Hizbullah berjaya buat Israel Kucar-kacir
Israel & kumpulan pengganas yang disokong NATO telah melakukan percubaan untuk menghidupkan semula kekacauan di Syria.
Beberapa sumber di Syria memaklumkan bahawa militan pengganas di Syria, beberapa cawangannya disokong oleh Israel dan negara-negara NATO seperti Turki, berhasrat untuk menghidupkan semula aktiviti pengganas mereka di Syria dan beroperasi menentang Axis Resistance dan sistem politik Syria dalam mengambil kesempatan daripada Suasana perang rejim Israel terhadap Lubnan.
Sebahagian daripada situasi ini bermula pada Februari 2024, apabila rejim Israel mencadangkan kepada beberapa militan pengganas di Syria untuk bekerjasama di bawah rangka operasi yang disokong oleh A.S..
Matlamat mereka untuk mewujudkan huru-hara di wilayah selatan Syria, seperti Suwayda, Daraa, dan Quneitra, dan mewujudkan zon penampan yang memihak kepada rejim Israel. Tetapi rancangan ditangguhkan sementara waktu oleh AS berikutan ketegangan Timur Tengah diluar kawalan.
Bagaimanapun, rejim Israel secara diam-diam cuba mengembangkannya program ini sebagai kesempatan daripada Operasi serangan berterusan Israel terhadap Lubnan. Israel mengaturkan kedudukan kumpulan pengganas ini beroperasi di utara dan selatan menentang sistem politik Syria dan Axis Resistance, termasuk menentang Hizbullah di Lubnan.
Laporan terbaru daripada sumber menunjukkan bahawa dalam tiga minggu yang lalu, tiga kumpulan pengganas—Jabhat Shamiya, Nour al-Din al-Zenki, dan Hay'at Tahrir al-Sham—telah mencapai kesepakatan untuk memulakan provokasi mereka yang diselaraskan dengan strategi Israel.
Pakar Syria menekankan bahawa sebarang tindakan oleh kumpulan pengganas ini yang memihak kepada rejim Israel akan menghadapi reaksi serius daripada negara-negara bersekutu dengan Iran, dan sebahagian besar tanggungjawab terletak pada negara yang menyokong mereka.
Pada situasi lain Wartawan Al-Manar: “Exis Resistance telah mengesan pasukan musuh Israel yang menyusup dari belakang kedudukan pasukan antarabangsa di Labouneh.
Hizbullah telah berjaya menanganinya dengan senjata yang sesuai dan menyebabkan kematian Israel yang disahkan, termasuk seorang maut dan seorang cedera, yang memaksa pasukan musuh yang menyusup untuk berundur di belakang tembok sempadan dari tempat ia menyusup.”
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Bilik Gerakan Hizbullah: “Pejuang Islam telah mengesahkan apa yang dikeluarkan oleh Timbalan Setiausaha Agung Hizbullah, Mujahid Sheikh Naim Qassem, mengenai kesediaan pasukan peluru berpandu untuk menyasarkan setiap tempat di Palestin yang diduduki yang diputuskan oleh ke pimpinan tertinggi melalui perintah dan sistem kawalan yang telah kembali lebih kuat dan lebih kukuh daripada sebelumnya.
Kegigihan musuh Israel dalam menyerang orang-orang terpenting Hizbullah di semua bahagian di Lebanon. Akan menjadikan Haifa dan tempat-tempat lain dilengkapi pelbagai peluru berpandu terbaik seperti Kiryat Shmona, Metula, dan penempatan sempadan lain dengan Lubnan untuk menangani strategi Israel.
Semalam Selasa, Pejuang Islam telah berjaya mengesan pergerakan IDF yang cuba menyusup secara secara senyap-senyap, telah dikejutkan dengan hendap Hizbullah yang menggunakan kamikaze Dron.
Serangan tanpa diduga ini menyebabkan percubaan tentera elit Zionis untuk menyusup dan menduduki beberapa perkampungan selatan di barisan hadapan berhampiran Palestin, telah gagal.
Dalam strategi peperangan yang tidak pernah didugai oleh musuh sehingga ke tahap IDF bergelimpangan melarikan diri bersembunyi di sebalik kedudukan UNIFIL untuk menyelamatkan diri. Mereka berselindung di sebalik di laluan-laluan yang tidak kelihatan oleh pihak Lubnan,
Namun taktik persembunyian mereka tidak berjaya untuk kekalkan persembunyian dengan harapan cuba menceroboh masuk buat cubaan kedua terhadapperkampungan Hizbullah.
