5 Saudara Seperjuangan Serang Israel Sampai Istihar Darurat

Akhbar Israel Hayom melaporkan bahawa Israel meengisytiharkan Darurat di seluruh negara haram berkenaan susulan serangan Hizbullah ketika ini. 

Serangan Hizbullah kali ini benar-benar berbeza dari mana-mana serangan sebelum ini apatah turut membabitkan serangan 5 Saudara Seperjuangan iaitu Hizbullah, Syria, Iraq, Houthi dan setiap Briged di bawah Hamas. 

Khususnya pada 24 dan 25 September dilaporkan Hizbullah telah melancarkan lebih 1000 roket, peluru berpandu, Dron dan terbaru menggunakan peluru balistik terhadap kawasan Utara pendudukan haram Israel. 

Hizbullah kali ini memang benar-benar nekad setelah kebiadapan IDF pada 23 September meminta semua warga Lubnan di Lembah Beqaa untuk mengosongkan rumah mereka ke jarak sekurang-kurangnya 1,000 meter dalam masa 2 jam akan datang. Mereka merancang untuk meratakan semua rumah di kawasan itu ke tanah.

Tetapi amaran itu sekadar syarat yang sebenar mereka sengaja melancarkan serangan serta-merta terhadap orang-orang awam Lubnan yang kini telah lebih 500 kematian dan lebih 2000 kecederaan. 

Menurut Pemantau Euro-Mediterranean, pasukan IOF sengaja menyasarkan orang awam apabila tidak memberi masa yang mencukupi untuk pemindahan dari kawasan yang dibom atau perlindungan yang berkesan. Bom melanda bangunan awam berhampiran hospital dan sekolah.

Baru-baru ini, ancaman pemindahan untuk Lembah Bekaa di Lubnan hanya membenarkan dua jam untuk penduduk keluar, walaupun keluasan kawasan itu kira-kira 4,429 kilometer persegi, memerlukan sekurang-kurangnya tiga jam untuk ramai orang berpindah dengan selamat

Netanyahu menggunakan taktik kotor yang sama seperti Gaza, iaitu berkata dia tidak memerangi orang-orang Lubnan tetapi mereka hanya mahu memusnahkan bom dan peluru berpandu yang disembunyikan Hizbullah dalam kediaman awam yang diserang Israel. 

Untuk membuktikan kenyataan dan alasan Netanyahu, IOF telah mengeluarkan imej yang mendakwa bahawa Hizbullah menyimpan peluru berpandu satu tan di dalam struktur kediaman dan bahawa peluru berpandu ini digunakan dalam insiden Majdal Shams. 

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa sebab mengapa pernyataan ini adalah Palsu: 



1. Tiada bukti konkrit untuk menyokong dakwaan bahawa imej-imej ini ditangkap di dalam kediaman di Lubnan. Walaupun kita mengandaikan bahawa mereka memang dibawa ke dalam rumah Lubnan, ia menimbulkan persoalan mengapa Hizbullah sengaja mendedahkan lokasi sebenar mereka dengan menerbitkan imej sedemikian. 

2. Dimensi peluru berpandu ini menjadikannya sangat mustahil bahawa ia boleh diangkut secara fizikal melalui pintu masuk struktur kediaman, menaiki mana-mana tangga, dan ke loteng. 

3. Memandangkan batasan struktur rumah tipikal Lubnan, sangat tidak mungkin mereka dapat menahan berat peluru berpandu satu tan tanpa runtuh. 4- Peluru berpandu yang digunakan dalam insiden Majdal Shams mempamerkan saiz kawah yang kelihatan tidak seimbang untuk peluru berpandu 1 tan. 

Tambahan pula, ketua Unit Jurucakap IDF, Hagai, secara jelas menyatakan bahawa peluru berpandu yang digunakan adalah daripada jenis Falaq-1. Tetapi apabila Kantoi, Catatan ini kemudiannya dipadamkan daripada akaun rasmi mereka..

Ini jelas menunjukkan Israel cuba menggunakan skrip yang sama seperti mana mereka dengan bantuan Amerika cuba menghalalkan serangan dan tawanan Gaza melalui menjadikan Hamas sebagai kambing hitam yang membolehkan Israel membunuh orang-orang awam sewenang-wenangnya.

