China tidak akan berani rampas Aset Malaysia di perairan pesisir pantai Sarawak


Perkara yang paling China hindari adalah berperang dengan Malaysia. 

Aku nak buka cerita ini setelah melihat ramai yang berpolitik menyerang tindakan kerajaan yang nampak lembab mengambil tindakan terhadap pencerobohan kapal pengawal pantai China ke laut persisiran pantai Sarawak dan amaran keras kepada Malaysia mencari gali minyak di kawasan itu. Aku akan cerita isu ini berdasarkan melampaui pegangan politik aku sebagai mengambarkan situasi sebenarnya. 

Seperti yang kita nampak Malaysia telah ambil tindakan sewajarnya dengan menegaskan tidak akan tunduk dengan desakan China dan akan tetap meneruskan operasi carigali minyak oleh Petronas seperti biasa. 

Malah dalam masa yang sama, menghantar kapal tentera TLDM  ke kawasan yang diceroboh sebagai mempertahankan kedaulatan negara. Tetapi tindakan ini bukan sebagai mengisytiharkan perang dengan China tetapi ini adalah tindakan wajar berlandaskan undang-undang antarabangsa yang menjadi hak untuk Malaysia bertindak mempertahankan kedaulatan negara. 

Sepanjang kemerdekaan Malaysia, Malaysia belum pernah bertindak luar batas perundangan dunia dalam bab mempertahankan negara dan masih mengekalkan sebuah negara berkecuali yang tidak tunduk kepada mana-mana kuasa besar dunia. 

Apa yang perlu kita faham berkenaan isu ini telah bermula sejak 1942 dan Malaysia masih berpegang kepada hak sempadan laut berdasarkan perjanjian 1986.

Pertindihan sempadan laut China Selatan tidak membabitkan Malaysia dan China semata-mata tetapi membabitkan seluruh negara yang mempunyai pantai Laut China Selatan terutamanya membabitkan China, Taiwan, Jepun, Filipina, Indonesia, Brunei, Malaysia dan lain-lain. Perebutan wilayah yang berlaku terutamanya kepada kepulauan Paracel dan kepulauan Spratly, serta sempadan wilayah kelautan di Teluk Tonkin dan tempat-tempat lainnya. Terdapat perebutan tambahan di perairan di dekat Kepulauan Natuna, Indonesia.

Perebutan-perebutannnya meliputi sempadan wilayah kelautan dan kepulauan. Terdapat beberapa perebutan, yang masing-masing melibatkan sejumlah negara yang berbeza:

Wilayah sembilan garis putus yang diklaim oleh China yang meliputi kebanyakan wilayah Laut China Selatan dan tuntutan-tuntutan Zon Ekonomi Eksklusif dari Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, dan Vietnam.

Sempadan wilayah kelautan di sepanjang persisir Vietnam antara Brunei, Kemboja, China, Indonesia, Malaysia, Filipina, Taiwan, dan Vietnam.

Sempadan wilayah kelautan di utara pulau Kalimantan antara Brunei, China, Indonesia, Malaysia, Filipina, Taiwan, dan Vietnam.

Pulau-pulau di Laut China Selatan, yang meliputi Kepulauan Paracel, Kepulauan Prata, Gorong pasir Scarborough dan Kepulauan Spratly antara Brunei, China, Malaysia, Filipina, Taiwan, dan Vietnam.

Sempadan wilayah kelautan di utara perairan Kepulauan Natuna antara kemboja, China, Indonesia, Malaysia, Taiwan, dan Vietnam.[2]

Sempadan wilayah kelautan di lepas pesisir Palawan dan Luzon antara Brunei, China, Malaysia, Filipina, Taiwan, dan Vietnam.

Sempadan wilayah kelautan, wilayah tanah, dan kepulauan Sabah (awalnya Borneo Utara), termasuk Ambalat dan Labuan, antara Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Filipina.

Sempadan wilayah kelautan dan kepulauan di Selat Luzon antara China, Filipina, dan Taiwan.

