Pengalisis AS Bongkar Pembohongan Israel

 Sebelum ini sehari selepas serangan Iran terhadap Tel Aviv Israel dengan menggunakan lebih 180 peluru berpandu balistik jenis Hipersonik, Israel mengeluarkan kenyataan bahawa serangan Iran itu walaupun menyasarkan 2 pengkalan tentera udara dan satu pengkalan darat adalah sia-sia hanya mengenai bagunan penyelenggaraan yang lansung tidak mengenai sebarang jet pejuang Israel. 

Hari ini media AS mengeluarkan kenyataan Pengalisis AS dan Pusat Analisis Tentera Laut (CNA), mereka telah mengenal pasti 32 hentaman langsung di pangkalan udara Nevatim Israel di Negev, dengan beberapa peluru berpandu balistik terkena terus di hangar pelindung F-35 'Adir Israel ' jet. 

Imejan dekat terperinci belum tersedia untuk menilai kerosakan sepenuhnya. Imej satelit dari pangkalan udara Tel Nof, yang turut disambar oleh Iran, belum dikeluarkan lagi, dan kemungkinan kerosakan teruk. 

Sementara itu, walaupun kerosakan di Nevatim mungkin tidak kelihatan teruk, Iran menggunakan kepala peledak 'airburst', yang tidak meninggalkan kawah besar tetapi serpihan anduh dalam radius yang besar, berkesan terhadap sasaran lembut seperti jet F35 Israel. 

Sebelum itu kenyataan Perdana Menteri Iran mengatakan serangan terhadap Israel seperti menembak sebuah cermin dengan sekali tembakan sudah menyebabkan cermin tersebut hancur berkecai. 

Malah sistem pertahanan Israel seperti Iron Dom dan C Dom langsung tidak mampu menangkis 90% serangan Iran. 

Ada beberapa perkara yang menyebabkan ramai keliru jenis peluru berpandu Iran, jadi berikut ialah beberapa penjelasan: 

Fateh, Fattah dan Fath semuanya adalah peluru berpandu balistik Iran, tetapi semuanya berbeza antara satu sama lain. 

Anda tidak boleh menggunakan ini secara bergantian. Ejaannya serupa, tetapi ia adalah peluru berpandu yang BERBEZA. 

Fateh (Fateh-110 dan Fateh-313) ditulis sebagai فاتح dalam bahasa Parsi, ialah peluru berpandu balistik jarak dekat. Ia sangat tepat, tetapi julatnya sangat terhad. 

Ini biasanya peluru berpandu yang digunakan oleh Iran apabila menyerang sasaran di Iraq, atau oleh Hizbullah di dalam Israel. 

 


Fattah (Fattah-1 dan Fattah-2) ditulis sebagai فتّاح dalam bahasa Parsi, ialah peluru berpandu balistik hipersonik jarak sederhana. Ia sangat pantas dan sangat tepat. Ia secara rasmi didedahkan pada 2023, dan Iran menggunakannya untuk menentang Israel baru-baru ini, dalam jumlah terhad bersama pelbagai peluru berpandu lain. 

Ini Fath (Fath-360) yang ditulis sebagai فتح dalam bahasa Parsi, juga dikenali sebagai BM-120 dalam pasaran eksport, ialah peluru berpandu balistik taktikal dipandu satelit jarak dekat, yang dilancarkan daripada kanister. 

Sistem ini mengisi peranan yang sama seperti HIMARS Amerika, dan Rusia didakwa memperoleh sistem ini dari Iran baru-baru ini untuk digunakan di Ukraine. 

Kesan dari peluru ini adalah jauh lebih besar impak letupan yang Russia telah berjaya memusnahkan gudang senjata Ukrain dengan menggunakan Fath-360. 

Hasil serangan Russia menggunakan Fath-360 menjadi kebimbangan Amerika dan Israel jika Iran menggunakan terhadap Israel. 

Intelligence AS sebelum serangan telah memaklumkan kemungkinan Iran akan menyerang Israel dalam tempoh 12 jam. Tetapi diabaikan oleh Israel.

Mereka mendakwa bahawa serangan Iran kali ini tidak seperti serangan April, kali ini Iran dijangka menyerang Israel hanya dengan peluru berpandu balistik yang sampai ke Israel dalam masa 12 minit dan bukan dengan penggunaan dron atau peluru berpandu jelajah yang membolehkan masa persediaan lebih lama untuk pertahanan dan pemintasan.