Muslihat terselindung Israel sudah bercita-cita untuk menawan sebahagian Lubnan sebagai negara Israel. Malah ketika ini telah dilakarkan persempadanan baru Israel termasuk Gaza dan sebahagian dari Lubnan sebagai negara Israel. 


Modus operasi Israel adalah sama seperti mana mereka menjajah Palestin dengan merampas sebahagian demi sebahagian tempat hingga nama Palestin dilenyapkan dari peta dunia. Ini yang sedang dilakukan oleh Israel terhadap Lubnan malah setiap kawasan bakal dijajah nanti telah awal-awal diletakkan nama daerah atau negeri beridentitikan Israel. 

Seperti biasa peranan Amerika sebagai barua besar Israel sentiasa Menepulasi setiap alasan diberi Israel sebagai perkara sahih yang perlu dunia terima bulat-bulat walaupun tidak percaya. 

Tindak tanduk Amerika ini menyebabkan Presiden Finland, Alexander Stubb betul-betul kecewa hingga menyatakan kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) telah gagal dalam tugas utamanya memelihara keamanan.

Presiden Finland memberi tiga cadangan untuk reformasi dalam UNSC

"Yang pertama mengembangkan kepada lima ahli, satu dari Amerika Latin, dua dari Afrika dan dua dari Asia. Cadangan kedua adalah mansuhkan kuasa veto semua anggota tetap dan tidak tetap UNSC"

Terakhir "Jika anggota UNSC secara terang-terangan melanggar piagam PBB, hak mengundinya dalam UNSC harus digantung"

Hujah-hujah ini mendapat perhatian sebahagian besar pewakilan PBB yang jelas dapat melihat mengenai penggunaan kuasa veto selama ini lebih kepada melindungi Israel dari keamanan sejagat. 

Tetapi seperti biasa apa jua pembentangan pewakilan di PBB dengan mudah Amerika putar-belit dengan mengalahkan Russia menyebabkan meningkatnya ketegangan di rantau Arab tanpa menyatakan Israel. Amerika sentiasa berjaya pusing-pusing cerita kepada satu cerita lain dan akhirnya berjaya membeli masa untuk kegunaan Israel memenuhi nafsunya. 

Amerika juga telah bersetuju untuk membuat pertukaran peluru berpandu S400 buatan Russia yang dibeli Turki pada 2019 dengan ditukarkan kepada program pemilikan 100 unit jet Pejuang F35 yang mana Turki pada 2015 telah pun membayar deposit sebanyak USD1.5 Bilion. 

Tetapi pada 2019 Turki telah digugurkan dari program pemilikan F35 walaupun sebahagian unit sepatutnya milik Turki patut dihantar, ini adalah akibat kerana Turki yang kecewa kepada Amerika yang enggan menjual sistem pertahanan udara Patriot hingga membuatkan Turki membeli S400 dari Russia. 

Akibat tindakan Turki tersebut Amerika mengenakan sekatan terhadap Turki dan mengeluarkan dari program pemilikan F35. 

Dalam rundingan terbaru Amerika Turki kali ini, dikatakan telah berada ditahap tertinggi untuk persetujuan akhir. Yang mana syarat dikenakan Amerika adalah model S400 yang Turki sengaja tidak masukkan dalam program sistem pertahanan Turki sejak pemilikan pada 2019 itu. 

Amerika bersetuju memasukkan Turki semula dalam program pemilikan F15 dengan syarat S400 diletakkan dalam program sistem pertahanan Mediterranean yang terletak dalam kawasan Turki di bawah kawalseliaan Amerika sahaja. 

Ini bermaksud Amerika menjadikan Turki sebagai benteng pertahanan Israel yang baru setelah beberapa negara Arab lain seperti Jordan, Arab Saudi dan beberapa lagi menjadi benteng pertahanan Israel. Setakat ini belum ada kata² muktamad dari Turki ke syarat yang diminta Amerika. 

Andai kata Turki bersetuju bermakna cita-cita Israel untuk menjadikan Lubnan, Syria dan Iraq sebahagian peta Israel akan mudah dicapai dengan lebih cepat tanpa sebarang ganguan yang mudah membabitkan Iran dan Russia. 

Sementara Rusia pula sedang berunding dengan Houthi Yaman melalui Iran mengenai kemungkinan transfer rudal antikapal jarak jauh P-800 "Onyx", menurut Reuters. 

