Kekalahan demi kekalahan Israel Yang dirahsiakan
Sudah masuk 11 hari selepas serangan Iran terhadap Israel pada 1 Oktober lalu, tetapi sehingga hari ini Israel masih gagal untuk memulakan serangan balas terhadap Iran.
Sehingga Iran mula memperolok-olokkan dalam bahasa halus Israel seperti sebuah cermin yang sudah retak dan hancur berkecai bila serangan bersepadu bermula.
Ini beberapa faktor-faktor utama yang Israel sembunyikan sejak dari serangan kedua Iran tempoh hari. Jumlah kemusnahan jet pejuang F35, F15&16 Israel telah musnah pada serangan tersebut sebenarnya mencecah sekurang-kurangnya 80 unit dan 30 unit daripadanya adalah membabitkan F35.
Apa yang tidak diberitahu Israel, serangan Iran diketika bukanlah serangan sekadar peluru balistik hipersonik semata-mata tetapi serentak dengan serangan Elektronik dan hacker terhadap Israel.
Ini bermaksud Iran pertama kali menggunakan kaedah Perperangan Elektronik walaupun tidak mempunyai pesawat khusus untuk itu tetapi berjaya menggunakan kaedah spektrum elektromagnet (SEM) untuk melumpuhkan sistem pertahanan Israel sewaktu serangan peluru Hipersonik dilancarkan dan tepat mencapai sasaran.
Persoalan di sini, Iran tidak mempunyai kemahiran mencipta teknologi ini dan tidak mempunyai kelengkapan Pesawat Peperangan Elektronik seperti jet pejuang Su-30SM2 milik Russia atau F18 milik AS. Ini bermaksud ada pihak lain yang terlibat dalam serangan 1 Oktober itu. Atau ada teknologi dron dari Iran yang mempunyai kelengkapan peperangan elektronik?
Tetapi mudah faham kenapa tiba-tiba Israel bertindak menyerang pengkalan tentera Russia di Syria pada minggu lalu, sedangkan sebelum ini Amerika pun tidak berani hendak sentuh.
Ini 2 perkara yang menghalang Israel untuk balas dendam kepada Iran,
1. Kehilangan sebahagian besar jet pejuang menyebabkan operasi udara Israel perlu dihadkan kepada yang mudah ditangani dan tidak mempunyai risiko tinggi.
2. Sebab penggunaan sistem peperangan Elektronik Iran telah melumpuhkan 3 lapis sistem pertahanan udara Israel dan difahamkan sehingga hari ini masih ada sistem pertahanan udara Israel gagal berfungsi walaupun telah diperbaiki tetapi kembali menjadi tidak berfungsi bila tiba waktu diperlukan.
Kelemahan ini telah memberi peluang besar-besaran 5 kumpulan bersaudara melakukan serangan tepat dengan menggunakan peralatan murah seperti roket-roket, peluru berpandu jarak pendek dan dron berkelajuan rendah tetapi tepat sampai ke sasaran.
Ini dibuktikan apabila dalam serangan minggu ini oleh Hizbullah telah memusnahkan puluhan bagunan membabitkan kepentingan Israel dan ratusan penempatan dan infrastruktur awam musnah atau terbakar akibat serangan Hizbullah.
Hari ini sahaja lebih 140 serangan dari Hizbullah terhadap Ashkelon yang sebahagian besarnya mengena sasaran. Namun dinafikan IDF yang mengatakan 80 berjaya dipintas.
Media Ibrani mengecam Netanyahu kerana kegagalan membaiki sistem pertahanan Israel hingga julung-julung kali Hizbullah berjaya memusnahkan 19 bagunan berkaitan kepentingan Israel dalam tempoh sehari pada hari ini. Ini bercanggah kepada kenyataan IDF yang mengatakan 80 berjaya dipintas dan bakinya tersasar meletup di luar kawasan.
Malah IDF juga terlepas siarkan sebelum dipadam, jumlah kematian membabitkan tentera dan orang awam sejak 1 Oktober melebihi 3000 ekor tidak termasuk yang mampus dari serangan darat di sempadan Lubnan dan Gaza.
Ini bermaksud dalam serangan Iran kali kedua paling ramai yang mampus tetapi disembunyikan. Kemampusan ini membabitkan tentera bahagian juruteknik, pilot, tentera pengawal yang membabitkan pelbagai kedudukan pangkat.
