703 IDF Mampus Dikerjakan Hizbullah

 Perang Timur Tengah semakin menuju ke fasa semakin berat dengan aktiviti serangan terhadap Israel semakin meningkat malah kekejaman Israel terhadap Palestin juga semakin tidak berperikemanusiaan. 

Hizbullah dalam satu kenyataan terbaru telah menyatakan mereka berjaya membunuh 703 ekor IDF/IOF sepanjang bulan Ogos lepas dalam beberapa operasi serangan peluru berpandu ke Utara Zionis dan termasuk menggagalkan satu operasi pencerobohan Israel terhadap Lubnan yang melihat 300 ekor IOF dan 202 daripadanya mampus dalam jebakan perangkap disediakan Hizbullah. 

Kejayaan Operasi Hizbullah pada bulan Ogos yang paling besar melumpuhkan 70% operasi Mossad membabitkan unit komando khas 8200 menyebabkan Israel kekurangan kekuatan pusat utama risikan yang menjadi ibu pejabat pentadbiran bagi setiap aktiviti risikan Mossad di serata dunia terutama di Timur Tengah. 

Kemusnahan ibu pejabat dan pencurian 90% data risikan penting dari unit pengodam Iran sebelum ibu pejabat Mossad dimusnahkan Hizbullah, menyebabkan 3 ekor perisikan telah ditangkap di Turki, 1 di Jordan, seekor mampus di tangan Hamas dan ada juga di Iran setelah indentiti mereka terdedah. Dijangka masih ramai anggota risikan Mossad di luar negara berada dalam keadaan bahaya kerana penyamaran mereka terdedah. 

Selain itu bulan Ogos juga mencatatkan kejayaan Houthi membunuh lebih dari 400 ekor IDF/IOF dalam beberapa operasi dan operasi yang paling besar membabitkan pencerobohan tentera IOF seramai 70 ekor telah mampus semuanya akibat kebocoran maklumat pergerakan mereka melalui satelit Russia yang menyampaikan maklumat kepada pusat satelit Iran. 

Awal September 2024 Israel telah melancarkan satu operasi maritim menyerang kapal tangki minyak Iran sebanyak 5 unit sebagai bertindak balas terhadap aktiviti Iran menyekat kemasukan kapal tangki Arab Saudi menuju ke Israel. 

Hasil sekatan Iran menyebabkan Houthi telah menawan kapal tangki Arab Saudi siap melafazkan Azan di atas kapal tersebut. 

Dalam operasi balas dendam Israel, telah gagal kerana operasi mereka telah terbocor kepada Iran sebelum sempat bertindak kepada kapal tangki Iran. Menyebabkan unit maritim Israel terpaksa berundur tetapi pengunduran mereka menyebabkan barisan unit tentera laut Iran telah memusnahkan 12 unit kapal tangki Israel yang berhampiran pelabuhan Haifa. 

Ini menyebabkan Israel kehilangan besar stock minyak untuk kegunaan ketenteraan sedangkan mereka paling sukar mendapatkan pembekalan baru setelah sekatan Laut Merah oleh Houthi. 

Keadaan Laut Merah semakin buruk apabila sebuah kapal pemusnah milik UK telah berundur meninggalkan Timur Tengah akibat pertelingkahan antara Netanyahu dengan UK. 

Aktiviti Houthi terhadap serangan kapal dagang di Laut Merah semakin meningkat malah tentera darat Houthi telah mengumumkan berjaya menjatuhkan sebuah lagi dron perisikan Amerika menjadikan yang ke 8 sepanjang perang 7 Oktober. 

Manakala Amerika telah menyuarakan mereka tidak akan mampu untuk menempatkan 1/3 kekuatan tentera laut di Timur Tengah untuk tempoh 2-3 bulan lagi kerana kos pembiayaan yang melampaui peruntukan yang dibenarkan oleh Senat Amerika. Sedangkan sebarang pengunduran besar-besaran akan membuka peluang kerana Iran memulakan serangan besar-besaran. 