Ini mungkin mengurangkan keupayaan gabungan yang diketuai AS untuk membantu Israel kerana sebahagian besar bantuan mereka pada bulan April adalah untuk menembak jatuh dron dan peluru berpandu jelajah menggunakan jet. 

Hanya beberapa peluru berpandu balistik ditembak jatuh oleh bateri Patriot AS di Iraq dan kapal-kapal yang dilengkapi Aegis di Mediterranean, dengan pertahanan udara Arrow-2/3 Israel menyerahkan sebahagian besar. Tekanan berat mungkin dikenakan pada pertahanan udara Arrow-2 dan Arrow-3 Israel akibatnya. 

Berdasarkan laporan risikan Iran, menunjukkan sekurang-kurangnya 20 unit F35 telah musnah dan lebih 40 pelbagai aset ketenteraan musnah. 



Bukan setakat itu terdapat bukti Hanggar pelindung yang menempatkan F-35, F-16 atau F-15 di bahagian pangkalan udara Nevatim ini musnah sepenuhnya berikutan serangan peluru berpandu Iran. Iran akan mengeluarkan lebih banyak lagi bukti imej satelit lain untuk membuktikan Israel menyembunyikan fakta kemusnahan teruk 3 pengkalan tentera.

Berdasarkan risikan ini, ini antara penyebab kenapa rancangan serangan Israel kepada Iran masih tertangguh kerana 2 sebab. 

Kebanyakan jet F35 telah rosak tidak sesuai diterbangkan selain 20 unit dikatakan musnah secara langsung. 

Israel cuba mengenalpasti apa punca Iron Dom gagal secara langsung dalam menangkis serangan Iran tempoh hari. Dengan kegagalan tahap 90% itu satu reputasi yang berbahaya jika serangan terhadap Iran akan menyebabkan lebih banyak serangan ke seluruh Israel. 


Ratusan Peluru Balistik Hipersonik Iran melimpasi ruang udara Jordan tanpa satu pun dapat dipintas. 

Selain itu Israel juga benar-benar kecewa dengan sistem pertahanan Arab Saudi dan Jordan yang langsung tidak membantu ketika serangan peluru hipersonik Iran. Malah unit Amanda Amerika yang berada di Laut Mediterranean langsung tidak membantu hingga 90% serangan Iran berjaya menembusi ruang udara Israel. 

Ketika ini Israel menanti bantuan satu lagi kapal induk mengetuai Armada Perancis untuk tiba manakala Armada UK menjadi tanda tanya sama ada datang atau tidak berikutan Perselisihan Netanyahu dengan PM UK. 

Lebih meruncing Netanyahu dikatakan sedang mengintip setiap ahli politik dan penulis politik di UK menyebabkan keadaan bertambah tegang. Pendedahan Johnson membuktikan bahayanya Israel kepada UK. 

Kenyataan Johnson: Netanyahu menanam alat mendengar di bilik mandi peribadi saya Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mendakwa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memasang alat mendengar di bilik mandi peribadinya semasa lawatannya ke ibu pejabat kerajaan Britain pada 2017 semasa beliau menjadi Setiausaha Luar. 

Johnson mendakwa dalam bukunya "Unleashed" bahawa pasukan keselamatannya menemui peranti mencuri dengar di dalam bilik mandi selepas Netanyahu menggunakannya. 

Johnson menjelaskan kepada media Barat bahawa "semua yang anda perlu tahu tentang perkara ini ada dalam buku itu." Dia menambah bahawa semasa pertemuan mereka di bekas pejabatnya, Netanyahu meminta diri untuk pergi ke bilik air dan tinggal di sana untuk beberapa lama.

 Johnson menyatakan bahawa ia mungkin kebetulan atau tidak, tetapi dia kemudian dimaklumkan bahawa semasa sapuan rutin untuk peranti mendengar, peranti ditemui di dalam kabinet bilik mandi. 

Selain itu ada hal lebih-lebih mengejutkan bila CNN membongkar pembohongan Netanyahu berkenaan Israel telah berjaya menumpaskan Hamas di Gaza. 

Hasil siasatan CNN menunjukkan terdapat 24 briged Hamas beroperasi di sepanjang jalur Gaza, manakala 16 briged daripadanya beroperasi di Utara Gaza, hanya 2 briged yang kehilangan pegerakan di Utara yang mungkin telah tewas atau diserapkan ke Briged lain. 