Mujahidin Iraq pula berjaya menyerang penempatan tentera Israel di Bukit Golan yang bertujuan berkumpul untuk menceroboh sempadan Lubnan tetapi sepanjang minggu ini lebih 20 kali mereka berundur keluar hingga hampir-hampir dibatalkan berikutan kadar kematian tentera yang meningkat dianggarkan lebih 100 ekor tetapi disembunyikan Israel. Itu belum campur jumlah aset tentera seperti Tank, Perisai dan Artileri yang musnah akibat serangan dron murah tetapi Israel gagal kesan kehadirannya kerana kesan dari serangan Iran 1 Oktober.
Berdasarkan laporan Media Israel, serangan dron daripada Mujahidin Iraq mengakibatkan kematian dua askar dan kecederaan kepada 23 yang lain di pangkalan di Dataran Tinggi Golan semalam (10/10/24) Tetapi berdasarkan laporan Muhyiddin Iraq angka kematian adalah lebih 20 ekor.
Manakala Houthi semakin menggila dalam teknologi peperangan. Sebelum ini buat julung-julung kali Houthi berjaya menjatuhkan Pesawat peperangan elektronik milik Tentera Laut Amerika Syarikat, EA-18G “Growler” (varian kepada F/A-18 Hornet) dengan menggunakan senjata yang dibekalkan Russia dan Houthi juga julung-julung kali berjaya melancarkan 2 siri serangan menggunakan peluru balistik Hipersonik menembusi ruang udara Israel dari jarak 1200km.
Ini membuktikan serangan fasa 5 yang dimaksudkan Houthi bukan seseuatu yang boleh dipandang mudah oleh Israel atau Amerika. Kerana semalam sebuah kapal tangki minyak Amerika telah terbakar diserang Houthi walaupun diiringi 2 kapal perang jenis Frigat Amerika. Kegagalan menangkis serangan menyebabkan Amerika perlu melihat semula kemampuan mereka untuk terus berada di Timur Tengah.
Lebih-lebih lagi Iran yang telah mengeluarkan satu kenyataan keras kepada semua negara yang membenarkan ruang udara mereka untuk memberi laluan serangan Israel terhadap Iran dan mana² serangan pengkalan tentera Amerika di dalam negara Arab terhadap Iran akan mengakibatkan negara itu mengisytiharkan perang secara automatik dengan Iran.
Di sini ada 3 sebab menyebabkan berlakunya perubahan geopolitik Arab.
1. Serangan 1 Oktober Iran terhadap Israel menggunakan balistik hipersonik, peperangan elektronik dan Hacker hingga melumpuhkan sistem pertahanan Israel untuk jangka panjang, menjadi satu amaran yang kemampuan Iran amat-amat merisikokan keselamatan negara-negara Arab jika tidak berkecuali dalam hal ini.
2. Kelumpuhan tentera Udara Israel tidak menjamin kemampuan Israel untuk menang.
3. Strategi Hizbullah yang sebelum ini berjaya memusnahkan 15 pusat pentadbiran Mossad telah menyebabkan sistem risikan Israel menjadi lemah, amaran serangan menjadi lembab dan tidak konsisten.
Oleh itu negara-negara Arab tidak memandangkan risiko dari Iran semata-mata sebaliknya gabungan Axis Resistance benar-benar penuh strategi tersusun hingga menyebabkan musibah demi musibah menimpa Israel. Jika media tidak menyekat penyebaran maklumat, gambaran sebenar kedudukan Israel hampir sama dengan kemusnahan dihadapi Lubnan.
Merujuk Kenyataan bekas Perdana Menteri Israel, Israel telah diambang kerosakan yang teruk. Ini merujuk kepada perancangan kabinet perang Israel ketika ini sudah kehilangan arah tuju dalam membuat strategi pertahanan dan peperangan.
Sistem pentadbiran ibu pejabat perang Israel telah kehilangan banyak maklumat dan penyampaian maklumat secara tepat.
Ini dibuktikan apabila julung-julung kali pasukan Briged kecil Al Qassam pada 9-10 Oktober telah berjaya menjatuhkan 3 dron perisikan Israel di Jabalia. Ini telah menyebabkan ibu pejabat risikan Mossad gagal memberikan maklumat tepat dalam mobilisasi seseuatu unit.
Hinggakan satu konvoi membabitkan 12 kenderaan yang 3 di antaranya adalah kereta kebal Merkava. Telah terkena serangan hendap oleh Al Qassam.
Dalam tragedi ini konvoi ini telah keliru dengan arahan yang dipintas oleh unit kepakaran Al Qassam hingga mereka terumpan masuk ke laluan yang telah dipasang bahan letupan buatan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan bom Israel yang tidak meletup yang dinamakan Ashwaf.