Mereka tidak sedar yang Hizbullah telah mempersiapkan satu modus operandi serangan tidak terduga hingga mengakibatkan mereka mengalami kerugian besar melebihi 35 orang mampus dan 200 orang cedera daripada pegawai dan askar elitnya.
Pada lokasi yang lain berdasarkan laporan Al-Manar: “Pasukan Israel cuba menyusup dari kawasan Al-Mushairfa di Ras Al-Naqoura. Hizbullah terlebih dapat mengesan penyusupan Israel dan menyasarkannya dengan peluru berpandu salvo, hingga menyebabkan sebahagian daripada mereka mampus dan cedera. Susulan serangan balas secara tiba-tiba ini menyebabkan tentera Israel terpaksa dibawa keluar melalui pertolongan helikopter.
Terdapat sebuah Helikopter Israel terhempas di sempadan Syria dan Lubnan Media rejim Zionis melaporkan bahawa sebuah helikopter milik rejim ini telah terhempas di bandar Syria "Beit Jinn" berhampiran kawasan "Jabal al-Sheikh" yang terletak di sempadan dengan Lubnan. Menurut laporan Al-Nashrah.
Media rejim Zionis mendakwa helikopter ini terhempas kerana masalah teknikal. Tetapi Helikopter ini sebenarnya dipercayai terhempas setelah kena tembakan peluru anti helikopter dari darat.
Ada satu kisah lawak! Semalam, sekumpulan IDF cuba memasuki kawasan sebuah taman Iran yang terletak di sempadan Israel dengan membabitkan kereta kebal dan perisai.
Kononnya untuk membalas dendam atas serangan Iran sebelum ini, kemarahan mereka dilempias dengan merodok setiap pokok, tumbuhan dan binaan di taman itu.
Tak lama cubaan mereka terhenti dan cabut lari selepas diserang roket dan mortar daripada tentera Hizbullah, tak pasal-pasal 3 ekor mampus, berbelas cedera dan sebuah tank Merkava tersadai ditinggalkan mereka.
Akibat tindakan bodoh mereka ini juga, semasa mereka melarikan diri telah membawa Hizbullah menemui sekumpulan IDF berkumpul bersama-sama kelengkapan tentera besar membabitkan Tank, Kereta Perisai dan Truk sedang berselindung disebalik lereng-lereng bukit yang tersembunyi di kawasan berhampiran Taman Iran iaitu bahagian selatan Bandar Maround Al As. Ini mengakibatkan kumpulan tersebut terjebak dan terkepung dalam serangan dari pelbagai sudut oleh Hizbullah. Mengakibatkan beberapa tank tersadai ditinggalkan sementara yang lain melarikan diri bergelimpangan tanpa arah dan ada yang sempat keluar dengan kereta perisai dan Truk.
Dari Sumber Ibrani pula: Hizbullah melancarkan lebih 200 roket ke arah utara Palestin yang diduduki dan menduduki Golan Syria. Ramai mangsa telah dilaporkan di dalam bandar Safad.
Berdasarkan laporan sama terdapat banyak infrastruktur dan perumahan awam terkena serangan ini. Berikutan terdapat laporan Iron Dom Israel di kawasan Utara tidak lagi berfungsi. Siasatan awal mungkin akibat serangan elektronik atau sabotaj, tetapi mereka juga tidak menolak kemungkinan kerosakan berpunca dari penggunaan yang melampau atau sememangnya sebahagian dari Iron Dom telah musnah ditembak Hizbullah.
Sumber Ibrani cuba menerbitkan berita kononnya sistem pertahanan Israel gagal tetapi IDF menghalangnya.
Berdasarkan laporan yang dihalang mereka telah membayangkan bahawa sistem pertahanan udara mereka di Kiryat Shmona tidak wujud lagi kerana ia mungkin musnah akibat serangan bertubi-tubi Hizbullah.
Selain itu salah satu Iron Dom di Haifa telah mengalami kerosakan mekanikal kerana tidak semena-mena telah menembak tanpa tujuan hingga mengenai kawasan perkuburan yang dihadiri oleh beberapa warga awam yang melawat perkuburan tentera IDF yang mampus dalam perang.
