Teruk Israel Dibelasah 5 Kumpulan Bersaudara

 Hari ini dengan angkuh Israel menggerakkan tentera darat menyerang sempadan Lubnan yang berhampiran Israel, untuk menghapuskan Hizbullah. 

Semalam Erdogan Turki ada berkata di persidangan UNGA PBB, bahawasanya Turki bersedia untuk menghantar tentera darat untuk mempertahankan Lubnan sekiranya Israel mula menggerakkan tentera darat menyerang Lubnan. 

Manakala Iran menafikan tuduhan Israel yang mengatakan Iran ada menghantar beribu-ribu tentera di Bukit Golan bersempadan Israel untuk membantu Hizbullah. 

Dalam Kenyataan yang sama Iran berkata tentera darat Hizbullah mampu menangani Israel mempertahankan Lubnan tanpa memerlukan bantuan Iran. 

Israel dalam kenyataan berbeza telah mengumumkan berjaya menghalang kemasukan kapal kargo tentera Iran masuk ke ruang udara Lubnan dengan bantuan tentera udara Amerika. 

Russia pula mengeluarkan kenyataan bahawasanya setiap armada yang diketuai 2 kapal induk Amerika berada di Laut Mediterranean dan Teluk Oman semangnya berada dalam radius peluru berpandu balistik dan hipersonik Russia. Ini adalah amaran bukan lagi peringatan kepada Amerika dalam konflik Israel Hizbullah akan menyebabkan tindak balas Russia untuk masuk campur. 

Hari setelah Israel mula bertindak menggerakkan tentera darat menceroboh masuk sempadan Lubnan. Malat Unit artileri tentera Israel menyasarkan serangan bertalu-talu sekitar Al-Wazzani dan dataran Khiyam selama lebih 2 jam.

Erdogan menggesa PBB menggunakan resolusi 1950 untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza dan Lubnan. Iaitu dengan menggunakan kekerasan untuk menghentikan Israel. 

Sementara itu kerajaan Lubnan pula mendesak PBB melaksanakan genjatan senjata antara Hizbullah dan Israel bagi mengelakkan peningkatan kematian orang-orang awam akibat kegilaan Israel.  

Selain itu Divisyen Kelima Tentera Lubnan menafikan laporan tentang tentera berundur daripada kedudukannya dan mengesahkan keteguhannya dalam kesemuanya. 

Jeneral yang mengetuai divisyen telah berkata Kami telah terima Perintah untuk mempertahankan selatan, tidak kira apa risiko pengorbanan yang perlu terima tetapi kami tidak akan berganjak. Ini bermaksud Israel juga bakal menghadapi tentera kerajaan Lubnan yang bangkit demi mempertahankan tanahair mereka. 

Kenyataan dalam satu video briged dari Hizbullah berkata Kami mengalu-alukan kedatangan kereta kebal Israel masuk ke sempadan Lubnan dan kami akan pastikan anda tidak akan mempunyai kereta kebal lagi. 

Hizbullah mengatakan kekuatan senjata anti-kereta kami yang perlu Israel hadapi adalah berbeza dengan apa yang Israel alami di Gaza. 

Strategi Netanyahu dilihat cuba mengeksploitasi keadaan terkejut semasa Hizbullah seperti kematian Hassan Nasrallah dan beberapa Jeneral lain dengan melancarkan operasi darat, sebagai mengambil kesempatan daripada apa yang dianggap musuh sebagai "kekeliruan" selepas serangan Hezbollah baru-baru ini. 

Menariknya, kali ini tentera Israel sendiri yang menyeru untuk melakukan serangan darat. Ini memberi kekuatan Netanyahu bertindak selain setelah mendapat kelulusan Amerika. 

Perangkap disini adalah jika Hizbullah beralih daripada konsep kepimpinan berpusat dan menukar pertempuran darat kepada peperangan gerila, detik euforia yang Netanyahu rasai akan bertukar menjadi bencana. 

Apatah dengan kepimpinan baru yang menggantikan Hassan Nasrallah, dipercayai pakar dalam strategi konvensional dan strategi gerila dalam pertempuran darat terbuka atau secara gerila. 

Ramai Pengalisis perang tertanya-tanya Bolehkah Netanyahu mengendalikan adegan baharu kereta kebal Merkava yang terbakar di bawah peluru berpandu dan dron Kornet? Lebih-lebih lagi senjata anti kereta kebal dimiliki Hizbullah adalah buatan Russia yang berlipat kali ganda lebih hebat dan tepat walaupun jarak 2 kali ganda lebih jauh dari apa yang Israel alami dari serangan gerila Hamas. 

