Lubnan Bersedia Hadapi Perang
Sejak 2 hari lalu, digemparkan tiba-tiba rangkaian Pager yang digunakan oleh kebanyakan anggota keselamatan Lubnan telah meletup secara tiba-tiba, hingga menyebabkan 4000 menjadi mangsa serangan dan mencecah 200 jiwa terkorban.
Kebanyakan pager ini adalah jenama dari Taiwan dan negara menafikan itu dari keluaran negara tersebut walaupun jenama dari Taiwan.
Manakala Jepun dengan serta merta menghentikan pengeluaran bateri yang dikaitkan menjadi sebahagian dari komponen pager yang meletup di Lubnan.
Suspek serangan ini disyaki dari serangan unit Hacker Israel sebagai balas dendam atas kemusnahan lebih 5 markas Mossad akibat daripada serangan Hizbullah, yang mana, membabitkan anggaran lebih 300 ekor ejen dan Komando mampus walaupun setakat 73 seperti diumumkan Israel dan ribuan cedera parah.
Seperti biasa Israel menafikan pembabitan dalam kegiatan meletup pesan ringkas pager yang kebiasaannya dibawa oleh unit-unit penguatkuasaan Lubnan.
Jabatan Negara AS telah menyatakan bahawa ia "tiada pengetahuan awal" dan "tidak terlibat" dalam letupan baru-baru ini yang menyasarkan peranti alat kelui yang digunakan oleh anggota Hizbullah di Lubnan.
Jurucakap Jabatan Negara Matthew Miller mendakwa bahawa AS masih mengumpul maklumat mengenai insiden itu tetapi tidak mengesahkan penglibatan Israel.
Bagaimanapun, wartawan Axios Barak Ravid melaporkan, "pegawai kanan Amerika memberitahu saya bahawa Israel adalah orang di sebalik letupan itu."
Ini diramalkan satu permulaan serangan Israel ke atas Lubnan, menurut pemberi maklumat Amerika Edward Snowden mengulas di X bahawa sifat serangan besar-besaran selepas ini "lebih bermungkinan besar berlaku berbanding tidak berlaku" Beliau merasakan "sebenarnya bahan letupan telah ditanam di dalam pager, dan bukan godam."
Menurut bekas kontraktor NSA itu lagi, beliau menyifatkan serangan Israel sebagai "satu lagi siri keganasan luar jangkaan."
Serangan ini juga telah menyebabkan kebanyakan negara-negara di dunia mula menyelidiki semula setiap alat komunikasi yang mereka miliki dan bakal menyebabkan barangan dari Eropah dan sekutu menjadi barangan yang paling perlu diberi perhatian dari kemungkinan menjadi satu kaedah sabotaj dan serangan jarak jauh membabitkan anggota ketenteraan.
Iran dan Russia telah meneliti semula semua alat-alat komunikasi yang bukan keluaran mereka terutamanya membabitkan jenis bateri yang dipakai. Selain itu kedua-dua negara ini telah menghantar unit siasatan ke Lubnan untuk menilai semula jenis serangan ini.
Dalam kenyataan resmi Iran telah mengeluarkan amaran kepada proksi Hizbullah, Houthi, Iraq dan Syria atas kemungkinan serangan terbaru dari Israel terhadap peralatan yang mendapat teknologi Israel walaupun buatan negara-negara lain. Antaranya IPhone dan mungkin juga Android.
Hizbullah juga telah melaporkan siri serangan ini bukan sahaja membunuh sesiapa memegang pager tetapi mampu mencederakan dan membunuh orang-orang berhampiran terutamanya jika pager itu diletakkan berhampiran dengan alatan elektrik yang lain. Setakat ini terdapat laporan beberapa korban membabitkan kanak-kanak.
Sehubungan dengan serangan ini, Lubnan telah mengarahkan seluruh angkatan tentera mereka bersiap-sedia menghadapi serangan besar-besaran ke atas Israel. Manakala kabinet perang Israel telah mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan peningkatan serangan di Utara dan rancangan menyerang Lubnan pada skala besar-besaran.
