Perginya Hassan Nasrallah

 Semalam adalah hari menyedihkan buat dunia Islam dengan kehilangan besar Hassan Nasrallah membuktikan pejuangan Hizbullah membela Palestin bukan sesuatu yang main-main. 

Hamas berduka atas kesyahidan pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah dalam satu kenyataan: “Kami menyampaikan ucapan takziah, simpati, dan solidariti yang tulus kepada rakyat Lubnan yang bersaudara dan saudara-saudara kami di Hizbullah dan penentangan Islam di Lubnan,” kata Hamas, beberapa saat selepas Hizbullah mengesahkan pembunuhan pemimpinnya dalam serangan Israel di Beirut semalam.

 "Kami mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan biadab Zionis ini dan menyasarkan bangunan kediaman di pinggir bandar selatan Beirut. 

Kami menganggap ini sebagai tindakan keganasan yang pengecut, pembunuhan beramai-ramai, dan jenayah kejam, yang membuktikan sekali lagi pertumpahan darah dan kekejaman pekerjaan ini," tambah kumpulan itu.

Pembubuhan terancang membabitkan sejumlah jet F35 yang telah menggugurkan lebih 80 bom berangkai jenis pemusnah bunker yang seberat 2000 paun, hingga menyebabkan HQ Hizbullah bersama 10 bagunan setinggi 10-12 tingkat lain runtuh dan meninggalkan kesan kawah tanah sedalam 40 meter. 

Kejahatan yang pengecut ini dilakukan ketika Netanyahu menaiki pentas PBB untuk berucap di ketika delegasi negara yang menentang meninggalkan dewan PBB sebagai tanda protes. 

Di pentas itu juga Netanyahu dengan bongkak mengangkat dua peta, mempamerkan negara "The Curse", negara yang memusuhi Israel dan "The Blessing", negara yang telah menormalisasikan hubungan dengan Israel, dengan melabelkan Arab Saudi sebagai salah satu daripada mereka.

Netanyahu juga mengulangi pembohongan mengenai 7 Oktober sebagai alasan untuk menyerang dan membunuh rakyat Palestin di Gaza. Malah menggunakan alasan yang sama menuntut dunia menghalalkan serangan Israel terhadap Lubnan. 

Sebelum syaitan ini naik pentas, Netanyahu memberi arahan dari New York mengarahkan pasukannya mengebom selatan Beirut di mana ratusan dibunuh dan cedera.






Bukan setakat itu, sebelum serangan khusus memburu dan membunuh Hassan Nasrallah, Netanyahu telah lebih awal mempersiapkan tentera darat melebihi satu batalion telah siap siaga di sempadan Lubnan. 

Laporan Yedioth Ahronoth Israel dan akhbar Amerika Washington Post menunjukkan penempatan sejumlah besar kereta kebal dan kenderaan tentera berhampiran sempadan Lubnan, sebagai persediaan untuk kemungkinan operasi darat di Lubnan.

Sebenarnya Israel bukan berkemungkinan lagi untuk menyerang Lubnan tetapi ini telah pasti untuk menghampuskan Hizbullah dan menjajah Lubnan. 

Menurut menteri Tok Mat Hassan di PBB, dunia tahu motif utama Netanyahu membunuh setiap pemimpin Hamas dan Hizbullah adalah untuk mengumpan Iran menyertai perang ini. Kerana Israel tidak mempunyai sebab kukuh dan tidak berani untuk menyerang langsung Iran. 

Setakat ini banyak negara anti Israel berjaya memujuk Iran supaya bersabar tetapi Tok Mat Hassan tidak pasti sampai bila Iran boleh bersabar dengan Israel. 

Amerika amat menyedari situasi ini dan bimbang Iran mula bertindak sebelum pilihanraya Amerika pada November ini. Atas sebab itu Amerika mengusulkan genjatan senjata selama 24 hari antara Israel dengan Hizbullah. Tetapi Israel awal-awal telah membantah cadangan ini. 

Di PBB Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu akan melakukan segala yang mungkin untuk menghalang penciptaan negara Palestin. Pendapat ini dinyatakan oleh ketua diplomasi EU Josep Borrell dalam temu bual dengan portal Brussels Euractiv. 

"Adalah jelas kepada semua orang bahawa kerajaan Netanyahu tidak mahu [melibatkan diri dalam rundingan] dan akan melakukan segala-galanya untuk menghalang penciptaan negara Palestin," katanya.

 Untuk tujuan itu Netanyahu mahu menghapuskan Hizbullah dan mahu jadikan Iran sebagai kambing Hitam untuk diletakkan segala-gala kesalahan di ketika Israel melenyapkan Palestin dari peta yang digantikan negara berdaulat Israel yang sepenuhnya. 

Sementara itu Arab Saudi telah mengumumkan penubuhan gabungan antarabangsa untuk mewujudkan Negara Palestin dan melaksanakan penyelesaian dua Negara. 

Menurut ketua Kementerian Luar Arab Saudi, ini adalah hasil usaha bersama antara Eropah dan negara Arab. Minggu lalu, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, sekali lagi menyatakan bahawa Kerajaan itu tidak akan menormalkan hubungan dengan Israel tanpa mewujudkan Negara Palestin. 

Malah Arab Saudi bersama-sama negara Arab lain menyelar tindakan Israel membunuh Hassan Nasrallah. Atas alasan ini sudah jelas menjawab kenapa Israel perlu mengheret Iran sebagai kambing hitam sebelum Israel benar-benar boleh tubuh negara di Bumi Palestin. 

