Hizbullah makin Agresif
Dalam satu kenyataan 5/9/24 Iran telah mengumumkan kami tidak perlu berterus-terang kepada dunia bagaimana dan bila serangan kami terhadap Israel.
Ini merujuk kepada tekanan Amerika, beberapa sekutu dan jiran Israel yang mendesak Iran menghentikan niat menyerang Israel.
Dalam kenyataan yang sama, Iran menyatakan hak Iran menghukum Iran tanpa mengambil kira semasa ini dalam bentuk serangan Psikologi dan kehadapan akan datang serangan besar-besaran.
Timur Tengah ketika ini berada di titik yang amat panas apabila serangan tanpa henti oleh Hizbullah, Houthi, Iraq dan briged di bawah Hamas sudah cukup membuat keadaan Israel huru-hara dan bila ditambah dengan tekanan perang Psikologi Iran menyebabkan sekutu Israel terutamanya Amerika menjadi amat-amat tertekan untuk mengatur segala strategi di serata dunia iaitu Amerika sebagai polis dunia.
Pada 5/9/24, Hizbullah telah melancarkan sekurang-kurangnya 300 roket peluru berpandu dan dron, 65 daripadanya telah disasarkan kepada Kiryat Shmona.
Hingga menyebabkan beberapa penempatan awam mengenai sasaran. Selain dari itu Hizbullah juga menyatakan mereka berjaya mengebom Ruwaysat al-Alam di bukit Kfar Shouba, dengan serangan langsung dicapai tetapi masih dalam siasatan tahap pencapaiannya.
Datuk Bandar Kiryat Shmona semalam menyuarakan rasa bosannya kepada sikap Netanyahu yang gagal untuk mengekang serangan bertubi-tubi Hizbullah hingga menyebabkan warga Israel tidak mempunyai kediaman yang selamat untuk didiami.
Hari ini Hizbullah telah mengeluarkan tiga (setakat jam 3pm 6/9/24) kenyataan:
- Operasi yang diselaraskan dengan segerombolan dron serangan dan roket Katyusha menyasarkan berek Ramot Naftali, telah mengenai sasarannya dengan tepat.
- Operasi udara dengan segerombolan dron serangan ke atas ibu pejabat komando Batalion Al-Sahl di berek Beit Hillel, mencapai matlamat langsung.
- Operasi udara dengan segerombolan dron serangan di ibu pejabat baharu Briged Barat 300 di selatan Berek "Ya'ara", menyasarkan tempat di mana pegawai dan askarnya ditempatkan dan diletakkan, mencapai serangan langsung.
Dalam satu artikel Haaretz, Hizbullah telah melakukan operasi khusus menyerang setiap penempatan pasukan tentera Israel sama ada di kem atau di lapangan yang mereka kesan.
Serangan yang menggunakan dron yang sama Russia gunakan terhadap Ukrain telah menimbulkan kesukaran buat Israel menangkis dengan Iron Dom apatah kebanyakan serangan terhadap kumpulan tentera terletak diluar kawasan kawalan Iron Dom.
Ini adalah video baharu menunjukan penggunaan Dron terbaru Hizbullah. Dron dikenali sebagai dron FPV iaitu versi lanjutan lebih baik dari penggunaan dron sebelum ini.
Berdasarkan kualiti rakaman yang baik membuktikan sistem peperangan elektronik yang dibawa Amerika kepada Israel adalah tidak berfungsi dengan baik untuk melawan teknologi terkini Russia.
Dalam perang di Ukraine, versi drone FPV yang paling murah adalah paling popular kerana ia boleh digunakan dalam jumlah yang besar (beribu-ribu dan lebih). Dengan dibandingkan Israel terpaksa menangkis serangan menggunakan senjata 20 kali ganda lebih mahal dari dron Hizbullah menyebabkan Amerika terpaksa membiayai kerugian besar dalam kempen menyelamatkan Israel dan Ukrain.
Dalam situasi yang Komander Ansar Allah Sayyed Abdulmalik Badr El-Din Al-Houthi menyampaikan ucapan hari ini, di mana beliau membincangkan "Perkembangan dalam menghadapi musuh Israel dengan pelancaran aktiviti persediaan untuk menghadapi kemungkinan serangan di hari Maulidur Rasul". Beberapa kenyataan beliau:
Sambutan terhadap pencerobohan Zionis akan datang, dan operasi kami secara berterusan yang kami tidak akan sekali-kali mengecewakan rakyat Palestin selagi kami masih hidup...
