Muncul 2 Mujahidin Baru Dalam Perang Fasa Akhir Israel

 Perkembangan perang Timur Tengah menjadi semakin menarik dan bertambah getir berikutan matlamat Israel dalam menakluki Gaza telah berubah dari 2 target utama dengan menjadikan 4 target hari ini. 

Sebelum ini target Israel hanya mahu menghapuskan Hamas dan menjajah seluruh tanah Palestin dengan mengusir atau membunuh setiap nyawa warga Palestin. 

Tetapi sejak 3 bulan ini Target Israel telah bertambah kepada menjatuhkan Iran dan menghapuskan Hizbullah supaya Israel mendapat kejayaan mutlak menjajah seluruh tanah Palestin dan menghapuskan setiap bantuan persenjataan kepada Hizbullah, Houthi, Iraq, Syria dan Hamas. Serta menghapuskan Hizbullah adalah keutamaan bagi menjamin keselamatan pendatang Israel di Utara Palestin. 

Menurut Menteri Luar Iran Araghchi: yang kini sedang berada di New York, Amerika Syarikat untuk menghadiri mesyuarat agung PBB: Beliau berkata kepada pemberita: Pembunuhan pemimpin Hizbullah adalah percubaan terdesak oleh entiti Israel yang tidak berdaya yang ingin mengheret wilayah itu dengan dirinya sendiri ke ambang jurang kekalahan Israel. 

Israel hati ini sedang mencari jalan keluar dari kebuntuan tentera di Gaza kerana ia tidak dapat mencapai sebarang matlamatnya dan oleh itu berusaha untuk meluaskan konflik.

Israel sedang berusaha keras untuk mendorong wilayah itu ke arah keadaan yang sangat berbahaya yang menimbulkan ancaman kepada seluruh masyarakat antarabangsa. 

Entiti Israel telah menemui jalan buntu dan cuba mengheret wilayah itu ke dalam perang secara rawak di dalam masa tersekat ini.

Merujuk kenyataan ini, Israel sebenarnya mempunyai perancangan lebih jauh iaitu dengan menggunakan pendekatan mencipta situasi perang lebih meluas untuk memaksa Amerika membantu Israel menjajah sepenuhnya tanah Palestin. 

Dari segi teori Israel, jika perang besar berlaku, Amerika paling banyak mengeluarkan perbelanjaan dan menghantar aset ketenteraan bagi memenangi dan menghentikan konflik Timur Tengah melalui perang besar-besaran termasuk mendesak Amerika menggunakan menggunakan pesawat pengebom seperti mana yang pernah dilakukan di Iraq. 

Jika situasi ini berlaku dunia akan memerhatikan situasi Timur Tengah sedangkan Palestin menjadi isu kecil untuk Israel selesaikan penjajahannya. 

Ini bukan sekadar teori lagi, Israel telah memindahkan unit-unit kereta kebal, kereta perisai, artileri, jentolak dan unit-unit penangkis serangan udara ke Utara Palestin. Sebagai persiapan memulakan perang besar-besaran terhadap Hizbullah. 

Malah Briged 98 Israel yang sebelum ini banyak melakukan kekejaman di Gaza telah dipindahkan ke Utara untuk menjadi barisan hadapan menyerang Hizbullah. 

Selain ini Israel juga telah membina tembok-tembok besar di sempadan Jordan dan Arab Saudi berikutan laporan Mossad terdapat 2 kumpulan Mujahidin baru yang muncul dari Jordan dan Arab Saudi yang akan turut serta menyerang Utara Israel jika perang besar-besaran mula berlaku. 

2 unit ini dipercayai mempunyai kekuatan tentera puluhan ribu dan telah mendapat latihan dan bantuan persenjataan dari Iran dan Russia. 

Israel juga tidak mengosongkan tahap kekuatan ketenteraan di sempadan Mesir malah menambahkan lagi sebagai langkah-langkah berjaga-jaga. Ini berikutan bulan April lalu seorang Jeneral tentera Mesir yang dipecat kerana cuba arahkan unit-unitnya berperang dengan Israel ketika konflik April lalu. Israel percaya Jeneral tersebut masuk mempunyai kekuatan dan mampu bertindak luar jangka di sempadan Mesir. 

