Tanda-tanda Serangan balas Ke3 Iran bila-bila masa.

 


Kenyataan Timbalan Ketua Komander IRGC, Laksamana Ali Fadavi: 'Tindak balas Iran terhadap pencerobohan Zionis tidak dapat dielakkan lagi malah tindak balas kami terhadap Israel pada kali ini tidak pernah berlaku dari sebelum ini' 

'Tindak balas kami terhadap rejim Zionis akan menghancurkan dan menyakitkan' kata Pengarah Pejabat Pemimpin Tertinggi Iran.

Pada mulanya, banyak media dan ahli politik di dalam Iran, kebanyakannya bergabung dengan Reformis dan kerajaan Pezeshkian, cuba mengecilkan serangan Israel dan mendesak untuk menahan diri dari melancarkan serangan balas setelah serangan balas ke 2 Israel. 

Tetapi dua hari selepas serangan itu, Pemimpin Tertinggi Ayatollah Khamenei menyatakan: 'Serangan Israel tidak boleh diperbesar-besarkan mahupun diperkecilkan. 

Tentera mesti memutuskan tindak balas yang sesuai.' Sejak itu, naratif telah berubah sepenuhnya, dan respons yang kuat nampaknya hampir pasti. 

Ini menggemakan pengalaman yang sama selepas pembunuhan Ismael Haniyeh di Tehran, ketika Presiden Masoud Pezeshkian yang ingin mengelak tindakan balas, tetapi Pemimpin Tertinggi memaksa tangannya, selepas Amerika Syarikat gagal mematuhi janji mereka untuk mencapai gencatan senjata di Gaza . 

Ketika ini ada Pergerakan di pangkalan peluru berpandu Iran ke beberapa lokasi strategik secara drastik. Yang dilaporkan banyak pihak. 

Ada laporan risikan mengatakan Iran juga sedang bersedia untuk menyerang Israel dari wilayah Iraq dalam beberapa hari mendatang, menggunakan sejumlah besar dron dan peluru berpandu balistik' laporan media Israel Axios yang di tulis oleh Barak Ravid, wartawan Israel

Walaupun begitu ada beberapa persoalan dekat sini. 

1. Pertama sekali, Iran diserang di wilayah Iran oleh Israel sendiri, jadi tindak balas akan datang dari Iran, dan ia akan terus ke wilayah Israel. 

Malah Iran bertindak balas secara langsung terhadap Israel setelah Israel menyasarkan Kedutaan Iran di Syria. Iran boleh dengan mudah memilih untuk menyasarkan aset Israel di luar negara, tetapi mereka memutuskan untuk menyerang Israel sendiri, dari Iran, dengan peluru berpandu Iran. 

Jika mereka melakukannya ketika itu, ketika Iran tidak diserang langsung, maka mereka pasti akan melakukannya sekarang. 

2. Kedua, laporan itu tidak mengambarkan seperti Iran mempunyai pangkalan peluru berpandu atau pangkalan tentera di dalam Iraq. 

Mengatakan bahawa 'Iran akan menyerang Israel dari wilayah Iraq' membayangkan bahawa ia akan menjadi militia Iraq yang melakukannya. 

Ini tidak boleh dilaksanakan, kerana Penentangan Islam di Iraq tidak mempunyai peluru berpandu balistik dan dron yang mencukupi untuk melancarkan serangan besar terhadap Israel secara serentak. 

Mereka boleh melancarkan mungkin beberapa dozen sekaligus, tetapi tidak lebih dan ia akan menjadi mudah untuk memintas. 

Ia berkemungkinan juga akan menyebabkan sebahagian besar stok senjata semasa di Iraq akan susut dengan ketara serta-merta. 

3. Ketiga, nampaknya media Exios Israel menerbitkan ini untuk memberi isyarat kepada Iran bahawa ini adalah sejenis tindak balas yang mereka akan biarkan tanpa dihukum. 

