Ancaman Maut Kepada Netanyahu

Krisis Timur Tengah telah meningkat dengan mendadak setelah Israel berjaya membunuh Hassan Nasrallah dalam satu serangan di Beirut dengan menggunakan beberapa jet pejuang F35 yang membawa lebih 80 bom jenis pemecah bunker seberat 2000 paun. 

Tindakan ini menyebabkan Iran mengarahkan delegasi Iran yang sedang menghadiri persidangan PBB di New York segera menghadiri satu sedang mesyuarat tergempar. 

Mesyuarat tergempar juga berlaku di Yaman, Lubnan, Syria dan Iraq. 

Menurut Reuters, jenazah Nasrallah telah ditemui. Pemeriksaan awal badan menunjukkan bahawa tiada trauma luaran langsung pada badan, dan punca kematian semasa dianggap renjatan teruk akibat impak letupan. 

Jenazah telah dipindahkan ke hospital di Beirut bagi mengenal pasti keadaan sebenar dan hasil analisis mendapati mangsa telah mendapat kejutan yang teruk seperti dalam renjatan pada badan tanpa menyebabkan trauma luaran badan, tetapi menjejas organ dalaman badan. 

Kuasa letupan itu sangat hebat sehinggakan walaupun Nasrallah tidak berada tepat di mana bom itu dijatuhkan, gelombang kejutan itu cukup untuk menyebabkan kerosakan kritikal atau memusnahkan sepenuhnya organ dalamannya.

Ini menunjukkan jumlah bahan letupan digunakan Israel adalah memang mencecah 2 tan semata-mata untuk memastikan Hassan Nasrallah berjaya dibunuh. 

Selain itu Hizbullah juga telah mengesahkan kematian salah seorang komander tertingginya, Komander Ali Karaki. 

Komander Ali Karaki terbunuh bersama beberapa rakan Hizbullahnya dalam serbuan Israel di Haret Hreik Karaki bertanggungjawab mengetuai barisan hadapan selatan dalam pertempuran sokongan sejak 8 Oktober. 

Selain itu Hizbullah juga mengesahkan kematian seorang lagi komander tertingginya, Nabil Qawuk yang terbunuh bersama Nasrallah dalam serbuan Israel di pinggir bandar Beiruti. 

Qawuk telah memikul banyak tanggungjawab organisasi dalam pelbagai unit Hizbullah. 

Kesan serangan Israel membunuh Hassan Nasrallah telah menyebabkan demostrasi besar-besaran membabitkan beberapa negara terutamanya Lebanon, Jordan, Arab Saudi, Iraq, Pakistan, Mesir dan beberapa lagi. Terutamanya demostrasi ini lebih bersifat menyokong perjuangan Nasrallah dan menggempur kerajaan dan menyerang kedutaan Amerika. 




Selain dari itu beratus-ratus penunjuk perasaan turun ke jalan raya di Sydney, Australia, sebagai mengecam pembunuhan Israel terhadap pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah.

Rakyat Palestin juga telah turun ke jalan raya di Ramallah, ibu kota Tebing Barat, bagi menyokong Sayyed Hassan Nasrallah; 'Kami anak buahmu, oh Nasrallah, Palestin tabik hormat!' 

Kenyataan Kementerian Luar Perancis menentang sebarang operasi darat Israel di Lubnan. Kami menyeru agar serangan Israel dihentikan serta-merta di Lubnan dan mengutuk sebarang tindakan sewenang-wenangnya terhadap orang awam.

Kementerian Luar China menyatakan bahawa Beijing menentang sebarang pencabulan kedaulatan Lubnan berikutan pembunuhan Israel terhadap ketua Hizbullah Hassan Nasrallah. “Ketegangan antara Lubnan dan Israel adalah limpahan konflik Gaza. 

Keutamaan mendesak adalah untuk melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan, menamatkan pertempuran di Gaza secepat mungkin, dan bersungguh-sungguh menjaga keamanan dan kestabilan di Timur Tengah,” tambah kementerian itu.

Joe Biden pula telah menyuarakan kebimbangannya terhadap tindakan Netanyahu yang melancarkan operasi membunuh semua pemimpin tertinggi Hizbullah, Yaman, Iran dan Hamas tanpa henti. Kebimbangan ini lebih kepada jika Iran mula bertindak. 

Sementara itu Jeneral Tentera Amerika telah mengemukakan satu lagi permohonan menambah kekuatan tentera di Timur Tengah berikut peningkatan serangan Hizbullah dan Houthi selepas kematian Nasrallah. Ketika ini Amerika telah menempatkan 40'000 tentera dan dalam permohonan baru perlu ditambah hingga target 150'000 bagi menghadapi kemungkinan penglibatan Iran dan peningkatan serangan 5 kumpulan bersaudara. 