Sebelum ini Amerika menghalang rancangan Israel menyerang Hizbullah di Lubnan tetapi kali ini Israel telah berjaya mencipta peluang untuk perang yang tidak dapat dielakkan dan memaksa Amerika campurtangan mempertahankan Israel.
Sehubungan dengan itu, konflik ini menjadi lebih sukar untuk dihentikan, kerana ketika 3 hari isu letupan pager Israel telah membunuh ratusan Palestin di Gaza, dan sebuah lagi helikopter Israel ditembak jatuh dan berpuluh-puluh tentera Israel mampus di tangan briged di bawah Hamas.
Sementara itu Houthi yang baru-baru ini berjaya melancarkan peluru hipersonik yang melepasi atmosfera, malah melintasi 3 unit kapal perang US tanpa masalah dan mencapai target di Israel. Iaitu sejauh 2040km dalam tempoh 10 minit dengan kelajuan 9 Marc.
Pakar keselamatan Israel Yossi Melman melaporkan bahawa peluru berpandu Yaman telah melanggar keseluruhan sistem pertahanan berlapis Israel, termasuk Arrow, David's Sling, Iron Dome, pesawat, dan sistem jamming.
Dalam kenyataan yang sama Israel yakin Iran telah menghantar peluru ini untuk diuji ke atas sistem pertahanan Israel. Lebih membimbangkan Rusia Didakwa Berkongsi Data Nuklear utama kepada Iran... Rusia nampaknya kini menyediakan Iran dengan teknologi penting yang akan mempercepatkan keupayaan senjata nuklearnya. Kesimpulannya apa akan jadi jika kepala peledak Nuklear diserahkan Iran kepada Hizbullah dan Houthi.
Kebaikan Russia memberi maklumat kepada Iran setelah Rusia telah menerima peluru berpandu balistik taktikal ketepatan Fath-360 Iran dan dijangka menggunakan mereka di barisan hadapan dalam masa beberapa minggu, ini didedahkan oleh Anthony Blinken
Selain itu, Laporan perisikan Barat menunjukkan Iran telah menghantar 200 peluru berpandu Zolfaghar ke Rusia. Jarak 700km peluru berpandu Zolfaghar mengancam pangkalan F-16 dan lebih sukar untuk dipintas.
Update terbaru! Sayyed al-Houthi memberi amaran kepada musuh Israel untuk berhati-hati dengan operasi masa depan yang akan lebih teruk, dengan menyatakan, "Apa yang akan datang jauh lebih besar, insya-Allah." Beliau menegaskan bahawa operasi kumpulan itu akan berterusan selagi pengepungan dan pencerobohan ke atas Gaza berterusan, menunjukkan komitmen konkrit terhadap perjuangan itu. Ini merujuk kepada bukti Yaman juga mempunyai teknologi yang belum ditunjukkan kepada Israel.
Manakala warga pencerobohan Israel telah menerima pesanan misteri "Ucapkan selamat tinggal kepada orang yang anda sayangi, tetapi jangan risau anda akan memeluk mereka ke neraka dalam beberapa jam akan datang"
Text ini telah masuk serentak melalui jutaan penggunaan alat talifon pintar yang dimiliki mereka dari utara hingga selatan Israel. Ini menambahkan lagi suasana ketakutan mereka selain dari serangan darat Hizbullah, Houthi dan Iraq telah bermula dari Bukit Golan yang terletak di sempadan Syria Utara Israel.
Jutaan penduduk Israel yang sebelum ini ketakutan serangan Houthi dan Hizbullah, kini bertambah-tambah cemas kerana ura-ura perang besar-besaran makin hampir menjadi kenyataan. Akibatnya terdapat laporan radio Israel yang lebih jutaan pendatang Israel sedang berusaha untuk meninggalkan negara haram itu dan enggan terbabit dalam perang apatah menyertai tentera.
Lebih-lebih lagi semakin ramai pendatang Israel mampus dalam serangan Hizbullah Houthi seperti salah satu kejadian Yahudi Israel yang cedera dalam letupan kereta di Ramla mencecah 12, termasuk 5 dalam keadaan kritikal atau mampus dan 7 lagi dalam keadaan ringan-sederhana.