Barak Ravid, wartawan Israel yang menulis artikel itu, pada dasarnya memberitahu Iran; 'serang kami dari Iraq, dan kami tidak akan menyerang balik', dengan harapan Iran akan mengelak serangan terus ke atas Israel. 

Secara keseluruhannya sangat tidak mungkin untuk sambutan datang dari Iraq. Ada kemungkinan bahawa Perlawanan Iraq merancang serangan mereka sendiri, tetapi ini adalah berasingan dan bebas daripada tindak balas Iran.

Semalam Kementerian Luar Iran memanggil Kuasa Setiausaha Jerman untuk menyatakan kecamannya terhadap keputusan Jerman menutup konsulat Iran di negara itu. Tindakan Jerman itu dilakukan setelah Iran merangka akan menyerang Israel kali ketiga. 

Dan sebagai tindak balas Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Khamenei, telah mengarahkan serangan ke atas IsraelIsrael berdasarkan sumber New York Times. 

Perlu diingat untuk mengambil panduan saluran berita Barat secara melulu, Ia mungkin benar, tetapi New York Times tidak mempunyai sebarang sumber Iran yang dimaklumkan hal itu'. Atau lebih tepat mereka hanya meneka mengikut pertimbangan kepada keadaan semasa berdasarkan apa yang mereka rasa. 

Wartawan Israel untuk Axios dan Walla, Barak Ravid pada 31 Oktober melaporkan: "pewakilan AS Amos Hochstein dijangka membatalkan lawatan ke Beirut dan akan kembali ke Washington selepas lawatannya ke Israel, menurut sumber yang mengetahui butirannya." Ini berikutan Amerika akan lebih khusus meneliti serangan terhadap Iran berbanding apa-apa rundingan berkenaan mana-mana genjatan senjata. 

Satu lagi berita dimaklumkan sumber Iran Berpangkat Tinggi memberitahu CNN 29 Oktober, bahawa Iran akan melancarkan Tindak Balas “Definitif yang Menyakitkan” terhadap Serangan Israel minggu lalu yang mana Sasaran Tentera dalam Israel akan menjadi sasaran utama, dan kemungkinan besar akan datang sebelum Pilihan Raya Presiden AS pada 5 November.

Propaganda serangan Iran kepada Israel menjadi topik perang paling hangat ketika ini. Lebih-lebih lagi media Barat telah mengesyaki serangan Cyber yang berlaku di Israel ketika ini didalangi Iran. 

Merujuk Media Ibrani: "Pihak yang tidak dikenali sedang mengumpul maklumat mengenai pangkalan dan kemudahan sensitif di Israel menggunakan program larian Strava. 

Dengan bantuan aplikasi ini, identiti dan lokasi berpuluh-puluh askar dalam kedudukan sensitif telah terdedah dan boleh mengakibatkan terbuka kepada serangan langsung kepada kedudukan penting tentera Israel. 

Ini adalah kegagalan yang berulang-ulang hingga membocorkan pelbagai maklumat sulit dari dalam tentera Israel, kerana pelanggaran itu telah dicerobohi oleh sistem selama bertahun-tahun, agensi keselamatan melancarkan siasatan dalam usaha mencari sumber penyebab isu ini. 

Dilaporkan seorang pengguna palsu di Strava memalsukan berpuluh-puluh laluan masuk di Pangkalan Tentera Udara, perisikan dan lokasi sensitif lain. 

Selepas menipu permohonan itu, dia dapat mengetahui identiti ratusan tentera dan orang awam yang berkhidmat atau sedang berkhidmat di pusat-pusat ini. 

Satu lagi berita Saluran Ibrani "Kan": • telah mendedahkan ada beberapa peneroka Israel yang bekerja sebagai pengintip untuk Iran telah ditangkap dan sedang disoal siasat Shin Bet. 