Yedioth Ahronoth Israel telah memperincikan ucapan Netanyahu di PBB: 

Netanyahu mengiringi ucapannya dengan kata-kata khusus yang sering diulangnya... "Kemenangan mutlak" dia ulangi sebanyak 129 kali dalam ucapannya... 

Dia membandingkan Hamas dengan ISIS sebanyak 26 kali dan kemudian hilang dari ucapannya, mungkin kerana dia tidak mahu orang mengingatinya sebagai seorang yang memindahkan wang dan berunding dengan Hamas dan ISIS... 

Dia mengulangi perkataan penculik sebanyak 437 kali... 

Iran adalah paksi kejahatan dan kepala sotong dia sebut sebanyak 109 kali, dia sebut nama Qatar hanya 6 kali dan Mesir 8 kali walaupun mereka menjadi orang tengah dalam rundingan... 

Dia mengulangi kalimah itu dengan pertolongan Allah 60 kali... Rafah dia sebut 93 kali dan paksi Philadelphia 30 kali... Hamasstan dan Fatahstan 6 kali... Nazi 20 kali. 

Ini bukti jelas Israel adalah masalah utama di Timur Tengah, untuk menyelesaikan konflik perlu menghapuskan Israel. 

Menteri Kesihatan Lubnan mengumumkan: Sejak 8 Oktober, kami telah merekodkan 1,640 syahid, termasuk 104 kanak-kanak, 194 wanita dan 8,408 cedera dan masih ada mangsa di bawah runtuhan. Ini tidak termasuk serangan Israel di Beirut Semalam yang mana masih ramai mangsa di bawah runtuhan. 

Pertahanan Awam Lubnan melaporkan bahawa mereka sedang berusaha keras untuk memadamkan kebakaran yang berlaku di pinggir selatan Beirut, memindahkan mangsa yang cedera, dan mengambil mayat mangsa di tapak yang diserang Israel. . 

Gerakan HAMAS paling merasa kehilangan Hassan Nasrallah dan menyatakan:

"Jika seorang pemimpin pergi, seorang pemimpin lain akan bangkit."

Dari kanan: as-syahid Saleh al-Arouri, as-syahid Ismail Haniyyeh, as-syahid Hassan Nasrallah. 

HAMAS: Kami mengucapkan takziah dengan penuh rasa kesabaran dan pengharapan kepada Hassan Nasrallah dan keluarganya. Kami mengenang kehidupan dan perjuangan beliau yang dipenuhi dengan pengorbanan demi membebaskan Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa yang mulia.

Sikap terpuji beliau dalam menyokong rakyat Palestin dan perjuangan kami yang berani serta hak-hak kami yang sah sangat kami hargai. Kami juga menghargai tekad beliau untuk terus mendukung barisan mujahidin kami dalam perjuangan Taufan Al-Aqsa.

Antara kata-kata terakhir Setiausaha Agung Hizbullah, as-syahid Hassan Nasrallah:  

"Kumpulan mujahidin Lubnan tidak akan berhenti sebelum serangan ke atas Gaza dihentikan."

Sementara itu selatan Lubnan masih diserang oleh pesawat udara rejim Zionis!

Kawasan-kawasan yang diserang tersebut kebanyakannya merupakan kawasan pelarian Palestin yang telah dihalau sejak 1948. 

Selain itu Pesawat rejim Zionis juga sedang mengebom bandar Nabatieh dan Qabrikha di Lubnan.

Tetapi Israel lupa dan tidak sepatutnya mengalami detik seperti ini untuk merumuskan Nasrallah mungkin mati atau tidak. 

Nasrallah sama ada mati atau tidak mati, bila berlaku seperti kematian Ismail Haniyeh secara begitu sahaja, dunia memang begitu, sama ada kamu mati, atau kamu tidak mati, adakah ia akan melumpuhkan Hizbullah? 

Adakah ia akan menghentikan sebarang pertempuran Hizbullah terhadap Israel?

Ini langsung tidak akan berhenti, sentiasa ada orang lain akan mengambil tempatnya dan dunia akan terus berputar. 

Punca dalam perjuangan dan peperangan tidak ditakrifkan oleh individu, kawan. Pejuang berladaskan Islam sentiasa ada detik-detik bergembira, atau sedih, atau berasa takut, atau berasa jengkel dalam setiap dugaan dan cabaran. Tetapi pernah lihat tak pejuang Islam keletihan atau kecewa, tidak sebab mereka percaya yang pergi telah syahid dan bakal menikmati dengan apa dijanjikan Allah. 

Sedangkan Hizbullah, Houthi, Iraq, Syria dan Hamas telah mengatakan dari awal-awal lagi, mereka berdiri di medan perang telah bersedia mati untuk kemerdekaan Palestin. 

Sekarang sudah jelas perjuangan 5 kumpulan Bersaudara bukan main-main walaupun ada yang menyelar mereka Syiah talibarut Israel tetapi hanya mereka Saban hari kehilangan seorang demi seorang dan alasan apalagi untuk menjelaskan kepada yang tidak yakin perjuangan mereka. 

Hari ini Presiden Iran Masood Pezeshkin berkata: AS mengarahkan pembunuhan Nasrallah.... Washington tidak akan dapat melepaskan dirinya daripada tanggungjawab atas pembunuhan pemimpin Hizbullah. 

Ada 4 mesyuarat besar-besaran sedang berlaku di Yaman, Lubnan, Iraq dan Iran. Kita nantikan apa yang bakal berlaku di hadapan. 

Comments

Popular Posts