Belum ada keputusan akhir yang dicapai, dan diskusi lebih lanjut dijadualkan akan berlangsung di Teheran dalam beberapa minggu mendatang.



Iraq dilaporkan menandatangani perjanjian $2.8 bilion minggu lalu untuk membeli lapan sistem pertahanan udara jarak pertengahan 'Cheongung II' dari Korea Selatan. @Penonton_Timur_Tengah

Selain itu Russia dan Iran telah memuktamadkan perjanjian menghantar jet pejuang SU35 dan helikopter tempur Mil Mi-28 Havoc. 

Iran 26 September telah mengeluarkan amaran keras buat Israel, yang Iran tidak akan lagi berdiam diri jika Israel terus menerus menyerang Lubnan. Sokongan Iran terhadap Hizbullah akan terus kuat, malah Iran bersedia untuk menggunakan apa jua cara sekiranya Israel dan sekutunya gagal menghalang Israel dari terus bertindak diluar batas. 

Amaran Iran tidak langsung dipedulikan Israel sebaliknya dalam serangan hari ini, IDF telah mengempur pinggir bandar Dahye Beirut bagi memburu untuk membunuh seorang lagi Briged Redwan dari Hizbullah. 

Kaedah serangan Israel terhadap Hizbullah kali ini berubah berdasarkan pengalaman lampau, menurut Ronen Bergman, seorang penganalisis tentera Israel, menulis dalam Yedioth Ahronoth: 'Walaupun mengerahkan pasukan ke sempadan utara, Israel bersedia untuk serangan darat ke Lubnan.

Kebanyakan kepemimpin percaya Israel melakukan kesilapan tragis pada 1982 dan 2006 dan harus mengelakkan perangkap maut yang ditetapkan oleh Hizbullah. 

Strategi Israel ketika ini menyerupai pendekatannya dalam perang 2006, bergantung kepada kuasa udara untuk mengalahkan Hizbullah. Tetapi jika ini juga gagal, maka Israel terpaksa menyerang Lubnan secara membabi-buta seperti gaza, demi untuk matlamatnya.' 

Walaupun Israel dikatakan hebat dengan segala kekuatan ketenteraan meliputi 5 dimensi iaitu darat, laut, udara, Cyber dan satelit malah mempunyai dana bantuan melimpah ruah dari pelbagai negara sekutu. Itu tidak cukup! 

Berbanding Mujahidin Hizbullah, Houthi, Iraq, Syria dan Hamas adalah kelompok yang miskin yang hanya mempunyai kekuatan tentera darat itupun hanya 1/5 dari kekuatan Israel. 

Tetapi mereka datang untuk mati dalam jihad kepada Islam dan mereka percaya yang tergolong  dalam 3 kelompok yang diceritakan Rasullullah SAW berkenaan perang akhir zaman. Ini membuat tentera Israel sebenarnya paling penakut dan pengecut. 

Sepanjang serangan berangkai 5 Bersaudara telah menyebabkan tentera-tentera Israel telah lari bersembunyi di dalam Bunker. Apatah rezeki buat Hizbullah dan Houthi buat pertama kali menggunakan peluru balistik hipersonik, iaitu peluru yang menembusi orbit Bumi sebelum menjunam ke sasaran dengan kelajuan Hipersonik telah menyebabkan sistem pertahanan udara Iron Dom, Patriot buatan US malah S400 Russia hanya mempunyai peluang 5% untuk menangkis. 

Sebenarnya kerosakan yang dialami Israel tidak ada bezanya dengan kerosakan yang dialami Lubnan, bezanya Israel cuba sembunyikan sebarang laporan kerosakan Utara penjajahan Israel bagi menghindari warga Israel panik dan menimbulkan rusuhan sedia ada kepada lebih besar. 

Sepanjang kawasan Utara Israel hanya ada rumah-rumah dan bangunan kosong kerana Israel membawa keluar ke Selatan, sebab kadar kematian Israel tidaklah begitu besar bila membabitkan orang-orang awam. 

Berdasarkan laporan Broadcasts Kann sekumpulan IDF ketakutan sehingga menembak sekumpulan babi yang disangkakan ketibaan dari kelompok 40k tentera gabungan 5 bersaudara. 

Ini berikutan laporan media Nezereth Israel dianggarkan terdapat lebih dari 40k tentera membabitkan 5 Bersaudara telah bersiap-sedia disebalik bukit Golan berhampiran sempadan Israel. 