Kami akan terus mengembangkan keupayaan kami, dan musuh akan terkejut dengan teknologi yang belum pernah berlaku di darat kerana mereka sudah pun terkejut di laut...
Musuh dikejutkan dengan serangan peluru berpandu balistik yang menyasarkan kapal semasa mereka bergerak di laut, dan untuk pertama kalinya dalam sejarah, seperti yang mereka katakan dan akui, dan mereka akan terkejut di darat seperti mereka terkejut di laut, insya-Allah, dengan teknologi baru yang tidak pernah berlaku dalam sejarah, insya-Allah, yang membantu dalam hukuman mereka.
Ansar Allah berkemungkinan akan bertindak balas terhadap serangan Israel terhadap Hodeidah pada bulan Julai dengan menyerang tentera Israel secara langsung. Eilat sebagai minimum mungkin akan disasarkan.
Walau bagaimanapun, Ansar Allah telah menunjukkan keupayaan kami untuk sampai menyusup masuk ke Tel Aviv, tanpa dapat dikesan oleh mereka.
Kenyataan terbaru Houthi ini membuktikan serangan Tel Aviv ketika ini juga membabitkan Houthi selain Hizbullah, Iraq dan briged di bawah Hamas yang mana ada ketika Israel sukar menentukan serangan dari siapa selagi tiada antara 4 penjuru ini mengakuinya.
Kenyataan terbaru Houthi ini, telah menimbulkan kerisauan yang tinggi buat Israel, berikutan keadaan rusuhan di Tel Aviv semakin memuncak hingga 700k itu akan mengundang kematian besar-besaran jika Houthi dan 3 entiti lain menyerang secara rawak.
Berdasarkan Ibrani News, peningkatan jumlah menyertai rusuhan menyebabkan berpuluh-puluh insiden membabitkan pergaduhan warga Israel dengan tentera dan polis Israel hingga menyebabkan berlaku kebakaran dan kecederaan yang semakin meningkat.
Sedangkan Amerika masih gagal untuk menyeberangi rundingan genjatan senjata. Media pro Netanyahu ini cuba menyalahkan Amerika sedangkan Mesir dan Qatar ketika ini semakin panas saling menuduh Israel terutamanya Netanyahu yang menggagalkan rundingan tersebut.
Seperti biasa Netanyahu menuduh Mesir menghalang Israel untuk mengawal koridor Philadelphi kerana Mesir bersubahat menyeludup senjata kepada Hamas melalui terowong bawah tanah.
Sedangkan Mesir membalas, Hamas menggunakan 80% senjata buatan sendiri. Pertelagahan ini disifatkan oleh Hamas adalah sebagai satu alasan Netanyahu untuk membeli masa untuk membunuh atau menghalau warga Palestin ke Mesir dan Jordan.
Manakala Mesir dan Jordan mengeluarkan kenyataan terbaru bersedia untuk berperang dengan Israel sekiranya cuba menghantar warga Palestin ke sempadan mereka.
Tinjauan Pusat Penyelidikan Pew baharu mendapati bahawa majoriti rakyat Israel menyokong menapis kandungan media sosial yang berkaitan dengan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza.
Tinjauan tersebut mendedahkan bahawa 72% rakyat Israel mahu imej grafik atau video daripada perang dikeluarkan.
Selain itu, 70% warga Israel Yahudi percaya siaran yang menyatakan simpati kepada orang awam Gaza harus dihadkan, manakala 41% berpendapat siaran yang mengkritik kerajaan perlu ditapis.
Ini menunjukkan warga Israel sedikit pun tidak peduli nasib Palestin dan mereka hanya bimbangkan tahanan di bawah Hamas. Mereka tidak peduli pun soal genjatan senjata atau perang, yang mereka mahu segerakan penghapusan Palestin dengan apa cara pun.
Ini memberi kelebihan buat Netanyahu hingga dia ambil kesempatan untuk berkata dalam temu bual dengan Fox News bahawa dia langsung tidak berminat dengan masa depan politiknya sendiri tetapi semua ini untuk masa depan Israel
"Halangan kepada tamatnya perang adalah Hamas, halangan kepada pembebasan tebusan adalah Hamas, bukan Israel dan bukan saya."