Sebab itu mudah faham bila wartawan Al-Manar melaporkan: Israel telah menggunakan peluru artileri, peluru fosforus, dan peluru kereta kebal dalam serangannya, dari bahagian barat dataran Khiyam ke ketinggian Kfar Shuba dan Shebaa di timur, tanpa sebarang rekod pelanggaran sempadan. 

Terdapat pergerakan kenderaan di sekitar Ma'ayan Baruch, bertentangan dengan Abel Al-Qamh dan Sungai Wazzani, dengan pesawat pejuang dan dron terbang di atas kepala. 

Ini menunjukkan keberanian yang dilaung-laungkan tentera Israel sebenarnya tidaklah berani sangat masuk secara membabi-buta tanpa pasti benar-benar selamat seperti mereka serang Gaza. 

Tetapi Amerika memberi alasan dan menyarankan Israel untuk melakukan serangan terhad sahaja terhadap Lubnan sebab itu tentera darat belum betul-betul berani masuk selagi mereka belum rasa selamat untuk masuk. 

Malah berdasarkan laporan lain, Pergerakan kenderaan Zionis dipantau di sekitar Maayan Baruch, bertentangan dengan Abel al-Qamh dan al-Wazzani. *Kenderaan tentera ini dilindungi oleh helikopter dan dron yang cukup ketat. 

Selain itu Pesawat perang Zionis melancarkan beberapa siri serbuan menyasarkan Wadi Barghaz, pinggir Kokba, Rashaya al-Fakhar, Kfar Kila, Khiyam, Sungai Blat, dan Sungai Litani antara Zawtar dan Deir Siryan di selatan Lubnan.

Tentera Israel juga secara senyap-senyap menyusup kebun buah-buahan bertentangan dengan bandar Adaisseh Kfar Kila dan kedatangan mereka disambut Hizbullah dengan senjata yang sesuai dan menyebabkan kematian yang belum disahkan ke atas mereka Israel. 

Berdasarkan laporan media, dalam pertempuran sengit ini terdengar tangisan dan raungan askar Israel yang lari bergelimpangan di Misgav Am telah bergelimpangan lari hingga sampai ke perkampungan sempadan. 

Tentera Zionis telah memanggil helikopter untuk menyisir kawasan itu dan memindahkan mangsa yang mati dan cedera dari paksi Adaisseh (Kfar Kila). 

Salah satu mangsa Israel yang cedera telah merakamkan percakapan yang mereka telah Tentera Hizbullah seperti berperang dengan hantu, yang tiba-tiba datang dari arah yang tidak diketahui dan tidak dapat dipastikan jumlah dan benar-benarkah mereka hanya Hizbullah atau mungkin dari kumpulan lain. 

Laporan Yedioth Ahronoth: Tentera Israel mengatakan bahawa gerakan darat di Lubnan lebih sukar dan rumit berbanding dengan Hamas.  Saya ingin mengatakan ini... "bukankah kami memberitahu anda begitu?"

Pada hari yang sama juga, Media Israel melaporkan terdapat beberapa bunyi yang kedengaran di Tel Aviv, dengan kedatangan sejumlah peluru berpandu hipersonik yang dilancarkan dari Yaman dikesan menuju ke arah Gush Dan. 

Lebih satu setengah juta rakyat Israel di "Gush Dan" melarikan diri ke tempat perlindungan berikutan letupan yang kedengaran berhampiran "Tel Aviv.

Laporan Mossad menunjukkan kali ini kehadiran operasi ketenteraan bersatu yang melibatkan mujahidin Iraq, Hizbullah dan Angkatan Tentera Yaman, menyasarkan Tel Aviv yang diduduki. Dan terdapat juga beberapa serangan dari arah belakang membabitkan Briged di bawah Hamas. 

Serangan bersatu yang dilakukan serentak melibatkan lebih 30 lokasi benar-benar mencabar sistem pertahanan, malah ini yang paling besar dari sebelum-sebelum ini. Mossad percaya gabungan ini belum pun menggunakan kekuatan sebenar dalam serangan hari ini. 

Peningkatan kematian orang awam dan kecederaan berlaku dengan mendadak tetapi belum ada laporan penuh mengenainya. 

Selain itu, Briged Al-Qassam/Hamas telah terlibat dalam pertempuran sengit, melepaskan tembakan tembakan yang kuat ke arah pasukan pendudukan di tapak pencerobohan dalam kem Tulkarm. Pertempuran ini berakhir dengan kehadiran beberapa buah helikopter penyelamat Israel untuk membawa setiap yang mampus dan cedera. 