Akhbar Israel, Hareetz melaporkan bahawa Israel kini kekurangan 10,000 tentera bagi menghadapi pertempuran dari pelbagai arah ketika ini. Ketika ini juga ramai keletihan akibat pertempuran yang terlalu lama terutama di Gaza. Manakala tentera paksa dari Afrika yang terpedaya dengan janji kewarganegaraan mula hilang motivasi malah mula melarikan diri dari medan perang. 




Ketika ini Kereta kebal tentera Israel digambarkan berkumpul berhampiran sempadan Lubnan, ketika Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant mengadakan perbincangan tentang kemungkinan meluaskan serangan tentera Israel di rantau itu. 

Pengerahan itu dibuat selepas Hizbullah mengesahkan pembunuhan pemimpinnya Hassan Nasrallah oleh serangan udara ganas Israel di Beirut pada hari Jumaat.

Israel telah mula mempergiatkan pembunuhan orang awam di Lubnan seperti mana mereka lakukan kepada Gaza, beroperasi di bawah kepercayaan bahawa orang awam Lubnan akan memaksa Hizbullah untuk meninggalkan sokongannya terhadap penentangan Palestin di Gaza. 

Bagaimanapun, usaha ini sia-sia, kerana rakyat Lubnan tetap teguh menyokong penentangan di Lubnan dan Palestin.

Pesawat rejim Zionis melancarkan gelombang serangan di pelbagai kawasan di Lubnan: Srifa, Al-Ghandouria, Burj Qalawiya, Toulin, Al-Sowaneh, Ain Al-Delb, Jabshit, Markba, Sinai, Taloussa, Ain Baal, Jabal Al-Batam, dan Houmin Al-Fawqa.

Hingga menyebabkan ramai penduduk Lubnan terpaksa tidur di tepi jalan disebabkan kehilangan tempat tinggal akibat serangan rejim Zionis tanpa henti.

IDF juga menyerang pelabuhan dan stesen janakuasa Hodeidah yang dikawal Houthi. Tentera berkata, serangan udara tertumpu pada infrastruktur ketenteraan utama di Ras Issa dan Hodeidah, termasuk stesen janakuasa dan pelabuhan yang digunakan untuk mengimport minyak. 

IDF menganggarkan bahawa Hizbullah kini menembak roket dan peluru berpandu hanya pada 10% daripada kapasiti tepat sasaran target- berikutan pembunuhan komandernya dan menyasarkan tapak pelancaran menyebabkan 'serangan kali ini agak longgar. 

Walau bagaimanapun, IDF dengan jelas menekankan bahawa Hizbullah akan bangkit semula tidak lama lagi, dan organisasi itu mungkin akan menjalankan operasi yang lebih besar daripada yang kita lihat sekarang.

Lebih-lebih lagi apabila Hizbullah bertekad menggunakan segala kekuatan senjata yang belum mereka dedahkan sebelum ini. 

Israel menganggarkan terdapat 'hari sukar di hadapan', terutamanya selepas komander kanan telah diganti. 

Ketika Israel makin agresif, begitu juga dengan Hizbullah juga telah melipatgandakan serangan terhadap Israel. 

Hizbullah: Dalam mempertahankan Lubnan dan rakyatnya, dan sebagai tindak balas kepada pelanggaran biadab Israel terhadap bandar, kampung dan orang awam, pejuang Penentangan Islam melancarkan serangan udara dengan skuadron dron serangan ke atas kem Alyatkim, menyasarkan lokasi pegawainya. dan askar dan memukul sasaran mereka dengan tepat.

Hizbullah secara resmi telah mengisytiharkan perang besar-besaran dengan menyerang lebih dari 50 kawasan utara tanpa henti. 

Hizbullah telah menyeru orang awam Israel untuk meninggalkan utara Israel: Kepada orang awam di Palestin yang dijajah:

Pejuang Islam di Lubnan kini mengambil tindakan ketenteraan terhadap rejim kalian, yang tidak mengambil berat tentang keselamatan kalian dan telah mengenakan perang ini ke atas kalian tanpa mengambil kira akibatnya.

Kami tidak mengambil berat tentang keselamatan orang awam, tetapi kalian harus mengambil berat tentang keselamatan kalian sendiri. Jadi berpindah ke kawasan selamat di Tel Aviv dan Eilat.

Jika kalian mahu perang ini dihentikan, kalian mesti bertindak tegas terhadap kerajaan Netanyahu dan menuntut gencatan senjata segera.