Lebih-lebih membingungkan Amerika, semalam Russia secara resmi mengumumkan keputusan hasil memorandum persefahaman Russia Iran. Russia telah meluluskan penghantaran segera 34 unit jet pejuang SU35 dan sejumlah Helikopter tempur kepada Iran.

Sebagai balasan Iran telah hantar beribu peluru berpandu jarak sederhana jenis Fateh 360 kepada Russia. Ini menunjukkan Russia dan Iran melalui memorandum persefahaman telah saling memperkukuhkan kekuatan tentera. 

Masalah Iran dalam impian untuk menyerang Israel adalah kerana hanya mempunyai kekuatan 2 dimensi iaitu darat dan sedikit laut. Sedangkan Israel mempunyai kekuatan 4 dimensi membabitkan darat, laut, udara dan satelit. 

Dengan pengumuman resmi Russia, Iran bukan sahaja mendapatkan kekuatan angkatan tentera darat hingga membabitkan tenaga nuklear dan menaik taraf kereta kebal setanding kereta kebal Amerika, malah Iran telah memperbaharui sistem angkatan tentera udara dengan pertambahan jet SU35 dan helikopter tempur Mil Mi-28. Sebelum ini Iran telah diperlengkap sistem satelit Russia dan China dan sekarang hanya menanti pengumuman membabitkan peningkatan tahap keupayaan tentera laut dengan model-model lebih hebat dari Russia dan China. 

Sementara Israel yang telah bankrap telah menghantar permohonan baru untuk memperkukuhkan kekuatan tentera darat yang semakin banyak berbaki aset-aset tidak boleh dipakai akibat serangan taktikal Hamas yang memusnahkan dan merosakkan sebahagian besar jentera-jentera berat perang seperti Kereta kebal, perisai dan Athilari. 

Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich membentangkan bajet untuk tahun depan dengan memperuntukkan lebih $43 bilion untuk perbelanjaan ketenteraan yang bertujuan meneruskan pembunuhan beramai-ramai di Gaza dan memohon lebih bantuan untuk menghadapi serangan proksi Iran. 

Sementara itu juga Mantan Perdana Menteri Israel, Ehud Barak mengulas situasi terdesak Israel dengan berkatai Kita lebih dekat kepada kekalahan daripada mencapai kemenangan sepenuhnya.

▪️Keputusan untuk kekal di (Koridor Philadelphia) adalah tidak berasas dan tidak berkait dengan realiti.

▪️Saya beri amaran kepada Netanyahu supaya tidak kekal lama di Gaza bagi mengelakkan serangan besar-besaran Iran yang tidak mampu Israel hadapi diketika ini. 

Sekarang belum pun Israel mampu mengistiharkan menang ke atas Gaza, Israel telah melakukan operasi membabitkan 30% kekuatan tentera di Tebing Barat dan kemudiannya mahu menggunakan sebahagian besar dari baki kekuatan tentera darat, udara dan laut untuk menyerang Hizbullah sebagai tindak balas Hizbullah melumpuhkan Mossad. 

Kemudian timbul isu Adina Moshe, bekas tawanan Israel yang dibebaskan pada November, mendakwa tentera Israel tidak tahu apa-apa tentang rangkaian terowong bawah tanah Hamas. Dia menyatakan bahawa selepas dibebaskan, Shin Bet memberitahunya dan memintanya melukis peta terowong.

Istilah terowong Hamas terus menerus menjadi satu misteri yang sukar Israel terjemahkan, berdasarkan kenyataan Mantan Perdana Menteri Israel, Ehud Barak sebenarnya operasi mencari terowong Hamas hanya satu usaha yang sia-sia kerana jumlah terowong baru Hamas lebih banyak wujud berbanding apa yang dimusnahkan Israel. 