Selain dari itu CNN telah mengenal pasti 9 briged masih beroperasi dan manakala terdapat lagi 5 briged yang benar-benar agresif melakukan operasi combat yang memusnahkan setiap kumpulan IDF. 

Walaupun Israel selama 9 bulan melakukan operasi besar-besaran memburu Hamas ternyata usaha itu sia-sia kerana setiap kehilangan anggota Hamas sentiasa mendapat rekrut baru dari masa ke semasa. 

CNN cuba mendapatkan penjelasan dari Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel tetapi kedua-duanya menghindari dari menjawab soalan ini. 

Walaupun ancaman Hamas tidak mampu memberi kesan yang besar kepada Israel tetapi dengan bantuan Hizbullah, Houthi, Iraq dan Syria malah kini membabitkan Iran secara langsung dan bakal mengheret Russia secara langsung, akan memberi satu tekanan dahsyat buat Israel mempertahankan tanah jajahan mereka. 

Benar ketika ini operasi serangan 5+Iran+Russia penjuru ini tidak menarget penempatan awam, tetapi tidak bermakna tidak akan berlaku sekiranya operasi Israel makin meluas di Lubnan atau memulakan serangan terhadap Iran. 

Ketika ini Briged² di bawah Hizbullah yang berkampung di Bukit Golan yang juga disertai Houthi dan Iraq telah mula melangkah masuk ke sempadan Israel untuk mengasak tentera darat Israel yang merancang memasuki sempadan Lubnan Selatan untuk membolehkan serangan besar-besaran darat dilaksanakan. 

Setelah masuk 4 hari operasi Israel yang kerap kali terpaksa berundur melebihi 25 km dari sempadan sendiri kerana asakan Hizbullah. Selama operasi Hizbullah lebih dari 100 IDF mampus dan sudah 17 kereta kebal Merkava musnah, belum termasuk kereta perisai, Truk tentera dan artileri. 

Ini kerana 70% dari tentera yang dihantar Israel berusia 20-25 yang mana mereka diserapkan secara paksa atau automatik setelah berlaku serangan 7 Oktober. 

Ini menyebabkan persiapan fizikal dan mental mereka ditahap paling rendah dan Israel memberi pangkat 2-3 calit supaya membantu peningkatan mental. Walaupun mereka berpengalaman bertempur membunuh warga awam Palestin yang tak bersenjata, tetapi bila berhadapan dengan Hizbullah mereka cukup mudah terperangkap dengan strategi gerila Hizbullah yang berakhir dengan mampus. 

Lebih menyukarkan IDF apabila risikan Israel mendapati rangkaian terowong Hizbullah lebih besar daripada 'Gaza Metro', dengan beberapa terowong berpotensi dipercayai sepanjang 45km dan berpuluh-puluh meter dalam. 

Ini menyebabkan setiap serangan gerila Hizbullah benar-benar seperti hantu boleh tiba-tiba muncul dan serta-merta hilang malah lebih menakutkan tiba-tiba muncul dari pelbagai arah berbeza-beza menyebabkan ramai beruk² IDF panik kerana tiada pengalaman menangani situasi serangan gerila di kawasan berhutan bukan seperti runtuhan bangunan di Gaza. 

Hizbullah juga dengan bantuan penduduk awam Lubnan telah berjaya menangkap beberapa Spy Israel yang bertugas di Lubnan yang mana mereka ini sedang disoalsiasat untuk mencari saki-baki yang masih beroperasi. 

Sumber tentera Hizbullah memberitahu Al Jazeera: - Setiap pasukan tentera elit Israel yang memasuki wilayah Lubnan hari ini sama ada terbunuh, cedera, atau melarikan diri. 

Menghadapi tentera musuh Israel tidak terhad kepada pasukan elit yang menyusup ke pinggir beberapa kampung di dalam wilayah Lubnan di pinggir hadapan di selatan Lubnan, tetapi lebih meluas kepada penumpuan pasukan ini di berek tentera, kebun dan tapak di dalam pendudukan. wilayah. 

Semua pasukan tentera Israel yang berada di dalam wilayah yang diduduki di sempadan Lubnan-Palestin berada dalam lingkungan tembakan briged di bawah Hizbullah dan sedang ditangani dengan senjata yang sesuai.