Sempadan wilayah kelautan di Pedra Branca dan pulau-pulau di sekitarnya antara Indonesia, Malaysia, Singapura.

Dari rujukan krisis tuntutan di atas menunjukkan bertapa kompleks itu ini untuk diselesaikan kerana setiap negara-negara yang terlibat tidak akan sama sekali akan melepaskan peluang meraihkan kekayaan hasil tangkapan Laut, mineral, laluan dagangan dan strategik pertahanan kedaulatan di Laut China. 

China penah mengusulkan satu rundingan berkongsi hak menikmati hasil laut China Selatan. Tetapi ketika itu China masih dibayangi isu fahaman komunis yang menjadi kegusaran kepada negara-negara lain menyetujuinya. 

Artikel ini tidak lah untuk menceritakan setiap sejarah lampau terhadap krisis ini, tetapi yang hendak disampaikan adalah apa yang berlaku pada Mutahir ini. 

Sebenarnya pada 1996 kejadian yang sama berlaku di perairan Sarawak tetapi atas kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Sri Najib ketika itu yang melakukan rundingan diplomatik, perdagangan dan perundangan menyebabkan sikap China surut sedikit untuk tidak begitu agresif membuat tuntutan.

Begitu juga di zaman PM Tun Mahathir Mohamad iaitu beliau ketika itu dipandang seorang PM yang tidak pernah gentar dengan tekanan sesiapapun apatah mempunyai rekod kebijaksanaan yang licik seperti merampas kembali harta negara dari Britain dalam tempoh 4 jam pada 7 pagi 7 September 1986. Menjadikan beliau seorang yang dipandang tinggi karisma hingga mudah membuat apa-apa rundingan Antarabangsa. 

Isu Laut China Selatan membabitkan Malaysia China mula menjadi panas kembali menjelang tahun 2020, apatah ketika itu hubungan antara kedua-dua negara ini menjadi renggang kerana pengambilalihan tampuk pemerintahan negara sejak 2018 yang mana berlaku pelbagai perubahan dasar negara hingga berlaku pelbagai pembatalan projek dan perdagangan antara kedua-dua negara. 

Selain itu ada faktor luaran yang mempengaruhi akibat Konflik semasa yang berlarutan menjadikan Laut China Selatan sebagai platform proksi di antara Barat dan Timur. Perlumbaan antara kuasa Barat yang diterajui Amerika  Syarikat (AS) dan Britain dan kuasa Timur oleh China dan Rusia dijangka akan berterus-terusan dengan menjadikan Laut China Selatan pentas peperangan antara kedua-dua blok kuasa besar ini. 

Apatah dengan berlakunya perang di Palestin, di Timur Tengah dan Ukrain. Keinginan menguasai setiap lautan besar adalah menjadi keperluan dan kepentingan utama buat kuasa-kuasa besar. 

Seperti yang kita lihat Amerika menguasai laut Pasifik, Laut Artik, Laut Atlantik dan Laut Hindi menyebabkan pentingnya China merasakan untuk menguasai Laut China Selatan. 

Lebih-lebih lagi Filipina dan Taiwan yang menjadi proksi utama Amerika untuk menghalang tujuan China menguasai sepenuhnya Laut China Selatan menyebabkan isu ini semakin sukar untuk mendapatkan kesepakatan yang baik bagi setiap entiti negara-negara dalam Laut China Selatan mencapai kata sepakat menyelesaikan masalah ini berdasarkan berkongsi kepentingan bersama-sama. 

Provokasi antara China dan Filipina serta provokasi antara China dan Taiwan berlaku dengan campurtangan Amerika menyebabkan isu-isu membabitkan tuntutan kecil lain dalam konflik Laut China Selatan turut terkesan dan terkait menyebabkan isu ini semakin sukar untuk dijernihkan. 

Sementara itu Filipina juga telah memperkasa kerjasama dengan Vietnam pada 31 Ogos lalu, dalam hubungan ketenteraan dan pertahanan serta kolaborasi berhubung keselamatan maritim di Laut China Selatan.