Situasi ini bermaksud untuk perang besar-besaran ini Israel bukan sahaja menghadapi Hizbullah, Senna Yaman, Iraq, Syria dan Hamas tetapi jumlah kumpulan-kumpulan Mujahidin mungkin lebih banyak muncul selain dari Jordan, Mesir dan Arab Saudi. 

Bukit Golan menjadi sasaran pertama Israel tetapi dalam masa yang sama Israel terpaksa membahagikan kekuatan tentera yang diramalkan lebih kecil dari kumpulan Mujahidin untuk mengawal dan bersiap-sedia kepada sistem pertahanan di durasi 360 darjah bagi mengekang setiap penjuru serangan. 

Ekoran situasi ini, USS Harry S. Truman (CVN-75) dan Carrier Strike Group (CSG-8) akan dikerahkan oleh Amerika ke Laut Merah & Laut Mediterranean Timur dalam penempatan yang dijadualkan dan pra-rancangan strategi perang ke rantau ini. 

Terdapat banyak bualan dari pelbagai sumber yang mendakwa bahawa A.S. sedang memindahkan satu lagi kumpulan armada ke rantau itu akibat permusuhan di Lubnan. 

Walaupun terdapat potensi perang besar-besaran, tetapi Amerika masih mengganggap sebagai langkah berjaga-jaga dan mereka cuba elakkan perang besar-besaran ini berlaku. Sebab itulah Amerika masih melakukan proses penempatan ketenteraan secara berkala dan bukan secara drastik. 

Walaupun Amerika sedar ada pergerakan Yaman di Laut Merah dengan beberapa unit bot tanpa awak (Uncrewed Surface Vessel (USV) ) bergerak di sekitar laut Merah, Amerika cuba berhati-hati dari mencipta pemetik api perang besar-besaran. 

Houthi sepanjang minggu masih melancarkan beberapa serangan kecil dan berdasarkan kenyataan mereka masih menanti siapa yang petik pincu perang terutamanya dari Hizbullah. 

Manakala Hizbullah sebagai balas dendam kepada serangan letupan pager, telah menggunakan roket Katyusha untuk mengebom ibu pejabat perisikan utama di wilayah utara yang bertanggungjawab atas pembunuhan di pangkalan Mishar. Misi ini dipercayai berjaya membunuh IDF yang jumlahnya tidak ada secara resmi. 

Israel juga telah melancarkan serangan di Beirut hingga membunuh pegawai tertinggi Hizbullah Ibrahim Aqil. 





Dalam satu kenyataan Amerika memberitahu Israel tidak pernah melaporkan operasi ini, tetapi Israel mendedahkan Amerika telah menawarkan hadiah yang lumayan kepada sesiapa memberi maklumat kedudukan Ibrahim Aqil. Pertindihan ini menyebabkan berlaku kesangsian sama ada Amerika atau Israel yang melakukan pembubuhan itu. 

Manakala serangan hacker Israel yang meletakkan pager di Lubnan telah masuk fasa membabitkan letupan-letupan peralatan elektrik termasuk radio kereta. Kejadian serangan ini masih berlaku dan peningkatan kecederaan makin meningkat. Berikut beberapa video serangan elektronik Israel. 




Hizbullah telah mengeluarkan lapan kenyataan setakat ini, kebanyakannya menyatakan serangan menggunakan roket Katyusha. 

Ini menyebabkan Israel melaporkan telah terdapat serangan kira-kira 150 roket, sebahagian daripadanya telah dipintas, dan menjadi alasan mengapa mereka perlu tingkatkan serangan terhadap Hizbullah. 




