Mahathir dalam kenyataan akhbar menyatakan tidak pernah berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi barisan jemaah menteri PH sejak dilantik memegang portfolio masing-masing. Terutama mereka yang mendapat kritikan hebat dari netizen dan menimbulkan pelbagai masalah kepada ekonomi dan transformasi negara.
Berikut kedudukkan 10 carta Menteri yang paling mendapat kritikan netizen:
10. ANTHONY LOKE
Seorang Menteri Pengangkutan yang paling kejam tidak berhati perut kerana sebelum PRU14 merayu-rayu golongan teksi mengundi PH tetapi setelah dapat kuasa golongan ini ditindas. Perancangan pembaharuan tiada.
9. MOHAMAD AZMIN ALI
Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang paling tidak berfungsi dalam sejarah. Langsung tidak menyumbang apa-apa terhadap ekonomi negara sebaliknya hanya mampu melihat Ekonomi Malaysia jatuh. Dia menjadi punca Mahathir dikritik dengan teruk.
Apa yang Azmin buat hanyalah membatal projek zaman Dato Sri Najib Razak kerana takut rakyat kembali melihat DSN.
8. M KULASEGERAN
Seorang Menteri Sumber Manusia yang paling rasis dan sering mengeluarkan kenyataan sensitif kepada bangsa melayu sehingga berkali-kali terpaksa membuat u-turn bagi menutup kesalahan.
7. MOHAMAD SABU
Seorang Menteri Pertahanan yang paling teruk kelayakan akademik iaitu sijil masakan pun gagal. Tidak bijak mendedahkan aset ATM yang rosak tanpa memikirkan apa impak kepada pertahanan negara.
Sokongan warga ATM kepada kerajaan PH mula merosot kerana hilang keyakinan kepada Mat Sabu, iaitu semasa PRK Port Dickson hilang 60% berbanding 90% sokongan pada PRU14.
Terlampau sibuk hendak membela kementerian MOF yang dijaga bos besarnya iaitu Guan Eng kerana dikritik hebat oleh DSN berbanding memikirkan perihal kementerian yang dijaganya.
Mat Sabu adalah punca hubungan diplomatik Malaysia Arab Saudi Rosak
6. RINA HARUN
Seorang Menteri Pembangunan Luar Bandar yang tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Hanya mampu untuk menukar nama produk Dato Sri Mohd Najib Razak seperti Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) kepada Pusat Komuniti Desa (PKD) tanpa memahami apa sebenar matlamat DSN melaksanakan RTC. Lebih menyedihkan peranan menteri ini berfikir RTC macam untuk aktiviti gotong royong, marhaban, main congkak dan gossip membawang.
5. MUJAHID YUSOF
Seorang Menteri Agama yang paling banyak mendapat kritikan dalam sejarah, Dilihat masyarakat lebih cenderung menghalalkan LGBT dan terlampau tunduk kepada tuntutan DAP berbanding agama.
4. SYED SADDIQ
Seorang Menteri Belia Dan Sukan yang dianggap sebagai tidak matang dan lebih melakukan lawak bodoh berbanding bekerja memajukan KBS.
Terlampau membuang masa dengan bermain games di pejabat berbanding bekerja malah dikritik netizen sebagai menteri yang hanya tahu main e-soccer berbanding menyepak bola.
Sehingga kini dengan peruntukan bajet dikurangkan kepada RM100 juta untuk KBS. Syed Saddiq hanya melaksanakan program yang sama seperti mantan menteri sebelumnya tanpa mampu menyusun semula perbelanjaan dan perancangan.
3. MASZLEE MALIK
Seorang Menteri Pendidikan yang langsung tidak mempunyai hala tuju dalam membina dasar pendidikan negara. Idea-idea yang dikeluarkannya adalah bersifat remeh seperti mengadakan mesyuarat kementerian besar-besaran hanya untuk menentukan warna kasut dan stokin sekolah!
Menipu rakyat dengan meciptlak idea kerajaan BN dan diwar-warkan sebagai idea asalnya seperti Rancangan Makanan Tambahan Sekolah yang kononnya dia mendapat ilham dari melawat Jepun.
Dikritik kerana tamak jawatan di Universiti dan pilih kasih dalam membantu sekolah kebangsaan dan tahfiz berbanding terlampau mengutamakan sekolah jenis kebangsaan sehingga sanggup mengangkat Unified Examination Certificate (UEC) sebagai dasar pendidikan ke2 negara
2. MAHATHIR MOHAMED
Status PM ke7 adalah lebih teruk dari status PM ke 4 apatah menyaingi rekod PM ke6 Dato Sri Mohd Najib Razak yang telah berjaya mencipta rekod KDNK negara mencecah 5.4% yang mencatatkan RM1.352 trilion Jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 2017.
Malah Bank Dunia dalam Laporan Ekonomi Asia Timur dan Pasifik ketika itu, melaporkan ekonomi Malaysia pada tahun 2017 mengalami pertumbuhan pesat dengan mencatat pertumbuhan 5.9 peratus disokong oleh faktor domestik dan luaran yang menggalakkan.
Tetapi setelah Mahathir menjawat PM ke7, KDNK suku kedua jatuh 4.5% berbanding suku pertama sebelum pengambilalihan kuasa adalah 5.4%.
Dikritik hebat kerana terlampau utamakan projek untuk kroni dan anak-anaknya berbanding melaksanakan janji-janji manifesto yang gagal dilaksanakan sama sekali.
Gagal Laksana janji menurunkan kos sara hidup rakyat setelah permasuhan GST dan diganti SST sebaliknya kos sara hidup meningkat 3 kali ganda.
Terlalu berdendam hingga mengabaikan kebajikan rakyat yang tertekan dengan kos sara hidup akibat dari kehilangan pekerjaan, permansuhan pelbagai bantuan dan kelumpuhan ekonomi.
Kerap memboros wang negara untuk lawatan luar negara, tetapi pulang membawa hutang dari membawa pelaburan.
1. LIM GUAN ENG
Seorang menteri kewangan yang dianggap netizen paling bodoh dalam sejarah Malaysia, selalu putar belit fakta ekonomi, kuat tidur di pejabat dan parlimen, sering melakukan kesilapan asas seperti tersalah titik perpuluhan pada angka-angka ekonomi.
Pemalas membuat research terutama dokumen Bajet 2019 sehingga sebahagian besar detail isi bajet tidak tepat atau mencapai sasaran seperti pemberian subsidi minyak kepada kenderaan 1.5 cc ke bawah tidak mencapai sasaran sehingga kereta mewah 1.5cc ke bawah juga mendapat manfaat berbanding kereta murah seperti pesona, waja 1.6 cc tidak diberi perhatian.
Punca kejatuhan ekonomi akibat dari ketidak kecekapan menteri hingga RM2.4 bilion ekuiti dibawa keluar pelabur sebulan, kejatuhan nilai ringgit dari RM3.85 menjadi RM4.20 per USD, kejatuhan harga sawit dan getah, kejatuhan eksport berkurang dari import, pembatalan projek besar hingga menjadi punca 7000 orang sebulan telah hilang pekerjaan.
Guan Eng adalah punca hubungan diplomatik Malaysia China rosak.
Jika mengikut kedudukan carta di atas Mahathir patut pecat Guan Eng dan dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum memecat orang lain!
Tetapi seperti biasa Mahathir akan letak kesalahannya kepada orang lain dan tidak berani untuk memecat Lim Guan Eng. By MohdFadzil