Malah puak-puak yang rajin sabotaj Truk bantuan masuk ke Gaza dulu pun, dah pakat-pakat lari tinggalkan kumpulan itu kerana takut dengan perang besar-besaran. Kebanyakan warga haram Israel berpindah ke Selatan kerana kesukaran keluar dari Israel, berikutan sistem penerbangan Israel acapkali dibatalkan akibat serangan Hizbullah dan Houthi tidak pernah berhenti.
Berikutan makin ramai ke Selatan, hari ini di bahagian Utara telah turun jumlah tentera Israel yang ramai untuk siap siaga menyerang Hizbullah di Lubnan, terutamanya menghadapi sekumpulan besar tentera Hizbullah, Houthi dan Iraq di Bukit Golan.
Ini kerana laporan Radio Israel telah melaporkan ada pergerakan ketenteraan besar-besaran di sekitar sempadan Israel-Syria yang disyaki membabitkan Hizbullah, Houthi dan Iraq malah mereka tidak menolak kemungkinan ada bantuan lain selain dari itu.
Penempatan IDF juga dikaitkan dengan kenyataan Yahya sinwar mengatakan Perang seterusnya akan mengubah bentuk Bumi..
Inilah yang dijanjikan oleh Sinwar beberapa tahun lalu, dan Yaman akan melaksanakannya tidak lama lagi. Butiran bagaimana bentuk serangan yang akan dilancarkan, tidak didedahkan kepada umum.. Sumber: Ansar Allah Yaman
Ini menunjukkan ada pakatan yang terancang seperti mana diumumkan Yaman ini adalah perang FASA TERAKHIR MEMASUKI PALESTIN
Angkatan Tentera Yaman memaklumkan sekiranya gencatan senjata tidak dilaksanakan dan tiada kerjsama oleh negara Arab terhadap Palestin. Mereka tiada pilihan melainkan memasuki Palestin dengan segera maklum Jurucakap Angakatan Tentera, Yaman Yahya Saree
Kejayaan serangan Hizbullah hingga menyebabkan Kebakaran menyambar sebuah hotel di Eilat (Umm al-Rashrash), bandar yang diduduki di selatan Palestin "Israel". -Video1
Kebakaran menyambar sebuah kilang di bandar Ashdod yang diduduki.-Video2 telah menunjukkan serangan Hizbullah semakin sukar dihalangi, walaupun impaknya masih kecil kerana pengurangan penggunaan bahan ledakan, tetapi ini adalah percubaan mengenal pasti keupayaan daya pertahanan Israel sebelum serangan sebenarnya dalam skala lebih besar yang dinamakan perang fasa Akhir.
Selain itu, Dilaporkan oleh akhbar Sputnik Russia..bahawa skuad khas terlatih tentera Yaman mula menyusup masuk ke negara iraq.mereka akan menyeberangi Syria menuju ke Israil untuk berperang secara darat dengan IDF..
Yahya sinwar dan pemimpin houthi pernah mengatakan sebelum ini akan ada satu kejutan yang akan mengubah dunia, skuad khas komando Yaman sudah 2 bulan berlatih dinegaranya sebelum ini..
Ini menunjukkan peningkatan tahap keberkesanan serangan Hizbullah, Houthi, Iraq dan Hamas baru-baru ini bukan sekadar penambahbaikan teknologi tetapi juga membabitkan latihan taktikal dari kem latihan profesional.
Bulan lepas Hamas dilaporkan Radio Israel yang terdapat 10k rekrut baru dan mungkin mereka ini datang dari kem latihan taktikal Russia. Sebab 3 bulan lalu Presiden Russia pernah berkata Kami akan beri latihan dan peralatan terkini kepada Hamas jika Israel masih membantu Ukrain.
Rangkaian Berita Quds: Pesawat penjajah Israel mengebom sebuah blok kediaman di kem pelarian Al-Bureij hari ini, membunuh lebih 30 orang awam Palestin, dengan kira-kira 50 yang lain masih terperangkap di bawah runtuhan.