Berdasarkan Laporan Penganalisis politik Iran, Mohammad Marandi: 'Sekiranya berlaku perang Israel ke atas Lubnan, Iran akan menyokong Hizbullah sepenuhnya dan tanpa syarat - kami akan memberikan mereka semua yang mereka mahu dan banyak lagi' termasuk bersama-sama menggempur Israel. 

Situasi ini menyebabkan sidang kabinet perang Israel menjadi kehilangan arah membuat keputusan yang tepat untuk apa strategi yang perlu mereka lakukan hingga menyebabkan pertelingkahan sesama mereka makin memuncak. 

Akhirnya kabinet perang terpaksa mengarahkan Tentera IDF berundur dari Jenin di Tebing Barat selepas 10 hari di mana mereka menyebabkan 22 orang awam mati, berpuluh-puluh lagi cedera dan menyebabkan kerosakan kritikal kepada kedua-dua infrastruktur dan kemudahan penjagaan kesihatan. 

Ini adalah pertempuran berterusan paling lama yang terpaksa diderita oleh IDF di Tebing Barat sejak Operasi "Perisai Pertahanan", dan diketahui bahawa mereka mengalami banyak korban.

Walaupun begitu, kehilangan tentera dan kemusnahan jentera perang Israel juga besar, kerana ketika menumpukan kekuatan menyerang Tebing Barat, Israel telah melemahkan kekuatan pertahanan Terhadap serangan Hizbullah dan Houthi juga dengan serangan taktikal briged di bawah di serata tempat. 

Tindakan Israel yang tidak ada batas ini, sebenarnya telah mencipta banyak masalah baru, salah satunya seorang pemandu lori di Jordan dengan berani membunuh 3 orang pegawai Israel di pintu sempadan Jordan sebelum beliau syahid dibunuh. 

Yanel Frikhat, ahli parlimen di Parlimen Jordan, dalam temu bual dengan rangkaian Berita Quds yang berpangkalan di Gaza, memuji penembak yang melepaskan tembakan pagi ini di persimpangan Jambatan Allenby, membunuh tiga warga Israel

'Tindakan beliau menghidupkan semula arena Jordan, Ini adalah respons terbaik kepada Netanyahu, Ben-Gvir dan Smotrich. Tindakan beliau membawa kita kembali kegemilangan operasi Karameh 1968. Rakyat Jordan mempunyai kaitan sejarah dengan isu Palestin.”

Situasi Israel sedikit lega apabila Mahkamah tertinggi India memutuskan untuk tidak menghentikan bekalan senjata negara itu kepada Israel, menolak litigasi kepentingan awam. Walaupun UK telah memutuskan membatalkan 32 permit penghantaran senjata kepada Israel. Tetapi pembekalan senjata India memerlukan Israel mendesak Amerika menyegerakan pengeluaran peruntukan yang diluluskan Amerika tetapi ketika ini Amerika sedang bergelut dengan situasi menghadapi pilihanraya November ini yang makin menunjukkan Kamala diambang kekalahan. 

Serangan Israel mengakibatkan hampir 41,000 kematian rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan hampir 94,761 cedera. Tidak lagi menjadi agenda utama Pilihanraya Amerika kerana baik Kamala dan Trump masing-masing cuba memberi manifesto memberi jaminan Israel akan menang dalam perang Timur Tengah. 

Ini menyebabkan Israel semakin keras kepala dan kebal hinggakan tidak memperdulikan tekanan dari antarabangsa dan dalaman yang telah memaksa Netanyahu untuk bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata yang melibatkan tawanan Israel dikembalikan sebagai pertukaran untuk menamatkan pertempuran dan pembebasan tawanan Palestin.

Malah Menteri Luar Australia Penny Wong menggesa Israel menerima perjanjian gencatan senjata yang disokong Majlis Keselamatan PBB di Gaza.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga dijangka membuat undian mengenai deraf resolusi Palestin yang menuntut Israel mengakhiri ‘pencerobohan haramnya’ di ‘wilayah Palestin yang diduduki’ dalam tempoh enam bulan.