Media Ibrani mendedahkan butiran serangan hendap maut di selatan Lubnan: Pejuang Hizbullah melancarkan serangan hendap dan menarik askar pendudukan ke sebuah bangunan di pinggir sebuah kampung di sektor timur selatan Lubnan, bertepatan dengan kabus tebal. 

Pada jam 4:00 pagi, pasukan dari unit Egoz memasuki bangunan, dan pejuang Radwan menentang mereka dari jarak dekat.

Kemudian, berpuluh-puluh Briged Radwan Hizbullah mula mengepung bangunan itu dari semua arah, melepaskan tembakan, peluru anti-kereta kebal, dan peluru mortar ke arah pasukan yang tiba untuk memindahkan tentera yang cedera.

Beberapa askar dari Unit 669, yang bertanggungjawab memindahkan tentera melalui helikopter, cedera semasa operasi pemindahan. Serangan hendap ini sahaja mengakibatkan 6 orang tentera terbunuh dan 30 yang lain cedera dan kritikal.

Sorotan Hizbullah untuk 3 Oktober 

🔴Pejuang kami menyasarkan himpunan pasukan musuh Israel di penempatan Yaron dengan peluru berpandu. 

🔴Pejuang penentang sedang menghadapi percubaan kemaraan musuh Israel di Pintu Fatima. 

🔴Pejuang kami menyasarkan himpunan pasukan musuh Israel antara Shetula dan Al-Raheb dengan peluru berpandu. 

🔴Pejuang kami menyasarkan perhimpunan tentera musuh Israel berhampiran penempatan Adamit dengan peluru berpandu. 

🔴Perhimpunan tentera musuh Israel dibedil di sekitar tapak Al-Raheb dengan dua peluru berpandu "Burkan" untuk menyokong Gaza dan untuk mempertahankan Lubnan dan rakyatnya. 

🔴Perhimpunan tentera musuh Israel di penempatan Kfar Giladi dibedil dengan serangan roket "Falaq" bagi menyokong Gaza dan mempertahankan Lubnan dan rakyatnya. 

🔴Perhimpunan tentera musuh Israel dibedil di berek "Ramim" dengan rentetan roket "Falaq". 

🔴Pejuang kami membedil kumpulan tentera musuh Israel di hutan Misgav Am dengan peluru berpandu untuk menyokong Gaza dan mempertahankan Lubnan dan rakyatnya. 

🔴Pergerakan tentera musuh Israel di tapak Al-Raheb dibedil dengan meriam, mencapai pukulan langsung. 

🔴Kota Tiberias yang diduduki dibedil dengan peluru berpandu untuk menyokong Gaza dan mempertahankan Lubnan dan penduduknya.

Malah Helikopter mengambil bahagian dalam mengangkut Zionis yang maut dan cedera dalam pertempuran di sempadan Lubnan-Palestin turut terhempas akibat terkena serpihan peperangan. 

Kesimpulan dari aktiviti ini, Hizbullah telah mengeluarkan kenyataan sekurang-kurangnya lebih 30 ekor mampus dan lebih 100 cedera,

Lebih 100 roket digunakan dan 8 dron kamikaze dilancarkan. Mereka yang maut dan cedera dalam dua operasi berasingan: 

🔴Mensasarkan tempat berkumpul tentera Zionis. 

🔴Letupan dua bom mengenai pasukan infantri Zionis di sempadan Lubnan. Tetapi angka diberi Israel berbeza dari Hizbullah! Itu baru 3 Oktober yang mana hanya sebahagian dari lebih 40 serangan Hizbullah tetapi bila masuk 4 Oktober. 

Berdasarkan laporan Wartawan Al Jazeera: Dua bahan letupan diletupkan dalam kumpulan Israel yang telah menyusup ke sekitar bandar Maroun al-Ras di selatan Lubnan. (Berdasarkan laporan Hizbullah untuk kejadian ini mengakibatkan sekurang-kurangnya 80 ekor mampus atau kritikal akibat serangan) 

Infantri dan kenderaan Israel berundur melepasi Garisan Biru selepas menyusup ke arah bandar Maroun al-Ras. (Untuk situasi ini, Hizbullah laporkan sekurang-kurangnya 3 buah kereta kebal Merkava telah musnah ketika dalam pengunduran) 

Sumber Al-Mayadeen pada 4 Oktober membabitkan kawasan berbeza dari laporan Media Ibrani: "Pertempuran yang kami lakukan di sempadan mengakibatkan pembunuhan dan kecederaan lebih daripada 80 pegawai dan tentera serta kemusnahan kira-kira 5 kereta kebal"

Manakala angkatan udara Israel selain mengempur Lubnan membabitkan 17 serangan udara setakat ini di pinggir selatan selatan, menyasarkan: Hadath, Hayy al-Amrikan, Shiyah, Saint Therese, persimpangan Kafaat, Haret Hreik, Burj al-Barajneh. 

