerhatikan Iran yang sengaja menyiarkan rakaman pelancaran Pasukan Aeroangkasa IRGC Ghaem-100 SLV dengan satelit Chamran-1 dari pad pelancaran pusat ujian peluru berpandu Shahrud di wilayah Semnan. Pada 15 September lepas. 



Semalam Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov bersedia untuk bertemu dengan Menteri Luar Mesir Badr Abdelatty di Moscow. Perbincangan itu akan memberi tumpuan kepada konflik Israel-Palestin dan isu penting Timur Tengah lain, termasuk situasi di Libya dan Sudan, menurut Duta Besar Mesir ke Rusia, Nazih Nagari. 

Pertemuan ini akan berlaku setelah Menteri Luar ini akan sekali lagi ke Iran. Perkembangan ini telah memberi tanggapan yang berbeza dari Israel, setelah Mesir dengan lantang menyelar Israel menggunakan makanan, air dan ubat-ubatan sebagai senjata untuk membunuh warga Palestin. Seperkara lagi Mesir juga menyelar Israel sengaja menggagalkan rundingan genjatan senjata malah kecewa kegagalan itu diletakkan kepada Mesir. 

Selain itu hubungan Israel dengan Jordan juga mula mempunyai tanda-tanda makin retak ekoran beberapa perkembangan politik di Jordan yang tidak memberi kelebihan buat Israel. 

Media Israel pula melaporkan bahawa Netanyahu sedang bercadang untuk memecat Menteri Pertahanan Yoav Gallant kerana penentangannya terhadap serangan ke atas Lubnan.

Tetapi Siaran nasional Israel Kann berkata Gallant adalah talian komunikasi utama Israel dengan Rumah Putih, dan memecatnya akan menjejaskan hubungan dengan A.S. Walaupun aktiviti-aktiviti Iran menunjukkan adalah dalang peningkatan serangan Tebing Barat dan Hizbullah adalah peneraju utama. 

Amerika tetap tidak mahu ambil risiko membenarkan Israel serang Hizbullah kerana amat berhati-hati dengan ugutan Iran Russia akan segera terbabit menyerang Israel jika Israel bertindak agresif terhadap Lubnan. 

Selain itu penglibatan Russia dan China yang menempatkan tentera dan unit peronda di sekitar Lubnan, Syria dan Iraq menjadikan risiko perang besar cepat berlaku. Sebab itu Menteri Pertahanan Yoav Gallant menjadi orang kuat Amerika yang kebal dari disentuh Netanyahu. 

Ini menyebabkan situasi kabinet Perang Israel berterusan bertelagah tanpa boleh buat apa-apa keputusan. 

Comments

Popular Posts