Undian itu dijadualkan dilakukan ketika Perhimpunan Agung PBB (UNGA) yang akan berlangsung minggu depan.

Kebimbangan tindakan dunia menyebabkan Ketua parti Yisrael Beytenu berkata kepada Netanyahu:

- Anda gagal dalam menjaga keselamatan dan menjadikan anak-anak kami sebagai perisai pelindung untuk anda dan gabungan kerajaan anda.

- Ini bukan gabungan sayap kanan, ia adalah gabungan yang memalukan, dan rakyat kami berhak mendapat kepimpinan yang berbeza.

Dalam sidang akhbar berasingan Netanyahu menjawap semua tindakan PBB dengan memberi isyarat bahawa dia tidak berniat untuk bersetuju dengan gencatan senjata tersebut. Sebaliknya, Netanyahu membentangkan perancangan untuk ‘masa depan’ Palestin. Ini semua yang anda perlu tahu tentangnya. 

Kesombongan dan keangkuhan Netanyahu bukan kerana dia yakin Israel akan menang atau kerana sokongan Amerika tetapi lebih kepada ketakutan jika Israel memeterai genjatan sepenuhnya akan menyebabkan dia akan menjadi buruan undang-undang dunia. 

Setakat ini Netanyahu bersama-sama menteri² dan panglima serta angkatan tentera Israel telah tertera dalam waran tangkap dari pelbagai negara yang menanti peluang untuk menangkap mereka. 

Satu-satunya kemenangan dalam perang adalah kembalinya semua orang yang diculik ke rumah mereka. Sebab itulah Netanyahu mencari peluang untuk menghalang perjanjian memulangkan tebusan dari Gaza.

Perbuatan dan niat Netanyahu terbukti apabila laporan-laporan terbaru menunjukkan banyak tahanan Israel dibunuh oleh mereka sendiri dan terbaru satu lagi bukti-bukti kukuh IDF membunuh 3 tahanan Israel pada Disember lalu terbongkar. 

Oleh kerana bukan Netanyahu seorang yang bakal ditangkap, Menteri ekstremis Israel Smotrich juga berkata, Tidak ada perjanjian untuk mengembalikan orang yang diculik, dan kami melakukan yang terbaik untuk mengembalikan mereka hidup-hidup, tetapi kami tidak akan membunuh diri beramai-ramai untuk itu.

Kita akan menamatkan perang apabila kita menghancurkan Hamas dan Hizbullah. Keadaan Rusuhan di Israel semakin meningkat langsung tidak memberi kesan kepada Netanyahu walaupun jumlah ketidakpuasan warga Israel hampir mencecah sejuta. 




Bekas anggota Kabinet Perang Israel, Benny Gantz, berkata Israel perlu mengalihkan tumpuan perang ke arah Hizbullah dan sempadan Lubnan, malah memberi amaran mereka sudah terlambat melakukan serangan. Seperti biasa itulah Israel sentiasa mengalihkan perhatian dunia dari Gaza dengan Hizbullah dan Houthi. 

Sementara itu, Jurucakap Pertahanan Awam mendedahkan:

- Serangan udara Israel menyasarkan kem perpindahan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 20 khemah yang didiami oleh keluarga Palestin yang dipindahkan. 

- Serangan berlaku di tempat yang sebelum ini didakwa sebagai ‘zon selamat’ oleh pendudukan Israel. 

- Kami sedang menghadapi salah satu pembunuhan beramai-ramai paling berdarah semasa pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

- Pendudukan Israel melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai di tengah kesunyian institusi antarabangsa. 




- Sekurang-kurangnya 40 penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal telah terbunuh dan 60 cedera. Ada yang tertimbus. 

- Terdapat seluruh keluarga yang musnah dan tertimbus di dalam pasir akibat daripada serangan Israel. Mereka dengan sengaja mengebom orang awam Palestin, kemudian berpaling dan mengatakan mereka adalah "ahli Hamas". 