Selain itu Israel uga telah melancarkan operasi mengempur Syria membabitkan pengkalan penyimpanan ketenteraan Russia yang mengakibatkan 2 pengawal Perol Iran maut. 

Israel memberi alasan serangan ini perlu untuk menghampuskan pembekalan senjata Russia dan Iran terhadap pejuang-pejuang yang menentang Israel. 

Kevork Almassian Menulis pada X: Pencerobohan tentera berskala besar Israel baru-baru ini di pantai Syria berhampiran bandar Jableh boleh menandakan titik perubahan yang ketara dalam konflik serantau yang berterusan. 

Serangan ini menyusuli pertemuan pada hari Rabu antara Alexander Lavrentiev, Duta Khas Presiden Rusia Vladimir Putin di Syria, dan Ali Akbar Ahmadian, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran (SNSC). Semasa rundingan itu, Lavrentiev menyatakan harapan bahawa Israel akan mematuhi amaran Iran. 

Israel nampaknya telah mentafsir pertemuan ini, bersama-sama dengan kenyataan Lavrentiev, sebagai persetujuan tersirat Rusia terhadap tindakan balas Iran. Akibatnya, Israel menyasarkan gudang tentera Rusia. 

Ini mungkin menjelaskan tindak balas bersama daripada pertahanan udara Syria dan Rusia, menandakan perlepasan daripada serangan Israel sebelum ini, di mana Rusia telah mengelak daripada terlibat secara langsung dalam usaha pertahanan. 

Selepas tamatnya serangan pada 5:50 pagi, peronda udara Rusia telah diperhatikan di atas Latakia. Serangan Israel ke atas kemudahan Rusia di Syria adalah peningkatan yang serius. Tindakan Netanyahu menunjukkan dia tidak lagi semata-mata berhadapan dengan "Paksi Penentangan" tetapi juga mempertaruhkan kepentingan Rusia. 

Sekiranya Moscow memilih untuk bertindak balas, ia secara dramatik boleh mengubah keseimbangan kuasa di rantau ini.

Sementara itu Joe Biden mengesahkan kepada Bloomberg bahawa kerajaan AS dan kerajaan Israel sedang membincangkan serangan bersama terhadap kemudahan minyak Iran di selatan Iran. 

Biar saya beritahu anda apa yang berlaku seterusnya: Pengkalan minyak di negara Arab yang disokong AS di Teluk Parsi akan terbakar akibat peluru yang tidak diketahui asalnya. 

Kemudian, semua kapal tangki minyak akan dihentikan daripada sampai ke Eropah, bukan sahaja dari Bab al-Mandab tetapi juga dari Selat Hormuz.

Tetapi Angkatan Tentera Houthi Yaman terlebih dahulu membuat adegan menggunakan bot kamikaze tanpa awak menyasarkan kapal tangki minyak British (CORDELIA MOON) di Laut Merah. 

Ini membuatkan Biden benar-benar marah kerana tidak lagi mampu mengawal perdagangan melalui Laut Merah selama 11 bulan ini. Amerika menjangkakan perlunya serangan besar-besaran membabitkan 5 kumpulan bersaudara + Iran dan mungkin kerana tindakan Israel menyerang pengkalan tentera Russia di Syria maka pembabitan Russia tidak dapat dihindari lagi. 

Media Ibrani mengeluarkan artikel Kemusnahan dan kerugian yang akan dialami oleh "Israel" akibat daripada sebarang tindak balas baharu Iran akan menjadi malapetaka, dan kita mungkin tidak dapat bertahan.

Manakala laporan media Lubnan Di antara Pedang dan Penghinaan 

Axis Resistance Islam di Lubnan, Yaman, dan Iraq memulakan kempen ketenteraan mereka terhadap penindas Israel beberapa hari selepas 7 Oktober 2023. 