Mereka mendapati mereka semua berhubung dengan pegawai Iran yang sama yang memberikan maklumat berbeza-beza yang pelbagai berkenaan kedudukan strategik tentera dan maklumat-maklumat sulit lain. 

Mesyuarat penilaian kerosakan telah diadakan di Jabatan Keselamatan Maklumat IDF dan siasatan bermula dengan kerjasama pegawai keselamatan lain."

Amerika juga telah berjaya mengubah naratif dunia untuk melihat kekejaman Israel di Gaza dengan mengalihkan perhatian dunia lebih kepada perang yang sedang berlaku di Lubnan dan bakal berlaku di Iran. Hinggakan Amerika boleh bersikap tidak acuh kepada laporan PBB. 

Pelapor Khas PBB mengenai Hak Asasi Manusia di Palestin, Francesca Albanese:

○ Kami menuntut tindakan antarabangsa yang tegas untuk menamatkan pembunuhan beramai-ramai di Gaza. 

○ Kemusnahan total Gaza berterusan tanpa henti dan tiada rakyat Palestin yang selamat. 

○ Keganasan Israel selepas 7 Oktober adalah sebahagian daripada pemindahan paksa yang sengaja dan sistematik. 

○ Rancangan Israel untuk pemindahan dan pengilhakan tanah berkembang dari Palestin ke Lubnan. 

○ Genosid dan malapetaka kemanusiaan berlaku di hadapan kita semua di Gaza.

Merujuk kepada kenyataan ini, Blinken selaku jurucakap Israel di White House dalam ucapan semalam berkenaan pentingnya Israel memulakan serangan lebih efektif kepada Iran sempat menjawab persoalan dibangkitkan oleh PBB dengan kenyataan "Israel perlu mengambil langkah wajar membolehkan bantuan masuk ke Gaza" Tanpa menyebutkan apa-apa saranan untuk Israel menghentikan pembunuhan orang-orang awam secara serta-merta sedangkan pembunuhan orang-orang awam semakin kritikal setiap hari di Gaza. 

Sedangkan semalam Israel telah melakukan pembunuhan beramai-ramai Israel di kem pelarian al-Nuseirat di tengah Gaza yang telah mengakibatkan kesyahidan lebih 16 rakyat Palestin. Ketika diajukan kepada Blinken itu jawapan yang diberikan iaitu hantar bantuan kemanusiaan. 

Malah sudah masuk hari ke 178 berturut-turut penjajah Israel terus menutup laluan masuk ke Gaza bagi bantuan kemanusiaan dan menghalang para pesakit serta mangsa yang tercedera daripada mendapatkan rawatan di luar. Itu bermaksud Amerika tidak peduli pun soal Palestin. 

Bukan setakat itu, Pentadbir Biden telah Menerima Hampir 500 Laporan bahawa Israel Menggunakan Senjata dibekalkan AS untuk melakukan serangan yang Menyebabkan “Kemudaratan Yang Tidak Diperlukan” di Gaza - WaPo 

"Kemudaratan yang tidak perlu" melakukan banyak kemusnahan besar hingga menjadi penyebab pembunuhan beramai-ramai orang awam Palestin. Tetapi seperti biasa Amerika memekakkan telinga dan sentiasa mencari jalan menghalalkan perbuatan Israel. 

Tidak cukup dengan itu, Amerika terus manjakan Israel dengan telah memberi Israel $17.9 bilion bantuan ketenteraan sejak 7 Oktober.

• $1B untuk menambah senjata berat

• $6.8B dalam pembiayaan tentera asing

• $5.7B untuk membangunkan sistem pertahanan peluru berpandu

• $4.4B untuk menambah senjata (daripada simpanan AS)

Israel boleh memindahkan 25% bantuan berkala yang diterima daripada AS kepada industri senjatanya sendiri.

Malah Amerika dikatakan sedang menyelamatkan industri persenjataan Israel yang berdasarkan laporan terbaru Barclays menunjukkan bank British itu tidak lagi mempunyai sebarang saham dalam Elbit Systems, pengeluar senjata terbesar Israel.