Manakala pada 20 hb, satu Kenyataan rasmi Hizbullah mengatakan mereka melancarkan 17 serangan terhadap sasaran Israel di Galilee, Bukit Golan dan Bukit Kfar Shuba yang diduduki sepanjang hari Khamis. Tetapi sementara itu kenyataan rasmi IDF: Sejak petang, kira-kira 100 pad pelancaran tambahan dan infrastruktur ketenteraan, termasuk kira-kira 1,000 pad pelancaran Hizbullah yang sedia untuk pelancaran segera, telah diserang dan dimusnahkan oleh IDF di Lubnan Selatan. 

Kenyataan Israel itu telah dinafikan oleh Hizbullah. Malah hasil tinjauan Hizbullah menyiarkan berderetan penempatan di Matula Israel masih terbakar sejak serangan semalam yang belum dapat dipadamkan. 


Malah satu laporan radio Israel menyatakan satu depoh perkhidmatan awam Israel di Utara telah terbakar dengan teruk akibat serangan Hizbullah. 

Selain itu Hizbullah juga berjaya memintas sistem dron Israel hingga menjadikan senjata makan tuan kepada Israel. Yang meletupkan sebuah kemudahan awam. 

Selain dari itu Hizbullah juga berjaya menyasarkan ibu pejabat Komando Briged Barat yang baru ditubuhkan di Berek Yara, mengebom ibu pejabat batalion di berek Lyman dengan salvo roket Katyusha dan mengebom berek Admit dengan salvo roket Katyusha. Malah IDF juga melaporkan berpuluh-puluh dron Hizbullah menembusi ruang udara Israel tanpa dapat dipentaskan. 

Sedangkan Israel pula mengumumkan berjaya melancarkan serangan kepada 12 tempat berbeza di Lubnan, yang membabitkan penempatan awam dan tapak pelancar serangan roket. 

Sementara itu Briged Al-Qassam menyasarkan kereta kebal rejim Zionis Merkvah dengan peluru Al-Yassin 105 di timur kejiranan Al-Tanour di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza dan menyasarkan jentera tentera Zionis D9 dengan peluru Al-Yassin 105 berhampiran timur George Junction di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Ini beberapa rentetan serangan yang sepatutnya Netanyahu bawa dan sampaikan di New York hari ini. Tetapi Netanyahu menangguhkan pejalanan kerana perlu menghadiri mesyuarat Kabinet perang di Israel. 

Ini berikutan banyak laporan-laporan tentang kemusnahan di alami oleh kedua-dua pihak Israel dan Lubnan membabitkan kemusnahan awam, pengkalan tentera, elektrik dan jumlah kematian awam yang meningkat yang sudah cukup memberi gambaran perang antara Hizbullah Israel telah masuk babak kritikal yang tidak boleh diundurkan atau didamaikan lagi. 

Ramai menjangka ini bakal menjadi perang yang sebenar untuk Israel hadapi setelah hampir setahun hanya pandai menyerang dan membunuh orang-orang awam dan kanak-kanak. 

Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa 70% ubat dan 83% bekalan alatan kesihatan telah kehabisan stok, memaksa hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan untuk menangguhkan perkhidmatan kritikal.

Ia juga memberi amaran bahawa selain serangan tanpa henti Israel yang membunuh orang-orang awam dan kanak-kanak, penduduk Palestin yang terlantar cedera dan sakit adalah berisiko untuk terus berpindah-randah atas permainan jahat Israel terutamanya apabila musim hujan semakin hampir.

Ucapan Nasrallah Hizbullah, Kami berdoa agar Tuhan membantu rakyat kami di Gaza dan Tebing Barat yang sedang mengalami pembunuhan beramai-ramai di hadapan mata dunia.  

Hizbullah berharap dapat mengekalkan kepositifan ini di kalangan rakyat Lubnan dari serangan Israel, jauh daripada orang-orang remeh yang mahu memutarbelitkan suasana solidariti ini. 

Nasrallah berkata bahawa satu-satunya cara untuk mengembalikan pelarian ke utara adalah dengan menghentikan pencerobohan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. 

“Bunuhlah kami di bawah setiap runtuhan, kami tidak akan meninggalkan Palestin." Itulah yang terpapar di Beirut, Lubnan. Penutup! Kita bagaimana adakah seperti mereka yang berjihad? 

Comments

Popular Posts