Telah mengakibatkan beberapa kereta perisai, truk dan jeep yang membawa tentera darat meletup dalam ledakan kuat. Dalam kekalutan itu Al Qassam telah melepaskan serangan Bazooka Yasin 105 terhadap 3 buah kereta kebal Merkava hingga menyebabkan letupan dan terbakar.
Setelah itu beberapa askar yang masih terselamat meninggalkan kesemua 12 kenderaan tersebut dan melarikan diri dalam keadaan serangan jarak sifar untuk bersembunyi di sebalik runtuhan bangunan yang berhampiran dengan laluan tersebut.
Tetapi semasa cubaan melarikan diri seperti biawak terkejut, satu demi satu rebah akibat tembakan dan mana-mana yang sempat cuba bersembunyi dicelah-celah runtuhan turut terkena tembakan Bazooka Yasin 105 dan lotaran bom tangan.
Situasi serangan ini berlaku agak lama sehingga sempat menanti kedatangan helikopter tempur Israel tetapi terpaksa berundur meninggal konvoi tadi apabila tidak berani menghadapi tembakan Bazooka Yasin 105 yang bertalu-talu.
Al Qassam terpaksa meninggalkan lokasi selepas tamat secara serta-merta kerana telah menduga kehadiran 2 jet F15 sejurus mereka keluar, yang melepaskan tembakan bom di kawasan tersebut dan mengenai kedudukan konvoi yang musnah.
Dianggarkan dalam konvoi itu mempunyai 80 anggota dan tiada satu pun yang selamat tetapi dalam kenyataan Israel hanya 3 ekor yang mampus.
Situasi ini menunjukkan runtuhnya sistem penyampaian maklumat Israel dalam mengaturkan setiap pegerakan tentera terutamanya tentera darat dalam melaksanakan sebarang operasi mengikut strategi perang mereka.
Situasi yang sama berlaku di antara sempadan Israel dan Lubnan sejak seminggu lalu, kerana kepakaran Hizbullah, Iraq dan Hamas menggodam atau memintas komunikasi antara darat dan pusat pentadbiran tentera menyebabkan banyak kekeliruan dalam menerima arahan. Yang akhirnya tentera-tentera ini masuk perangkap sebelum terkena serangan hendap.
Untuk semalam Hizbullah telah memusnahkan 5 dan 3 unit kereta kebal Merkava di 2 lokasi berbeza dengan menggunakan modus operasi yang sama dengan Al Qassam. Manakala Mujahidin Iraq telah memusnahkan 2 kereta kebal Merkava di Bukit Golan.
Dalam 3 operasi ini dianggarkan sekurang-kurangnya 60 ekor IDF mampus membabitkan serangan Hizbullah dan Iraq.
Dalam satu senario lain, minggu lepas ada 12 ekor IDF yang berjaya melarikan dari kepungan serangan hendap Hizbullah yang menyebabkan 30 IDF mampus tu iaitu dalam sempadan Lubnan berhampiran sempadan Israel.
Mereka telah bersembunyi di dalam perkemahan badan UNIFIL. Tetapi semalam setelah mereka gagal mendapat pertolongan dari pusat pentadbiran tentera Israel. Mereka bertindak membunuh beberapa anggota UNIFIL kerana berlaku beberapa pertelingkahan sebelum lari menyusuli hutan berhampiran, tetapi setelah menyedari ada kelibat tentera Hizbullah, mereka lari memasuki semula ke kawasan penempatan lain yang berhampiran.
Akibatnya ketika melalui di belakang sebuah lorong antara bagunan penempatan setinggi 3-4 tingkat. Mereka terperangkap dengan kepungan Hizbullah menyebabkan berlakunya pertempuran terbuka yang menyebabkan 12 ekor itu mampus akibat tembakan terbuka dan penembak tepat.
Senario yang berulang-ulang sejak serangan Iran telah disedari Amerika. Sebab itu dalam perbualan talifon Netanyahu, Biden tidak bersetuju Israel menyerang Iran diketika ini dan Amerika tidak bersedia untuk membantu.
Ini berikutan keadaan pertahanan Israel yang semakin goyah dan perubahan geopolitik di tanah Arab.
Ketika 11 hari Israel terlewat menyerang Iran kerana menyelesaikan isu pertahanan dan serangan Israel. Iran telah menerima bantuan sistem pertahanan udara, sistem pertahanan peperangan elektronik, radar dan senjata-senjata baru yang berlipat kali ganda dari sebelumnya. Kesungguhan Russia membantu Iran setelah Israel menyerang pengkalan tentera Russia di Syria adalah membimbangkan Amerika.