Sementara itu Briged Al Ridwan Hizbullah telah menyasarkan kawasan Metula dan Avivim dalam sempadan Israel. Di mana tempat angkatan tentera dan kereta kebal Israel ditempatkan sebagai siap sedia memasuki Lubnan. 

Serangan ini menyebabkan unit-unit tentera yang berkumpul mengalami pergelutan mengubah lokasi secara tergesa-gesa tanpa perancangan hingga terbahagi beberapa kelompok. Setakat hasil serangan belum dimaklumkan tetapi sudah pasti ada kemusnahan dan kematian akibat serangan peluru roket dan dron. 

Kesilapan Israel membiarkan tentera darat mereka duduk di satu lokasi untuk jangka masa yang lama telah memberi peluang kepada Hizbullah melancarkan serangan sebelum mereka menceroboh masuk sempadan Lubnan. 

Dalam kelekaan unit Artileri Israel menembak selatan Lubnan, Tiba-tiba suasana tembakan terhenti apabila kedatangan serangan bertubi-tubi dari satu Briged di bawah Hizbullah yang menggunakan roket pelancar yang belum pernah digunakan bersama-sama serangan dron dari pelbagai arah. Suasana ini menyebabkan unit Artileri Israel terpaksa berundur dalam keadaan tergesa-gesa hingga ada peralatan ditinggalkan. 

Hizbullah juga telah melancarkan peluru berpandu Faddi 4 ke markas unit 8200 Mossad di Glilot dalam sempadan Tel Aviv. Serangan ini tidak dipintas kerana kekalutan serangan dalam Tel Aviv menyebabkan keadaan kerosakan luar biasa. 

4 situasi ini menyebabkan media Israel menyindir Netanyahu Sebaik sahaja pengumuman permulaan pencerobohan darat dibuat, bukannya pasukan kita yang mara ke dalam, mereka berundur kerana keamatan api yang mendadak. 

Malah isu ini menjadi pergaduhan besar-besaran dalam kabinet perang Israel yang saling menyalahkan satu sama lain. Apatah setakat ini kabinet belum mendapat laporan berapa kerosakan dan kematian sebenar dalam strategi yang salah ini. 

Kemarahan dan kekecewaan kabinet perang bertambah-tambah panas apabila pusat pentadbiran Israel terpaksa mengarah perubahan Kedudukan IDF di Metulla setelah berulang kali diserang unit hantu Hizbullah. 

IDF dilaporkan sedang mencari kawasan sesuai sebelum maju ke arah barat ke Kfarkela dan menawan kampung kecil itu sebagai permulaan. Tetapi setakat ini mereka sudah 4 kali terpaksa mengubah lokasi kerana mendapat serangan mengejut tanpa amaran. Sepanjang proses-proses ini kehilangan nyawa dan kerugian aset menjadi pertaruhan kerana serangan ini melibatkan senjata berat dari jarak jauh tetapi kemusnahan sebenar telah dirahsiakan Israel. 

Jurucakap Angkatan Tentera Brigedier Jeneral Yahya Saree telah mengeluarkan laporan hari ini

🔻Kami menyasarkan Yaffa dan Umm al-Rashrash yang diduduki dengan dua operasi ketenteraan menggunakan dron, kedua-duanya berjaya mencapai objektif mereka. 

🔻Kami mengebom sasaran tentera Israel di Yaffa "Tel Aviv" yang diduduki dengan dron "Yaffa". 

🔻Kami menyasarkan objektif ketenteraan di Umm al-Rashrash "Eilat" yang diduduki dengan 4 dron jenis "Sammad 4". 

🔻Kami mengucapkan tahniah kepada pejuang di Palestin dan Lubnan kerana mempertahankan negara daripada pencerobohan Israel-Amerika dan rancangannya bertujuan untuk menundukkan semua negara dan rakyat. 

🔻Kami mengesahkan sokongan praktikal kami untuk rakyat Palestin dan Lubnan sehingga pencerobohan itu dikalahkan dan rancangan jenayah serta konspirasi ekspansi digagalkan. 

🔻Kami menyeru semua orang Arab dan Islam untuk memecah kesunyian mereka dan mengambil bahagian secara aktif dalam pertempuran yang menentukan ini. 

🔻Pertempuran penentu ini akan berterusan sehingga kemenangan yang dijanjikan tercapai. 

Selain itu laporan Syarikat keselamatan maritim Britain "Ambrey" Mengaku mereka telah menerima serangan bot dron melanggar kapal 97 batu nautika barat laut Al-Hudaydah di Yaman. 

Kenyataan Pegawai media Hizbullah kepada Al Jazeera: 

Pejuang kami bersedia untuk berhadapan dengan pasukan musuh yang berani atau cuba memasuki wilayah Lubnan.