Filipina yang disokong Amerika dan China saling menuding jari berhubung kes terbaharu rempuhan kapal pengawal pantai di perairan Laut China Selatan. Pelanggaran berhampiran Beting Sabina adalah konfrontasi maritim kelima dalam tempoh sebulan. 

Pengaruh Amerika yang menggunakan proksi² di Laut China Selatan boleh dikaitkan secara tidak langsung sebagai tindak balas campurtangan China terhadap itu Timur Tengah dalam memerangi kedudukan Israel. 

Ini secara ringkas bertapa besarnya isu Laut China Selatan yang tidak semata-mata untuk masalah negara-negara yang berada dalam Laut China Selatan tetapi membabitkan keseluruhan masalah politik global. 

Disini sebagai rakyat Malaysia, tidak kira apa-apa pegangan politik sama ada suka atau tidak terpaksa bersatu menyokong PMX dan kerajaan untuk berdiri bersama mempertahankan kedaulatan negara. 

China walaupun dilihat agak licik menjadikan tiga pulau buatan di Laut China Selatan sebagai pangkalan ketenteraan dengan memasang sistem peluru berpandu antikapal dan antipesawat, peralatan laser serta menempatkan jet pejuang. Untuk memahami isu ini, Pantai Sarawak sebagai contoh penghuraian. 


Merujuk gambar di atas, inilah kawasan tuntutan Laut China Selatan yang dikenali sebagai 9 garisan putus-putus. Yang merangkumi 3000 km. 

Penempatan pengkalan ketenteraan China di Kepulauan Spratly boleh menyebabkan terbentuk satu lagi Zon ekonomi eksklusif China meliputi jarak 200 batu nautika(nm) dari sempadan laut Kepulauan tersebut. Lazimnya hal ini akan menjadi sempadan laut setiap negara, meliputi 12 nm dari darat. Ini total jarak negara ialah 212 nm. 

Jarak 12 batu nautika dari shore tu sempadan laut sesebuah negara, termasuk ruang udara, tetapi selepas 12 batu nautika, ia dikira ZEE milik negara tersebut, tapi ruang udaranya adalah milik antarabangsa.

Manakala platform gas Kasawari milik Petronas yang diprovokasi oleh kapal China itu terletak dalam jarak 200km dari pantai Bintulu - ini jelas menunjukkan termasuk dalam kawasan ZEE Malaysia berdasarkan UNCLOS.

Atas sebab-sebab ini adalah penting bagi setiap negara berebut kepulauan Spratly walaupun hanya terdapat kepulauan kecil di tengah laut, kerana ini akan menjadi tarif jarak sempadan bagi setiap negara seperti contoh di atas. 

Kelicikan China cuba menguasai Kepulauan Spratly dan seterusnya meluaskan ZEE mereka - 392km dari shore pulau kecik tu. Dan pada akhirnya mereka akan mempunyai hak untuk menuntut pesisir pantai negara lain seperti di Pantai Sarawak. 

Tetapi penempatan pengkalan tentera China di Kepulauan Spratly telah menyebabkan A.S. dan UK mencabar garis pangkal di sekeliling Kepulauan Paracel yang diisytiharkan China, mewajarkan perhatian yang sama kepada kuasa² besar lain yang turut mempunyai kepentingan pelaburan terutamanya carigali minyak, keselamatan sejagat dan dagangan antarabangsa. 

Ini adalah kerana keluasan kawasan tuntutan tersebut dan juga kebimbangan bahawa Beijing mencabuli undang-undang antarabangsa dan terus mengisytiharkan garis pangkal yang sama di sekeliling Kepulauan Spratly dengan menggunakan kekuatan tentera dan ekonomi China. 