Ini berikutan kempen tindakan langsung dari gerakan Pro Palestin British yang menyasarkan serangan radikal yang membabitkan rusuhan yang merosakkan harta benda terhadap bank tersebut sebayak 54 kali dalam satu tahun, termasuk tindakan di seluruh negara terhadap hampir 20 cawangan bank Barclays diserang dalam sehari.

Bank Barclays yang terkenal dengan pelbagai perkhidmatan kewangan kepada sektor pertahanan, termasuk syarikat pertahanan AS, UK dan Eropah. Akhirnya mengumumkan mereka telah melupuskan dan tidak mempunyai sebarang saham dalam Elbit System. 

Amaran Pro Palestin British, Kami akan kekal komited dan fokus kepada tugas yang sedang dijalankan dan menyasarkan mana-mana dan semua institusi dan perniagaan yang membolehkan firma senjata terbesar Israel mengekalkan operasi pembunuhan beramai-ramai mereka. 

Ini bermakna, jika Barclays melabur semula ke dalam Sistem Elbit pada masa hadapan, Tindakan Palestin akan datang mengetuk lagi.”

Dalam pemfailan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS terkini , Barclays memiliki saham sifar dalam Elbit Systems Ltd (ELST), turun 16,345 sejak pemfailan sebelumnya, bertarikh 15 Mei 2024, bernilai lebih $3.4 juta.

"Fail SEC terkini dan data NASDAQ merekodkan jumlah jualan serta-merta saham ELST Barclays, dijual secara tiba-tiba hanya apabila kempen Palestine Action melanda mereka dengan teruk," kata Palestine Action. 

Situasi ini menyebabkan industri persenjataan Israel mengalami kehilangan dana secara drastik, yang mana ketika ini Israel sedang mengalami tahap kerosakan aset-aset tentera yang kritikal sejak terbabit dalam peperangan dengan Gaza, Lubnan, Iran dan Houthi Yaman. 

Semalam Jeneral Iran telah melaporkan sekurang-kurangnya 20 unit F35 Israel telah berjaya ditembak jatuh dalam operasi serangan balas Israel terhadap Iran. F35 telah dijatuhkan oleh sistem pertahanan udara Iran membabitkan S300 buatan Russia , Sistem pertahanan udara “3rd (Sevom) Khordad dan 9 Dey. 


Ini belum termasuk sejumlah jet membabitkan F16 dan F15 yang turut jatuh sekurang-kurangnya 10 unit dalam pertempuran langsung udara membabitkan jet pejuang SU29 dan beberapa jet pejuang yang telah dinaiktaraf dengan teknologi terkini Iran iaitu F-4 Phantom, Northrop F-5 dan TomCat. Ini termasuk bantuan serangan sistem pertahanan udara dari darat. 

Kesilapan strategi Israel menyerang Iran menyebabkan dunia meletakkan Iran sebagai sebuah negara mempunyai sistem pertahanan yang kuat berbanding 10 tahun yang lalu. Sudah tentu meninggalkan kesan memalukan yang besar buat Israel. 

Yang paling menarik sampai sekarang Israel gagal menayangkan kejayaan tentera Udara Israel memusnahkan mana-mana pengkalan tentera Iran seperti yang dijanjikan sebelum ini. 

Sepatutnya Israel perlu menyerang Iran menggunakan jet pengeboman siluman seperti B-2 Spirit, tetapi setelah jet Siluman F35 Israel berjaya dikesan teknologi radar Iran sebelum sempat memasuki sempadan udara Iran ini akan menjadi satu risiko besar bagi Amerika menggunakan B-2 untuk melakukan operasi di Iran. Kerana Russia sentiasa menanti peluang ini bagi menguji keupayaan sebenar B-2 mengelak terkesan oleh teknologi radar Russia dan Iran. 