Ketika Penapisan IDF telah menghadkan penerbitan berita daripada sumber Israel mengenai situasi serangan di utara
Israel telah mengambil langkah penapisan yang ketat sehingga mereka perlu menyemak setiap siaran dengan IDF sebelum menerbitkan ke dalam telegram. Malah lebih ketat dari sejak selepas serangan kedua Iran. Ini dipercayai situasi ketenteraman awam di Israel semakin kucar-kacir hingga kadar trauma dikalangan warga mereka meningkat terlalu pantas tanpa kawalan.
Pada satu kejadian lain seekor lagi perisik Israel bernama Yehoshua Tartkovsky, telah ditangkap oleh pasukan keselamatan Hizbullah di Beirut malam tadi.
Tartkovsky baru-baru ini memasuki Lubnan dengan menyamar sebagai wartawan dengan pasport Inggeris. Bagaimanapun anggota keselamatan Hizbullah telah berjaya mendedahkan identiti sebenar dengan menemui pasport Israelnya.
Dalam satu kenyataan media Hizbullah mengulangi apa yang kami katakan pada hari-hari pertama dalam operasi menuntut kemerdekaan Palestin, kesiapsiagaan Hizbullah adalah diluar dari apa Israel tahu tentang kami.
Hizbullah telah menerbitkan rakaman yang menunjukkan sebuah drone peninjau "Hodhod", yang berjaya membuat tinjauan dan pemertaan terhadap pangkalan tentera penting dan ibu pejabat rejim Zionis di wilayah "Haifa" dan "Al-Karmel" tanpa dikesan atau dipintas oleh radar tentera Israel dan akhirnya selamat pulang ke rumahnya di Lubnan.
Kenyataan Briged Al-Quds: Kami menembak jatuh tiga dron Zionis semasa mereka menjalankan misi risikan di langit Khan Yunis. Selain itu unit ini juga telah melancarkan operasi serangan darat terhadap saki-baki tentera Israel yang masih beroperasi Khan Yunis. Apa yang menarik kerana sebahagian besar tentera Israel di alihkan ke Utara menyebabkan kebanyakan saki baki yang tinggal menjadi bermasalah untuk mempertahankan diri.
Walaubagaimanapun Israel masih menumpukan serangan udara terhadap orang-orang awam di Khan Yunis. Yang mengakibatkan kematian sering berlaku Saban hari.
Dari perkembangan bilik kabinet perang Israel pula, Netanyahu menangguhkan dan membatalkan perjalanan menteri pertahanan Israel terbang menemui Biden kerana Amerika tidak menjawab kelulusan membalas dendam serangan peluru balistik hipersonik Iran.
Tetapi Jurucakap Rumah Putih: Bertentangan dengan apa yang media Israel katakan, Gallant tidak dijemput ke Amerika oleh kami, kecuali dia sendiri yang memandai menjemput dirinya ke Amerika, sudah tentu, kami sentiasa gembira untuk menjadi tuan rumah tetamu walaupun tidak diundang.
Netanyahu ketika ini bukan sahaja menghadapi masalah dengan mendapat pertolongan Perancis dan UK, malah Amerika juga keberatan untuk membantu Israel menyerang Iran. Manakala Israel sendiri tidak ada keyakinan untuk bertindak sendirian tanpa pertolongan sekutu.
Difahamkan masalah utama sekutu Israel enggan membantu Israel menyerang Iran adalah kerana Teluk Oman menjadi laluan penting melibatkan 20% dagangan minyak dunia terutamanya bagi pasaran barat dan Asia.
Jika Iran dan Israel secara resmi berperang akan menyebabkan ekonomi dunia menjadi kucar-kacir dan kesan paling teruk membabitkan Eropah, Asia termasuk Malaysia.
Difahamkan juga, ada sebahagian besar dari kabinet perang Israel mendesak Netanyahu terus melakukan operasi serangan ini tanpa sekutu tetapi Netanyahu belum dapat membuat apa-apa keputusan.
Sementara jet pejuang Israel telah mengebom sebuah apartmen penempatan awam di Dimascus. Dalam kenyataan Netanyahu jika kami tidak dapat Hizbullah maka orang-orang awam Lubnan sasaran kami.
Kemarahan Netanyahu semakin memuncak apabila mendapat laporan-laporan setiap hari sepanjang Oktober jumlah tentera Israel yang mampus sekurang-kurangnya 40-100 ekor dan kecederaan mencecah lebih 100 sehari. Kehilangan aset kereta kebal, artileri, kereta perisai, helikopter dan iron Dom juga semakin meningkat dengan ketara.