Kelemahan Malaysia adalah ketika ini ekonomi negara tidak lah begitu kuat walaupun ada naik turun, kekuatan ketenteraan negara tidak lah hebat terutamanya membabitkan aset maritim dan udara kerana polimik politik yang tidak habis-habis menggagalkan sebarang pemilikan aset-aset terbaik mengikut peredaran masa. Dan kekangan kewangan negara yang semakin susut dan tidak menentu tanpa pertambahan untuk membolehkan kita membuat pembelian aset secara luar biasa. 

Semasa Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Dato' Hussein menjadi Menteri Pertahanan di zaman Dato Sri Najib, ada perancangan membina pengkalan tentera di sekitar Kepulauan Spratly dan sempadan perairan Malaysia dalam bentuk model seperti pelantar minyak. Tetapi akibat perubahan pentadbiran pada 2018 menyebabkan projek ini tidak dilaksanakan. 

Apa yang tinggal ketika ini adalah Kesatuan rakyat Malaysia bersatu menyokong dan memberi kepercayaan kepada kerajaan untuk berusaha dengan baik dalam mempertahankan kedaulatan negara. 

China akan mengalami kesilapan besar jika bertindak menyerang atau merampas sebarang aset² di perairan Malaysia sebab itu ia datang bentuk ugutan dan provokasi semata, itu adalah lumrah dalam strategi setiap negara yang berbeza-beza. 

Isu kebocoran dokumen perundingan Malaysia dan China adalah sesuatu yang tidak patut berlaku dan setakat ini kita tidak tahu sejauh mana manfaat yang Malaysia boleh dapat dari dokumen tersebut. 

Suka atau tidak dan sama anda hendak terima atau tidak, negara kita tidak bersedia dan tidak mampu untuk menggunakan kekuatan ketenteraan kerana negara kita ketinggalan jauh dalam aspek memperkuatkan sistem pertahanan negara, kerana kemelut mempolitikkan setiap kali usaha memperkukuhkan kekuatan ketenteraan sejak dari dahulu lagi. 

Kerana sikap pembangkang dari dulu hingga sekarang asyik mencari salah contoh seperti perbuatan PMX semasa pembangkang dulu yang mencari salah pembelian kapal selam Scorpene dan sekarang terbukti itu hanya permainan propaganda politik adalah bukti contoh ke atas apa yang kita perlu hadapi sekarang. 

Kerana politik² mengenepikan kepentingan negara demi kehendak kepentingan pengaruh politik setiap parti menyebabkan negara kita hanya mampu tengok dan bersabar bila dibuli negara-negara lain. 

Sepatutnya kita ambil iktibar kisah lampau untuk berhenti berpolitik dalam semua perkara hingga menjejaskan ekonomi dan sistem pertahanan negara. 

Walaupun begitu China juga tidak mengambil mudah kekuatan tentera Malaysia kerana bukan melihat dari sudut aset semata-mata tetapi dari sudut kedudukan Malaysia di pentas dunia yang telah dibina generasi Perdana Menteri sejak zaman kemerdekaan lagi tidak dinafikan oleh sesiapa pun. Dan memberi kekuatan serta kelebihan untuk Perdana Menteri hari ini. Tanpa yang dahulu tiada yang sekarang.

Apatah pencerobohan bukan membabitkan kapal perang negara asing kerana kerana yang menceroboh itu hanyalah kapal penyelidik yang melaksanakan sismek survey ataupun pengukur dalam laut dan diiringi kapal CCG ataupun Coast Guard bersama dengan kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Ini tidak memerlukan tindakan agresif dari Angkatan Tentera Laut Malaysia. 

Walaupun anda suka atau tidak demi kepentingan negara kita perlu bersatu memberi kepercayaan kepada PMX mengendalikan isu ini. Isu ini tidak mudah untuk diselesaikan dengan mudah melainkan hanya kebijaksanaan pemimpin yang bijak dapat mengendalikan isu seperti ini dengan baik. MyMdFadzil

Comments

  1. Boss.... Bkn ke prjnjian prtahann (FPDA) antara 5 negara (Msia/Brtain/Spore/NZ/Aus) msih trpakai shga hr ini!?

    ReplyDelete

Post a Comment