Antara mangsa ialah gadis muda Janna Tartouri, yang, bersama kebanyakan ahli keluarganya, dibunuh hanya sehari selepas hari lahirnya. George Katrougalos, pelapor khas PBB mengenai tatanan antarabangsa yang demokratik dan saksama, telah menyuarakan kebimbangan terhadap penjualan senjata Eropah yang berterusan kepada Israel di tengah-tengah serangan teruknya ke atas Gaza, menyifatkan keadaan itu sebagai "disesalkan." Beliau mengutuk krisis kemanusiaan yang semakin teruk, menekankan angka kematian orang awam yang tinggi, terutama di kalangan kanak-kanak dan wanita.
Katrougalos menggesa masyarakat antarabangsa untuk secara aktif menekan Israel untuk menghentikan permusuhan dan bersetuju dengan gencatan senjata segera.
Sementara itu juga Parti Liberal Demokrat Britain meluluskan usul pada Isnin memihak kepada penggantungan eksport senjata ke Israel, menyokong gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza, dan mengiktiraf sebuah negara Palestin.
Di Amerika pula satu kenyataan keras "Kenapa A.S. meluluskan lagi penjualan senjata bernilai $20 bilion kepada Israel?" Oleh Senator Amerika Syarikat Bernie Sanders sedang menyediakan beberapa resolusi yang akan menghentikan lebih daripada $20 bilion dalam penjualan senjata yang belum dicairkan AS kepada Israel kerana perang dahsyatnya yang berterusan ke atas Gaza.
Bekas diplomat Israel Alon Pinkas menyatakan bahawa Netanyahu menggunakan Koridor Philadelphi sebagai alasan untuk mengelak perjanjian gencatan senjata.
Dalam satu kenyataan kepada Al Jazeera, beliau mengesahkan bahawa beberapa jeneral Israel telah mencadangkan kepada Netanyahu untuk terus menipu mengenai koridor yang hakikatnya tidak menjadikan satu kepentingan yang mendesak buat Israel. Ini supaya mereka terus-menerus dapat melengah-lengahkan dunia dalam usaha Israel menghapuskan saki-baki Palestin di Gaza.
Lebih-lebih lagi setelah Palestin diterima sebagai anggota tetap di Perhimpunan Agung PBB, PBB juga menerima pakai resolusi menyeru penamatan pendudukan "haram" Israel dalam tempoh 12 bulan, dengan 124 negara mengundi menyokong, 14 menentang, dan 43 berkecuali.
Keputusan ini ditaja oleh Turki dan lebih 50 negara anggota, resolusi itu menegaskan bahawa pendudukan Israel di wilayah Palestin adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Resolusi itu menegaskan bahawa penempatan Israel melanggar undang-undang antarabangsa dan bahawa rakyat Palestin mempunyai hak untuk menentukan nasib sendiri di bawah Piagam PBB.
Tak cukup dengan itu, hasil rancangan jahat terbaru Israel telah menambah satu lagi masalah bila Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk menyifatkan letupan alat kelui sebagai "mengejutkan", dan berkata kesannya terhadap orang awam "tidak boleh diterima" dalam satu kenyataan pada hari Rabu.
"Penyasaran serentak beribu-ribu individu, sama ada orang awam atau anggota kumpulan bersenjata, tanpa pengetahuan tentang siapa yang memiliki peranti yang disasarkan, lokasi mereka dan persekitaran mereka pada masa serangan, melanggar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan, untuk setakat yang terpakai, undang-undang kemanusiaan antarabangsa," katanya.
“Mesti ada siasatan bebas, teliti dan telus mengenai keadaan letupan besar-besaran ini,” tambahnya.
Ini menyebabkan Israel terpaksa sentiasa mencari helah menangguhkan genjatan senjata dan menyerang Hizbullah biarpun risiko serangan balas Iran.
Hakikatnya Israel sudah tidak ada jalan berundur apatah setelah mahkamah ICC mengeluarkan waran tangkap Netanyahu dan menteri-menteri termasuk pegawai-pegawai tentera Israel sebagai penjenayah genosid, penghapusan etnik, rasuah, salahguna kuasa serta melanggar undang-undang perang, penganiayaan kanak-kanak dan menggunakan senjata kimia.