Sepekara lagi Iran juga telah membuktikan sistem perang elektronik Iran yang menggunakan pesawat C-130 Hercules telah berjaya membantu skuadron udara yang menggunakan jet ketinggalan zaman dan pertahanan udara dari darat mencapai target sasaran yang mempunyai teknologi siluman. 

Berbalik kepada bab Israel kehilangan dana terutamanya dalam membiayai membaikpulih aset-aset tentera. Di bulan Oktober ini Israel telah kehilangan hampir-hampir 100 unit Kereta Kebal Merkava yang mana bagi Hizbullah sahaja telah meletupkan sekurang-kurangnya 43 unit Merkava dan ada 16 unit Briged di Bawah Hamas dan Fatah yang masing-masing sekurang-kurangnya menyumbang kemusnahan kereta kebal antara 5-15 unit pada bulan Oktober. 

Dilaporkan media Israel hampir 500 unit kereta kebal Israel tersadai kerana pelbagai jenis kerosakan akibat serangan di Gaza dan Lubnan. Ini menyebabkan Israel memerlukan dana dan alat-alat ganti yang besar hingga terpaksa membuka tender kepada kontraktor luar untuk melakukan kerja-kerja baik pulih. 

Atas alasan ini Israel terpaksa mengurangkan kedudukan tentera bagi unit kereta kebal di sempadan Lubnan berikutan kekurangan upaya unit tersebut berfungsi dengan baik berikutan kekurangan alat ganti menyebabkan terdapat banyak kelemahan yang membahayakan KRU pengendalian kereta kebal. 

Akibat tanpa sokongan unit kereta kebal, berdasarkan laporan media, Hanya 4 briged Zionis yang tinggal di Lubnan daripada jumlah asal 13 briged. 

Kawasan ungu menunjukkan kedudukan maksimum kemajuan IOF, manakala biru adalah kawasan yang mereka beroperasi sekarang. 

Selebihnya telah ditarik balik dari Lubnan selepas mengalami sebab-sebab yang berat termasuk kemungkinan serangan Iran dan tiada bantuan unit kereta kebal yang mencukupi. 

Dalam satu peristiwa Hizbullah telah mengeluarkan rakaman untuk aksi bertahan malam tadi menentang unit Israel maju ke arah bandar Al-Khiam.

Pertempuran sengit telah berlaku sepanjang hari dengan sokongan padu daripada Tentera Udara israel. Hizbullah mengumumkan lebih 20 unit kereta kebal diserang dan pemusnahan sepenuhnya sekurang-kurangnya tiga kereta kebal Merkava israel. 


Walau bagaimanapun, kerana israel sengaja melakukan serangan pada waktu malam, adalah sukar untuk mendokumentasikan kerugian. Menyebabkan Israel sempat membawa keluar mana-mana kereta kebal yang masih boleh diselamatkan untuk diperbaiki. 

Media Ibrani melaporkan beberapa Helikopter dipindahkan yang membawa mangsa mendarat di hospital israel.

Pasukan israel terus mencuba untuk menyerang bahagian tenggara bandar Khiam tetapi tiada kemajuan dicapai kerana penentangan Hizbullah. Melainkan tindakan pengecut mereka terpaksa menggunakan sepenuhnya menggunakan jet pejuang untuk menyerang kawasan-kawasan penempatan awam dan bukan kawasan medan perang yang sedang berlangsung kerana bimbang serangan roket dan peluru berpandu yang mereka gagal kesan datang dari lokasi yang tidak dapat dikenalpasti. Kerana kebanyakan dilancarkan dari terowong bawah tanah. 

Begitu juga Israel masih belum berani menggunakan helikopter tempur Apache turun ke medan perang Lubnan berbanding ke kawasan Gaza. Kerana keupayaan kemampuan RPG Hizbullah bukan setakat mampu memusnahkan helikopter malah mampu mencapai jet pejuang F15, F16 mahupun F35. 