Untuk terus menutup kebinatangan Israel, Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS John Kirby meletakkan segala-gala kesalahan kepada Hamas dengan mendakwa bahawa Hamas yang telah mengubah syarat cadangan pertukaran tahanan, tanpa menawarkan sebarang butiran khusus mengenai perubahan yang didakwa dibuat oleh Hamas.

Kenyataan Kirby terang dan jelas untuk mengalih perhatian ketika laporan media Israel telah berulang kali mendedahkan bahawa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sebenarnya yang telah sengaja menghalang usaha gencatan senjata.

Ahli Biro Politik Hamas Ezzat al-Rishq menyatakan bahawa tuduhan daripada pendudukan dan sumber Amerika mengenai Hamas menambah tuntutan baru adalah palsu dan cubaan untuk mengelak daripada tanggungjawab terhadap komitmen mereka. Beliau menegaskan syarat baharu Netanyahu tidak boleh digunakan sebagai asas untuk rundingan. 
 
Pemimpin Hamas Abdul Rahman Shadeed menambah bahawa sejak bersetuju dengan cadangan Biden pada 2 Julai, Hamas tidak memperkenalkan sebarang tuntutan baharu. Beliau menegaskan bahawa Washington mencadangkan terma baharu apabila gagal menguatkuasakan apa yang dipersetujui dengan Netanyahu sebelum ini.

Permainan Israel ini menyebabkan Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov memberi amaran bahawa Timur Tengah di ambang perang serantau yang besar berikutan kesombongan dan keangkuhan Israel dan yang ini terbukti dengan memorandum persefahaman Iran Russia tadi menjuruskan kepada tindakan yang lebih besar!. 

Ini terbukti apabila Iran telah menghantar banyak anggota tentera darat, laut dan udara ke Russia untuk beberapa latihan intensif dan pemodenan ketenteraan Iran. 

Selain itu semalam Tentera Udara Iran F-4 Phantom ll sengaja membuat pertunjukan kepada Israel dengan melancarkan peluru berpandu pelayaran anti kapal 'Nasr' buatan Iran, dikenali sebagai CM-35 dalam varian eksportnya, semasa latihan di Teluk Parsi

Peluru berpandu homing mempunyai jarak 35km dengan kepala peledak 130kg, dan boleh digunakan terhadap sasaran tentera laut dan darat. 

Ia dianggap sebagai pengganti AGM-65 Maverick buatan AS, peluru berpandu udara-ke-darat utama IRIAF untuk sokongan udara dekat sejak 1970-an, yang telah dihentikan secara berperingkat sejak pengenalan 'Nasr' beberapa tahun lalu.

Ambil perhatian bahawa peluru berpandu 'Nasr' (CM-35) boleh dilancarkan melalui udara tetapi juga dari kapal, trak, dan lain-lain. Varian yang dilancarkan udara ditetapkan sebagai CM-35A.

Pertunjukan ini disusuli kenyataan Ketua Komander IRGC, Hossein Salami, Zionis jangan fikir mereka boleh pukul kita dan lari, mereka pasti akan kena dan tidak boleh lari.

Mimpi-mimpi ngeri dari tindak balas agresif Iran akan menggegarkan Zionis siang dan malam. Ketika itu Zionis akan mengalami rasa pahit dendam atas tindakan jahat mereka tanpa menyedari ianya bila akan berlaku dan dari arah mana walaupun tentang bagaimana ianya akan berlaku. 

Kehadiran Iran kali inu akan jauh berbeza daripada sebelumnya, dan tidak lama lagi anda akan melihat misteri itu terbongkar.

Sebelum penutup! "Jika kita (Israel) tidak mencapai persetujuan dalam beberapa hari atau minggu, kita perlu memulakan perang di Lubnan." -Benny Gantz, ketua pembangkang Israel. Tetapi seperti dinyatakan sebelum ini! Netanyahu sememangnya lebih memilih ini dari dia menjadi banduan di Mahkamah Dunia. 

Comments

Popular Posts