Mejar Jeneral Israel Gadi Shamni berkata mereka kalah dalam perang ke atas Gaza dalam skala besar-besaran" manakala Hamas menang.
Pandangannya dikongsi oleh beberapa pegawai keselamatan semasa dan bekas pegawai Israel yang tidak melihat kekalahan Hamas sebagai satu kemungkinan seperti digambarkan Netanyahu.
Semasa taklimat Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada hari Isnin mengenai perang ke atas Gaza, duta besar China Geng Shuang menuduh AS menggunakan PBB untuk menyekat usaha gencatan senjata, ketika perang semakin menghampiri bila-bila masa.
“Rakyat Palestin menderita Nakba berterusan selama hampir satu abad” kata Ahli Parlimen Eropah Rima Hassan dalam ucapannya di Brussels, Belgium, beliau menuntut sekatan terhadap Israel kerana melanggar undang-undang antarabangsa dengan terus membunuh orang-orang awam yang tidak bersalah setiap hari.
Malah di Amerika semasa perbicaraan kongres mengenai jenayah kebencian di A.S., yang telah meningkat di tengah-tengah perang Israel di Gaza, Senator A.S. John Kennedy menyelar peguam bela masyarakat Arab Amerika terkemuka Maya Berry, "Anda menyokong Hamas, UNRWA, dan Hezbollah. Anda hendaklah menyembunyikan kepala anda dalam beg."
Keadaan politik dalam Amerika juga mengalami debat-debat panas terutamanya ketika menghampiri pilihanraya November ini. Ini antara usaha Israel memporak-perandakan Amerika ketika mereka bebas meneruskan serangan besar-besaran mereka di kem pelarian al-Fawwar, selatan Tebing Barat.
Kementerian Pendidikan Palestin melaporkan bahawa tentera Israel telah mengepung Bangunan Pendidikan Qabatia di selatan Jenin, menahan kakitangan dan memerangkap ratusan pelajar di sekolah mereka.
Malah untuk serangan Israel terhadap orang awam di Tebing Barat bagi 2 bulan ini sahaja telah membunuh 700 lebih antaranya 153 kanak-kanak. 5750 cedera.
Lebih kejam lagi ketika Beribu-ribu keluarga di Gaza sedang mengebumikan orang tersayang di kubur besar, di ketika itu juga tentera Israel terus menyerang mereka yang cuba memasuki ke kawasan tanah perkuburan rasmi.
Menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med melaporkan terdapat kira-kira 30 kubur yang sedemikian dengan kira-kira 3,000 mayat di kawasan utara, tengah dan selatan Gaza. +120 kubur besar telah dicipta sejak 7 Oktober, setiap satu mengandungi sekurang-kurangnya 3-30 mayat.
Dalam dokumen setebal 649 muka surat, Kementerian Kesihatan di Gaza memberikan butiran penuh mengenai 34,344 rakyat Palestin yang dibunuh secara langsung oleh tentera pendudukan Israel, itu tidak termasuk 7,613 mayat tidak dikenali dan lain-lain yang belum ditemui dari bawah runtuhan.
Kementerian itu juga menyediakan jantina, umur, nama dan ID sekaligus menafikan percubaan Israel untuk memburukkan angka yang telah dikeluarkan Kementerian. Jumlah tersebut menunjukkan kebanyakan yang terbunuh dan diserang adalah kanak-kanak dan wanita.
Tragedi ini telah diakui oleh Bekas Ketua Staf Israel Dan Halutz yang berkata Perdana Menteri Netanyahu sengaja menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara, menuduhnya berusaha untuk memanjangkan perang selama mungkin. Demi mengelak dari tindakan undang-undang dunia dan lebih menakutkan lagi bila Mossad melaporkan Iran telah mengarahkan ejen khas untuk membunuh Netanyahu.
Sebab itu ramai penganalisis meramalkan perang besar tidak dapat dielakkan kerana Israel sendiri tiada jalan keluar untuk berpatah balik. Cuma masa 🕒🕒🕒
Comments
Post a Comment