Ini antara peristiwa yang berlaku Saban hari di dalam sempadan Lubnan di mana keadaan pertempuran sengit antara 2 pihak berlaku setiap hari yang lebih memberi kehilangan besar buat Israel. 

Dalam tempoh 30 hari pencerobohan sempadan Lubnan lebih 100 IDiotForce mampus malah Lebih 900 cedera parah, kritikal dan cacat kekal. Sebanyak lebih 54 unit kemusnahan kereta kebal hari ini berbanding laporan 2 hari lepas hanya 43. 4 dron pengintip, berpuluh-puluh Truk pengangkutan, jeep dan APV telah musnah dikerjakan Hizbullah. 

Tetapi Israel masih belum menemui satu pun terowong senjata Hizbullah yang masih melancarkan ratusan serangan sehari terhadap wilayah penjajahan Israel. 

Tetapi Zionis tetap mendakwa mereka telah mencapai semua objektif mereka ini menjadi alasan kenapa asal 13,briged dikurangkan kepada 4 Briged, tetapi sangkaan mereka adalah Meleset jauh kerana ketika ini serangan roket, peluru berpandu dan balistik hipersonik Hizbullah masih menghujani utara Israel.

Timbalan Ketua Dewan Politik Hizbullah, Mahmoud Qamati: mempertikaikan percakapan Israel tentang kehilangan sebahagian besar pasukan peluru berpandu kami adalah keterlaluan dan pembohongan yang sepenuhnya. 

Kami berkata kepada Galant: Dengarkan kami, anda dan orang lain. Kami masih belum menggunakan walaupun sebahagian daripada keupayaan peluru berpandu kami. 

Jangan bermimpi bahawa peluru berpandu kita akan kehabisan sebelum konfrontasi berakhir dan kita mencapai kemenangan ke atas musuh. 

Ini berikutan pada 30 Oktober, Menteri Pertahanan penjenayah perang Israel, Yoav Gallant, mendakwa Hizbullah hanya mempunyai 20% daripada stok peluru berpandunya berikutan serangan unit darat Israel selama sebulan di Lubnan dan ini bagi menjawab pertikaian media Israel yang mempersoalkan kenapa dari 13 Briged iDiotForce yang beroperasi telah dikurangkan berbaki kepada 4.

Dalam kenyataan Setiausaha Agung Hizbullah Sheikh Naim Qassem buat kali pertama setelah dilantik: 

➡️Tahap menyasarkan Hizbullah, terutamanya menyasarkan pemimpinnya selepas pengeboman "Pager", adalah menyakitkan bagi kami, tetapi parti itu kembali kedudukannya. 

➡️Lapangan membuktikan dan mengesahkan pemulihan parti daripada serangan yang terdedah kerana ia merupakan sebuah institusi yang besar dan padu dengan keupayaan yang hebat. 

➡️Keupayaan Hizbullah tersedia dan serasi dengan perang medan yang panjang. 

➡️Pejuang-pejuang penentangan di barisan hadapan penuh dengan iman dan keberanian dan mereka adalah pejuang yang tiada siapa boleh maju ke atas mereka. 

➡️Seperti kata tuan kami, "Kami sedang menunggu pertunangan" dan konfrontasi tertumpu pada bahagian hadapan dan musuh takut dan mengubah kenyataan dan matlamatnya. 

➡️Semua keupayaan yang diperlukan tersedia untuk pejuang rintangan di hadapan dan mereka tabah dan berkebolehan. 

➡️Bilik gerakan penentangan mendokumentasikan kekalahan musuh dan ia hanya berada di bahagian hadapan dan penentangan kami adalah legenda dan ia adalah sekolah generasi kebebasan. 

➡️Pendudukan mengakui ketidakupayaannya dalam menghadapi peluru berpandu dan dron parti ketika mereka menyerang Dalam program lapangan yang difikirkan dengan baik. 