Tindakan Netanyahu ini jelas cuba mengubah pandangan warga Israel yang kematian 6 tebusan tempoh hari bukan kerana tentera di bawahnya tetapi dilakukan Hamas. Tetapi Briged Qassam menyindir kepimpinan Israel dengan mengeluarkan klip pendek yang memaparkan tebusan Israel yang baru mati dan keranda tentera mereka, yang dinyanyikan dengan lagu muka depan 'Coming Home' oleh penyanyi Israel Shiri Maimon dan Tamir Grinberg, yang didedikasikan khas untuk pembohongan Netanyahu.
Pada 3/9/24 Lepas Iran telah menjawab kemusykilan dunia terhadap tindak tanduk Hizbullah yang menyasarkan serangan tertumpu kepada pusat latihan dan pentadbiran Mossad.
.Pengumuman daripada Kementerian Perisikan Iran Berkenaan Pengenalpastian Sebilangan Besar Pengintip Mossad di 28 Negara di Seluruh Dunia
🔹 Kementerian Perisikan: Dalam operasi gabungan risikan dan kontra-perisikan terbesar terhadap organisasi pengintip dan keselamatan rejim Israel yang menjajah, koleksi maklumat yang belum pernah berlaku dan unik daripada perkhidmatan tersebut telah diperolehi, dan analisis serta-merta dan penggunaan maklumat ini dimulakan. .
🔹 Selain penemuan risikan dan keselamatan, akses kepada maklumat khas yang berkaitan dengan beberapa kemudahan tentera rahsia yang paling penting, kilang pembuatan senjata, dan industri awam strategik rejim Zionis yang merampas adalah antara pencapaian operasi pelbagai fasa kementerian ini.
🔹 Jelaslah bahawa mendedahkan butiran maklumat yang diperolehi tertakluk kepada pelbagai peraturan perlindungan, terutamanya mengenai faktor manusia yang terlibat dalam projek ini, di dalam dan di luar wilayah yang diduduki. Tambahan pula, jumlah penemuan yang besar membolehkan penggunaan risikan dan operasi, yang juga akan menjadi penentu dalam membuat keputusan mengenai maklumat yang tersedia.
🔹 Salah satu pencapaian utama projek gabungan ini ialah mengenal pasti berpuluh-puluh pengintip dan unsur pengganas yang bergabung dengan rejim Zionis perkauman di 28 negara di tiga benua: Asia, Afrika dan Eropah. Mengenai pengintip yang dikenal pasti, perlu diperhatikan:
🔸 Beberapa pengintip telah dikenal pasti di Tehran dan pelbagai wilayah, dan tindakan telah diambil terhadap mereka. Selain itu, beberapa pengintip Iran yang menetap di luar negara telah dikenal pasti, dan keputusan akan dibuat berdasarkan keadaan masing-masing.
🔸 Identiti perisik asing yang aktif di negara yang mempunyai pertukaran risikan yang berkesan dan praktikal dengan Iran telah diberikan kepada negara tersebut, yang sama ada telah menangkap pengintip atau menggunakan mereka untuk tujuan risikan.
Pemeriksaan latar belakang perisik yang dikaitkan dengan 28 negara mendedahkan bahawa beberapa individu rendah telah secara sukarela bekerjasama dengan Mossad dan mengkhianati negara mereka sendiri. Malangnya, telah diperhatikan bahawa perkhidmatan Mossad memaksa individu ini untuk menjalankan pelbagai operasi khianat terhadap kepentingan negara asal mereka dan keselamatan warganegara mereka untuk mengesahkan motivasi mereka untuk kerjasama.
🔸 Sebagai tambahan kepada kaedah yang disebutkan di atas, perkhidmatan perisikan rejim mengeksploitasi platform awam seperti media sosial, laman web imigresen, dan tapak carian pekerjaan. Mereka memantau individu semasa perjalanan asing dan mengenal pasti kelemahan untuk menjalin hubungan dengan mereka. Pada peringkat seterusnya, mereka mengumpul maklumat atau menugaskan misi sabotaj kepada mangsa. Dalam konteks ini, beberapa samseng yang terlibat dalam beberapa operasi pengganas di Iran juga telah dikenal pasti dan ditangkap.
Berdasarkan kenyataan ini menunjukkan Turki dan Mesir baru-baru ini berjaya menangkap perisik Mossad hasil maklumat Iran. Dan tugas melumpuhkan Mossad sedang giat disempurnakan Hizbullah.
Until next artikel MyMdFadzil
Dgr crita Msir & Jordan akan isytihar perang klau Isr halau org Plstin k negara mereka.... knapa yer!?!?
ReplyDelete