Untuk menjawab ugutan Netanyahu terhadap Hizbullah dan Lubnan, kenyataan Hezbollah dengan menayangkan video dari drone Hodhod telah menunjukkan Israel mempunyai pemasangan tentera di atas Universiti Haifa, menggunakan pelajar sebagai perisai manusia untuk aktiviti keganasan IDF di Lubnan.
Hizbullah memberi mesej kepada Netanyahu yang Universiti Haifa merupakan sasaran yang sah untuk serangan yang menggunakan dron kamikaze atau peluru berpandu jelajah atau peluru balistik Hipersonik Hizbullah terhadap universiti tersebut.
Bukan setakat itu Hizbullah mengambarkan itu hanya salah satu dari berpuluh-puluh target lain yang sah untuk serangan Hizbullah.
Selain dari itu laporan kemampusan tentera akibat serangan Mujahidin Iraq juga meningkatkan dari hari ke hari. Berdasarkan laporan Laman web Walla Israel: Askar di dataran tinggi Golan mengadu tentang kekurangan perlindungan daripada dron yang datang dari Iraq.
Iraq dikatakan sering melancarkan serangan menggunakan kamikaze dron terhadap tentera Israel yang berkampung di Bukit Golan hingga memaksa mereka berpindah rendah tanpa mengira waktu malah ada kala berkali-kali dalam sehari.
Serangan ini walaupun kecil tetapi boleh meragut nyawa dan kemusnahan aset dalam skala kecil tetapi kerap dengan ketepatan serangan. Lebih menakutkan serangan ini berlaku secara tiba-tiba tanpa sempat berbuat apa-apa.
Iraq dalam menjawab ugutan Netanyahu berkata mereka telah bersedia untuk memasuki sempadan Israel melalui darat dan serentak dengan serangan udara.
Sementara itu Iran telah mengeluarkan amaran keras kepada negara-negara Arab yang membenarkan peluru berpandu atau pesawat pejuang Israel melalui ruang udara mereka untuk menyerang Iran akan dianggap sebagai sebahagian musuh Iran.
Iran juga berkata peningkatan serangan orang-orang awam di Lubnan memberi hak yang sah untuk Iran melancarkan serangan yang ketiga.
Ini menyebabkan sekutu Israel menjadi bertambah pening untuk membuat keputusan sama ada bantu Israel atau tidak. Kerana kesan perang Israel Iran adalah ditakuti sekiranya melangkaui apa yang mereka jangkakan.
Bukan setakat sekutu tetapi dalam pendebatan besar dalam Kabinet Perang semakin memeningkan.
Berdasarkan sumber penasihat keselamatan kanan Israel memberitahu Yedioth Ahronoth: - "Israel" berperang di Semenanjung Gaza setahun lalu dengan dua objektif utama: mendapatkan pembebasan tawanan dan membongkar keupayaan Hamas.
Selepas gagal mencapai salah satu daripada objektif ini, "Israel" mengalihkan tumpuannya ke hadapan utara, menambah matlamat ketiga: kepulangan peneroka utara.
Walau bagaimanapun, tidak jelas bagaimana ia akan mencapai matlamat ini. "Israel" berkemungkinan akan berundur lagi dari Gaza dan Lubnan, kali ini mengalihkan tumpuannya kepada Iran, berhasrat untuk menyerang dan menambah objektif baharu kepada peperangan yang masih belum mencapai sebarang matlamatnya.
Ada pihak yang percaya bahawa kemenangan di bahagian utara boleh menyimpulkan bahagian hadapan selatan, dan kini mereka berpendapat bahawa memberikan tamparan tegas kepada Iran mungkin menamatkan bahagian depan utara, yang seterusnya akan menamatkan bahagian depan selatan.
Tetapi ini hanya bermakna membuka lebih banyak bahagian depan. - Kekurangan strategi yang jelas di Gaza telah bertukar menjadi strategi sendiri; terdapat jurang yang ketara antara keupayaan tentera dan perisikan yang luas untuk mencari sasaran dan ketidakupayaan untuk menterjemahkannya ke dalam dasar, perjanjian dan resolusi.
Ketiadaan strategi telah beralih daripada isu taktikal kepada isu strategik; perang tidak lagi mempunyai sempadan yang jelas, dan juga tidak jelas ke mana ia akan membawa kita.
Maka sedar tak doa kita dalam Qunut Nazilah sedikit demi sedikit dimakbulkan.
Comments
Post a Comment