Laporan awal 26 September Mossad sudah menunjukkan tanda-tanda kemasukan tentera 5 Bersaudara iaitu terdapat pertempuran hebat antara IOF dengan Hizbullah di Al Manara. 

Risikan menunjukkan Kemungkinan ada penyusupan ... masuk anggota Hizbullah ke dalam kawasan di Margaliyot, Utara Israel

IDF terpaksa menggunakan Flare untuk mengesan pergerakan di dalam kegelapan malam di Manara dan berlaku tembak menembak diserata tempat. Setakat ini tidak dilaporkan sebarang kematian dari kedua-dua pihak. 



Selain itu satu lagi kumpulan dikatakan sedang menyerang langsung pengkalan tentera Israel di Utara dan pada masa yang sama juga Iraq menyerang fasiliti tentera di Eliade. 

Dalam serangan semalam Hizbullah yang percubaan pertama menggunakan peluru Balistik Qader-1 semalam telah tepat mencapai sasaran fasiliti tentera di bahagian Telah Aviv tetapi telah dinafikan oleh Israel dengan mengatakan mereka berjaya memintas. 

Kemudiannya Hizbullah telah mengeluarkan video yang mempamerkan peluru berpandu balistik 'Qader-1' yang digunakan untuk menyasarkan pangkalan Mossad di Tel Aviv pagi tadi. 

Peluru berpandu itu, seperti yang dijangkakan, nampaknya adalah peluru berpandu balistik jarak dekat 'Fateh-110' Iran yang dinamakan semula kepada 'Qader-1 dengan meletakkan spesifikasi peluru berpandu:

– Diameter: 620 mm

– Panjang: 7665 mm

– Berat: 2870 kg

– Kepala peledak: 500 kg

– Julat: 190 km

Dalam text ringkas Hizbullah tidak peduli sama ada Israel berjaya atau tidak memintas, tetapi ini peringatan akhir untuk kali kedua serangan Balistik tidak datang satu dan secara serangan tanpa diiringi peluru roket kecil. Malah anda tidak dapat membayangkan bagaimana rupa bentuk serangan kami. 

Manakala Syria juga telah melancarkan beberapa serangan ke atas pengkalan tentera di Utara dan dilaporkan Briged di bawah Hamas juga telah memasuki Tel Aviv

Israel ketika ini sedang mengalami kekuatan tentera darat akibat keengganan warga Israel menyertai IDF dan lebih malang lagi apabila tembelang Israel terbongkar. 

Israel dilaporkan telah menipu beribu-ribu pendatang Afrika.. Akhbar Israel mendedahkan bahawa tentera Israel berjanji kepada beribu-ribu pendatang Afrika untuk bekerja di Israel dengan tawaran kewarganegaraan tetapi mereka telah diserap masuk dalam tentera Israel dan berperang di Gaza sebagai pertukaran untuk membolehkan mereka dapat kerakyatan Israel, menjadi residen dan bekerja di sana setelah kemenangan mutlak Israel. 

Menjadi jelas bahawa tentera Israel menipu orang Afrika selepas beberapa daripada mereka menamatkan pertempuran malah tidak dapat apa-apa habuan selain mati katak tak bernesan. Kemelut ini menyebabkan tahap motivasi tentera Israel berada di paras paling teruk. 

Manakala Netanyahu nampaknya cuba menggunakan kaedah yang sama di Gaza dengan mengatakan Israel bersedia untuk berunding genjatan Senjata dengan Hizbullah. Tetapi ini tidak menghalang operasi 5 Bersaudara dalam mendapatkan kemerdekaan kerana cukup masak dengan helah Israel. 

Apatah setelah mendapat perkhabaran dari laporan Yedioth Ahronoth, pengarah Kementerian Pertahanan Israel melawat Amerika Syarikat hari ini dan mencapai persetujuan dengan pentadbiran Amerika mengenai pakej bantuan kewangan kira-kira $9 bilion untuk menyokong perang Israel di Gaza dan Lubnan.

Ini membuktikan Amerika dan Israel sememangnya sepakat untuk membolehkan Israel membina sebuah negara di di tanah Sham membabitkan Palestin, Lubnan, Iraq dan Syria. Segalanya berjalan seperti yang diceritakan Rasulullah SAW. Dan adakah anda curiga tentang kemenangan Islam. 

Comments

Popular Posts