 •Kami akan mendatangkan kerugian paling besar kepada pasukan musuh yang cuba memasuki tanah Lubnan. 

• Pengeboman pangkalan Unit Perisikan Tentera 8200 dan ibu pejabat Mossad hanyalah permulaan.

Selain itu Hizbullah juga memperkenalkan buat julung kali penggunaan peluru berpandu Fadi 4.

Kepala peledak ini adalah milik peluru berpandu Tamir Israel yang ditembakkan ke arah peluru berpandu Fadi 4 milik Hizbullah. 

Seperti di gambar, kepala peledak itu berada dalam kondisi yang baik menunjukkan peluru Israel gagal memintas Fadi 4. 

Menurut video yang diterbitkan dalam sumber Israel, sejumlah besar peluru berpandu pemintas dan pertahanan ini melanda jalanan dan padang sekitar tanpa memintas sasaran mereka, yang menunjukkan mereka tidak berjaya memintas peluru berpandu Fadi-4 Hizbullah.

Ini yang terjadi kepada kem unit 8200 yang berpengkalan di pinggir Tel Aviv telah teruk musnah akibat kegagalan Israel memintas Fadi 4.

Menurut Hizbullah ini baru sebahagian kecil dari sejumlah besar dari pelbagai peluru yang Hizbullah ada yang belum dipergunakan untuk menyerang Israel tetapi kami tidak pernah teragak-agak untuk menggunakannya bila sampai waktu yang tepat. 


Berbalik kepada pihak Israel pula, mereka sedang menghadapi masalah terdapat banyak unit peluru penangkis yang gagal berfungsi dengan baik ketika cuba menangkis serangan 5 kumpulan bersaudara hari ini. Satu kajian serta merta sedang dilakukan untuk mengkaji sama ada kesalahan teknikal atau kena peluru scam dari pembekal. 

Selain itu Israel memang dari awal  mengheret Iran dalam perang ini supaya boleh mempergunakan kekuatan Amerika, UK dan German untuk menghapuskan semuanya sekaligus. Israel tidak peduli akan pembabitan Russia jika itu risikonya. 

Sebab itu pada hari ini juga, 3 serangan pengganas berasingan di tenggara Iran di wilayah sempadan dengan Pakistan yang membabitkan Kumpulan Jaish Al-adl wahhabi yang disokong Israel.

Dalam salah satu serangan pengganas, pengganas Jaish Al-adl menyerang sebuah sekolah. Empat orang yang mengambil bahagian dalam sambutan permulaan tahun persekolahan baru di Nikshahr di Selatan wilayah Sistan dan Balochistan telah syahid.

dalam serangan di lokasi lain, 2 pegawai polis syahid akibat ditembak oleh pengganas bersenjata dari dalam kereta yang sedang bergerak di bandar Khash. 

Dalam serangan pengganas serentak yang ketiga, sebuah kereta Toyota Hilux milik IRGC telah disasarkan di jalan pengangkutan Chabahar-Rask berhampiran Jekigur. dua pegawai IRGC di dalam kereta terselamat daripada serangan itu.

Kumpulan pengganas Jaish Al-adl yang bersenjata dan dilatih oleh Israel dan AS di dalam tanah Pakistan telah mengaku bertanggungjawab atas  semua serangan.

Netanyahu sebelum operasi serangan menceroboh Lubnan telah membuat satu sidang media menyeru rakyat Iran tidak menyokong kerajaan Iran. Ini menunjukkan tekad Netanyahu bukan sekadar serang Hizbullah, Houthi, Iraq dan Syria tetapi Netanyahu mahu melancarkan serangan besar-besaran terus membabitkan Iran. 

Netanyahu sedikit pun tidak peduli amaran Turki untuk turut membantu Axis Resistance dengan ketenteraan jika perang besar-besaran belaku. Seolah-olah Netanyahu nampak Erdogan telah diikat Amerika. 

Sekali pandang apa yang berlaku hari ini bukan mudah untuk Israel menyerang 5 kumpulan bersaudara membabitkan Hizbullah, Houthi, Iraq, Syria dan Hamas serentak jika tanpa bantuan langsung ketenteraan Amerika yang sudah menempatkan 40k tentera darat lengkap dengan segala aset-aset darat dan bantuan tentera 20k tentera Nato yang lengkap dengan aset-aset ketenteraan. 

Oleh itu motif utama Netanyahu lebih kepada memancing Iran dan tidak mustahil akan serang Iran lebih awal bila keadaan terdesak. Israel jika berperang tanpa bantuan sekutu dia akan tewas ditangan 5 kumpulan bersaudara. MyMdFadzil

Comments

Popular Posts