➡️Keupayaan penentangan untuk menyediakan platform walaupun serangan udara berterusan adalah luar biasa dan kami berjuang dengan terhormat.

➡️Kami menyasarkan pangkalan dan askar, tetapi mereka menyasarkan orang, manusia dan batu dan ingin mencederakan kami. 

➡️Musuh mesti tahu bahawa pengeboman di kampung dan bandar kita tidak akan membuat kita berundur dan tentangan kuat dan ia dapat menghantar dron ke bilik Netanyahu.

Dalam pertempuran selama sebulan ramai para perjuang gugur membabitkan Hizbullah dan 16 Briged dari Hamas dan Fatah. Tetapi apa yang hebatnya seperti kisah Yahya Sinwar yang berani bertarung sehingga akhir nyawa tanpa gentar, sebenarnya ada banyak lagi kisah-kisah yang sama berlaku ke atas para pejuang kita yang syahid. 


Kedua-dua video disiarkan Israel telah menunjukkan setiap satu video mewakili seorang pejuang Hizbullah walaupun terperangkap rela meneruskan serangan walaupun diarahkan menyerah, tiada seekor pun berani bertempur secara berdepan dengan kedua-dua pejuang ini. Hingga terpaksa menggunakan jet pejuang mengebom mereka. Malah seorang wartawan menyuarakan Semangat yang ditonjolkan di kalangan pejuang Hizbullah adalah tinggi ketika mereka bergambar dengan wartawan Hussein Mortada, yang menulis: 

"Seribu salam daripada Radwan dan saudara-saudara mereka di Nasr, Aziz, dan Al-Abbas, dan kepada setiap pejuang yang menguasai setiap peta wilayah dengan keteguhan, jihad dan darah mereka."

Berdasarkan Laporan The War Front. Minggu 14 Oktober 2024

Walaupun Israel mendakwa kemajuan tentera di selatan Lubnan, operasi Hezbollah yang semakin meningkat dan persenjataan baharu mendedahkan Hizbullah mampu memberi tentangan sengit dan mencabar naratif pendudukan. 

Ini menandakan satu lagi pusingan u dalam keseimbangan kuasa perang walaupun Hizbullah bukan ranking terbaik dalam kedudukan tentera dunia berbanding Israel.

Ini menjadi alasan kenapa Israel sanggup buat muka bodoh mendesak Amerika paksa Russia menjadi orang perantaraan Hizbullah dalam genjatan senjata yang menguntungkan Israel. Tetapi seperti yang dikatakan Hizbullah dan Iran perang ini akan tamat jika Israel meninggalkan Gaza atau Gaza mencapai kemerdekaan. 

Untuk itu satu laporan mengugut Israel di keluarkan oleh Web Iran menerbitkan video mengancam berbahasa Ibrani yang menunjukkan loji penyahgaraman sumber air utama Israel dan membayangkan potensi penyasaran. 

Kemudahan ini menyediakan kira-kira separuh daripada air minuman Israel:

 🚰Eilat: (00:07) 20 Juta meter padu, Kos $50J, 2% daripada air isi rumah

 🚰Palmachim: (00:14) 90M meter padu, Kos $100J, 11% daripada air isi rumah

 🚰Ashkelon: (00:19) 120M meter padu, Kos $300J, 15% daripada air isi rumah

 🚰Hadera: (00:26) 137M meter padu, Kos $500J, 17% daripada air isi rumah

 🚰Sorek: (terbesar di dunia) (00:32) 150M meter padu, Kos $500J, 19% daripada air isi rumah

 🚰Ashdod: (00:37) 86 Juta meter padu, Kos $300J, 11% daripada air isi rumah. 

Iran mampu memusnahkan semua ini serentak dalam tempoh 3 jam yang akan memberi impak kemanusiaan yang besar kepada Israel dan selain itu ada beberapa target bakal mengejut Israel bila serangan bermula. 

Comments

Popular Posts