Akibat serangan Hizbullah siren telah diaktifkan di tengah Israel berikutan pelancaran peluru berpandu dari Yaman.

Saluran 12 Israel: Sebuah peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman ke arah Tel Aviv telah dipintas oleh sistem pertahanan udara Hatz. Namun berdasarkan laporan lain tidak semua serangan Hizbullah dapat ditangkis oleh Israel terutamanya di kawasan Tel Aviv yang mendapat serangan serentak dari 5 kumpulan bersaudara membabitkan Hizbullah, Houthi, Iraq, Syria dan briged di bawah Hamas. 

Pendatang haram Zionis di Tel Aviv panik dan melarikan diri selepas siren diaktifkan kerana kedatangan peluru berpandu dari Yaman. Digambarkan ketika ini jutaan pendatang haram melarikan diri dari utara malah situasi bunker bawah tanah sentiasa bersesak-sesakan hingga ada yang cedera dan kampus akibat terlampau takut hingga memijak sesama sendiri. 

Dalam satu kenyataan jurucakap Houthi telah mengumumkan satu serangan membabitkan penggunaan peluru berpandu balistik telah diarahkan ke lapangan terbang Ben Gurion yang menjadi lokasi pendaratan Netanyahu dari New York. 

Berdasarkan laporan media Israel dapat memintas serangan Houthi tetapi dari sumber lain Netanyahu telah dibawa lari dari serangan tersebut. Dengan maksud ada antara peluru balistik kena kepada sasaran. 

Laporan Media Ibrani: Houthi dan Hizbullah telah merancang untuk membunuh Perdana Menteri Israel dan menteri kabinet perang malah ada ancaman membabitkan keluarga mereka. 

Sehubungan dengan itu Khatib, menteri perisikan Iran berkata kumpulan Axis Resistance akan membalas dendam darah syuhada Sayyed Nasrallah dengan membebaskan Quds, menghapuskan entiti Zionis, dan memotong tangan Amerika Syarikat di rantau ini. 

Malah Iran telah mengumumkan status kecemasan tahap 'merah' di seluruh negara Iran sehingga 48 jam akan datang sebagai persediaan sebarang tindakan balas penentangan Israel selepas ini. 

Iran juga mengambil langkah berjaga-jaga membawa pemimpin tertinggi di kawasan selamat dengan tahap keselamatan yang tinggi. 

Kenyataan kumpulan Mujahidin Bahrain, Briged al-Ashtar, menyeru agar mobilisasi semua kumpulan menuntut kemerdekaan Palestin untuk bangkit bersatu 'membalas darah Nasrallah' daripada Zionis, dan telah mengisytiharkan 'setiap Zionis di Bahrain' sebagai sasaran yang sah wajib untuk menyerang. 

Mejar Jeneral Mohsen Rezaei, Bekas Panglima Tertinggi IRGC dari 1980-1997 berkata 'Geng penjenayah Netanyahu tidak akan berhenti dengan kritikan dunia dengan mudah, dan selepas Lubnan, mereka akan menyerang Damsyik dan kemudian Baghdad, lebih-lebih lagi kegilaan Israel untuk menjajah timur Tengah, mereka mungkin menyerang Iran. 

Oleh itu, kerajaan Iraq, Syria dan Iran harus membuat keputusan besar secepat mungkin. Bersatu hapuskan Israel sebelum Israel mempunyai peluang menghapuskan semua.

Erdogan di sidang UNGA PBB, menekankan muslihat Israel makin jelas mahu menjajah seluruh Timur Tengah dan memperdayakan dunia dengan polemik kisah propaganda Hitler 70 tahun lalu sebagai asas menghalalkan langkah-langkah jahat mereka. 

Turkiye kini telah bertindak, menghentikan aliran minyak, menghentikan perdagangan, memutuskan talian hayat yang mendorong pembunuhan beramai-ramai. 

Perkataan sahaja tidak mencukupi. "Negeri" Israel, walaupun semua kebajikan Amerikanya (pengubahan wang haram MIC), tidak dapat mengawal krisis yang dicetuskan Israel.  

Apabila Israel sudah bermain permainan membunuh semua pemimpin, bermaksud tidak lama lagi menjadi sebahagian daripada kitaran kejam yang sama kepada semua pemimpin di Timur Tengah. 

Setiap kali Sayyed mati syahid, Sayyed lain bangkit.' Semoga Allah merahmati syuhada Hassan Nasrallah, seorang syahid di jalan menuju Al-Quds, syahid yang menyokong rakyat Palestin di tengah-tengah kekecewaan dan diamnya banyak penguasa Arab tentang pencerobohan terhadap Gaza. Doakan mereka mencapai kemenangan. 

Comments

Popular Posts