Ramai di Gaza bimbang kumpulan penentang akhirnya akan menyerah kalah dalam penghinaan seperti yang dilakukan oleh banyak negara Arab "Muslim" di menghadapi ancaman dunia barat. 

Lagipun pergaduhan ini bukan pergaduhan mereka … jadi mereka fikir. Imam Husayn (as) mengajar pengikutnya nilai membela orang Islam yang tertindas. 

Bahawa perjuangan mereka adalah perjuangan kita. Hari ini umat Islam Lubnan  dan Yaman menahan peningkatan kekejaman rejim Israel. 

Menjelaskan kepada Israel, TIADA gencatan senjata di Gaza bermakna TIADA PERUNDINGAN! Mereka yang memahami pelajaran Karbala pada hari Asyura akan selama-lamanya menjerit "Jangan Pernah Dihina" apabila menghadapi pilihan menyerah diri dihina atau mati berjuang untuk orang yang ditindas. Kemenangan Sudah Dekat. 

Kenyataan Imam Khamenei (ha): 

"Saya secara peribadi menyeru kamu kepada ketakwaan ilahi... Kita mesti mematuhi batas-batas ini dan tidak melampauinya." 

"Saya menyeru diri saya dan semua saudara yang dikasihi kepada ketakwaan Ilahi. Marilah kita berhati-hati agar tidak melampaui batas yang ditetapkan oleh Allah dalam perkataan dan perbuatan kita." 

"Jika umat Islam bekerjasama, penghormatan ilahi akan menjadi sokongan mereka." 

"Wilayah (penjagaan) bermaksud kesatuan dan keteguhan di kalangan umat Islam, dan dasar-dasar al-Quran terserlah dalam prinsip ini."

Imam Khamenei berkata lagi Tiada mahkamah atau organisasi antarabangsa yang berhak untuk membantah rakyat Palestin kerana menentang entiti Zionis

Saya telah memilih untuk memperingati saudara saya, tokoh tercinta di dunia Islam, suara fasih untuk penduduk rantau ini, dan permata Lubnan yang bersinar, Sayyed Nasrallah (semoga Allah meredhainya). dia), semasa solat Jumaat di Tehran. 

Sayyed Hassan Nasrallah telah meninggalkan kita dalam badan, tetapi watak, roh, jalan, dan suaranya yang bergema akan kekal hidup dalam diri kita selama-lamanya.

Musuh yang berniat jahat dan pengecut telah gagal memberikan tamparan hebat kepada struktur padu Hizbullah, Hamas, dan Axis Resistance

Matlamat Amerika adalah untuk mengubah entiti Zionis menjadi pintu masuk untuk mengeksport tenaga dari rantau ini ke negara Barat dan mengimport barangan dari Barat ke rantau ini.

Tingkah laku entiti yang dahagakan darah dan tidak tahu malu berpunca daripada usaha mencapai matlamat ini. Entiti itu tidak lain hanyalah pokok jahat yang tumbuh dari kedalaman bumi.

Kumpulan penjenayah Zionis menyangka mereka telah mencapai kemenangan ke atas Hamas dan Hizbullah tetapi sebenarnya tidak malah di luar jangkauan mereka.

Kepada ketabahan orang-orang kami di Lubnan dan Palestin, syahid dan pertumpahan darah ini tidak melemahkan tekad anda; sebaliknya, ia menguatkan ketabahan kamu. 

Kebangkitan Penentangan di rantau ini tidak akan berundur dengan kesyahidan pasukannya, dan kemenangan akan menjadi teras kekuatan Axis Resistance.

Salam sejahtera ke atas pemimpin syahid Nasrallah, Haniyeh, dan Qassem Soleimani. Semoga Allah melindungi dan memberkati perjuangan kita. 

Timbalan Komander Pengawal Revolusi, Brigedier Jeneral Ali Fadavi, kepada Al-Mayadeen: Jika "Israel" melakukan kesilapan, ia akan mendedahkan kewujudannya kepada kemusnahan. 

Jika entiti pendudukan tersilap, kami akan menyasarkan semua sumber tenaga, stesen, loji penapisan dan medan gasnya. 

Iran adalah sebuah negara yang besar dan luas dengan banyak pusat ekonomi, manakala "Israel" mempunyai tiga stesen janakuasa dan beberapa kilang penapisan, yang kami mampu untuk menyerang secara serentak.

Semoga kemenangan Islam akan segera tiba, amin. mymdfadzil

Comments

Popular Posts