Menurut pengalisan media Barat, kekuatan pertahanan dan serangan Iran ketika ini ditahap maksimum melebihi keupayaan Israel bukan menakutkan Amerika malah negara-negara Arab lain sudah berpusu-pusu menghatar pewakilan kepada Iran untuk membincangkan isu Timur Tengah.
Akibatnya banyak negara-negara Arab yang sebelum ini bersedia menjadi tembok penampan serangan Iran, kini mula teragak-agak untuk turut serta malah lebih memilih berkecuali yang mana Israel juga tidak mendapat kebenaran ruang udara mereka digunakan dan Amerika tidak dibenarkan menggunakan pengkalan tentera mereka di dalam negara Arab.
Ini menyebabkan Amerika terpaksa menghantar wakil berunding kembali dengan negara-negara Arab yang sebelum ini bersetuju tetapi beralih arah. Manakala Netanyahu dalam perbualan telefon menuduh Amerika sengaja menolak kerjasama menyerang Iran sebaliknya bertemu negara-negara Arab untuk rundingan genjatan senjata. Walaupun Amerika menafikan tetapi ini menjadi satu pertelingkahan panjang Israel setelah bertelingkah dengan UK dan Perancis yang ketika ini enggan untuk membekalkan senjata untuk Israel lagi.
Sedangkan di German menjadi pendebatan panjang dalam parlimen untuk menentukan perlukah German terus membekalkan senjata kepada Israel setelah tekanan dunia semakin kuat yang boleh menjejaskan ekonomi German. Ketika ini Australia, UK dan Perancis telah merasai tekanan dunia yang semakin telah merugikan mereka dari pelbagai sudut menyebabkan mereka perlu kaji semula peranan membantu Israel.
Tidak ada masalah untuk mempertahankan Israel dari serangan tetapi jika Israel menyerang Iran kesan ekonomi dunia akibat kehilangan sumber-sumber pembekal minyak melalui Teluk Oman akan memberi impak buruk yang besar buat Eropah.
Rentetan itu negara-negara di bawah Nato mula melihat perlunya memujuk Iran dan menghalang keganasan Israel bermaharajalela. Kerana jika Iran dan Israel berperang ekonomi Russia akan meningkat dengan mendadak kerana terputus pembekalan minyak 20 % di Teluk Oman. Akibatnya adalah lebih teruk jika Ekonomi Russia semakin kuat.
Lebih-lebih lagi Israel sudah semakin mengganas tanpa boleh dikawal oleh sesiapa pun telah menyebabkan negara-negara di bawah Nato bimbang sesuatu lebih besar mengancam keamanan dunia.
Salah satu tindakan yang luar kawalan adalah 2 insiden pembunuhan petugas UNIFIL. Yang pertama membabitkan 12 IDF yang mampus dan yang kedua membabitkan letupan dari 2 kali serangan udara dalam tempoh 48 jam.
Sehinggakan Presiden Perancis Emmanuel Macron, perdana menteri Itali Georgia Meloni dan perdana menteri Sepanyol Pedro Sánchez mengeluarkan kenyataan bersama mengecam penyasaran UNIFIL oleh IDF.
"Kami menyatakan kemarahan kami terhadap kecederaan yang dialami oleh beberapa pasukan pengaman di Naqoura.
Serangan ini merupakan pelanggaran serius terhadap kewajipan Israel di bawah Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701 dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Serangan ini tidak wajar dan mesti dihentikan serta-merta", kata mereka.
Kemarahan ini juga membabitkan dari pelbagai negara termasuk pegawai UN, Russia, China dan berpuluh-puluh negara lagi yang sukar untuk Amerika tangani.
Dan kenyataan terbaru Iran yang melihat situasi tidak terkawal Israel, mengatakan Iran bersedia akan bertindakbalas kekerasan secara paksa terhadap sebarang pencerobohan Israel tanpa pedulikan risiko membawa kepada peperangan besar-besaran.
Presiden Rusia Putin: "Kami (Russia dan Iran) bekerjasama secara aktif di arena antarabangsa dan penilaian kami terhadap acara yang berlaku di dunia selalunya sangat rapat."
Kenyataan Al Jazeera memetik Presiden Iran: "...Iran dan Rusia mempunyai keupayaan bersepadu." Mereka bertemu di ibu kota Turkmenistan Ashgabat untuk sidang kemuncak serantau.
Dalam kalut-kalut di Timur Tengah ada Mamat sedang boring di Korea Utara tak semena-mena hantar dron peninjau masuk Korea Selatan sampaikan Korea Selatan telah mempersiapkan ketenteraan tahap 2-3. Mungkin dah bosan menunggu panggilan telefon tak bunyi² kot tu tak pasal hantar dron masuk Korea Selatan.
Comments
Post a Comment