Lebih 165 Mampus, Cubaan Israel Ceroboh Lembah Bekaa Lebanon


Israel telah membuat satu tindakan yang bodoh, apabila menggerakkan 2 unit tentera darat menceroboh Lembah Bekaa Lubnan. Tidak dapat dipastikan berapa ketenteraan darat yang menyertai operasi ini yang bertujuan untuk membuat serangan hendap terhadap anggota Hizbullah yang dipercayai kawasan tapak perlepasan roket dan peluru berpandu Hizbullah terhadap Israel. 

Israel percaya dapat melumpuhkan unit Hizbullah yang bertanggungjawab menyasarkan pinggir bandar Tel Aviv dan Safed dengan peluru berpandu "Qader-2". 

Ada satu laporan mengatakan mereka dari unit payung terjun yang dijatuhkan kepada 2 lokasi berbeza di waktu malam bagi mengelak dikesan Hizbullah. 

Tindakan ini menjadi satu yang bodoh apabila dipercayai sebahagian besar penyertaan tentera tersebut terdiri dari mereka baru di rekrut selepas 7 Oktober. 

Ini menyebabkan operasi yang dijangkakan mampu menyerang hendap Hizbullah bertukar kepada mereka terperangkap dalam serangan mengejut dari Hizbullah. 

Akibatnya sekurang-kurangnya 45 ekor mampus dan lebih dari 80 ekor cedera parah hingga memaksa helikopter berulang-alik membawa keluar mangsa 

Manakala satu unit lagi menyebabkan helikopter dan askar IDF terdesak untuk menarik mangsa dari segi tiga Aita al-Shaab-Ramya-Qawzah. 


Difahami unit kedua ini mempunyai kaitan dalam operasi unit Pertama dalam target yang sama tetapi sebelum sempat mencapai target strategi mereka terlebih dahulu terbabit dalam konfrontasi ganas dengan Hizbullah yang mengakibatkan kematian dan kecederaan di kalangan pegawai dan tentera Israel. 

Setakat ini tiada maklumat kekuatan unit kedua tersebut tetapi sekurang-kurangnya lebih 65 ekor cedera parah atau mampus. 

Difahamkan 2 unit ini tidak melibatkan bantuan kereta kebal, kerana lokasi berbukit adalah berisiko terdedah kepada serangan terbuka Hizbullah. Tetapi setiap unit disertakan unit drone Hermes 900
Hermes 900
Elbit Hermes 900
 yang mampu membawa muatan senjata sehingga 345kg pada titik keras sayap 4-6 termasuk: peluru berpandu anti-kereta kebal udara-ke-permukaan AKD-10, roket berpandu BRMI-90 90mm, bom luncur FT-7/130 130kg, FT-9 /50 Bom 50kg, bom FT-10/25 25kg, GB-7/50 50kg peluru berpandukan ketepatan (PGM) dan GB-4/100 PGM.

Tetapi malangnya 2 Drone dari operasi telah ditembak jatuh oleh Hizbullah sebelum sempat melakukan serangan. 

Laporan Media Israel: berpuluh Helikopter tentera ulang alik mendarat di Hospital Sheba-Tel Hashomer dan di Haifa, membawa askar dan pegawai yang terbunuh dan cedera dalam pertempuran ganas hari ini di selatan Lubnan. 

Pada laporan lain dilaporkan sekurang-kurangnya 49 ekor IDF telah dibawa ke Hospital Haifa dengan Helikopter. 



Dalam operasi berbeza pada awal pagi 17 Oktober, Hizbullah telah berjaya memusnahkan 2 kereta kebal Merkava Israel yang mara ke Labbouneh di barat Lubnan ATGM menembusi perisai kereta kebal, menyalakan pelurunya dan meletupkan bahagian dalam, membunuh semua orang di dalamnya. Kereta kebal yang terbakar itu dirakam oleh kru kamera Al-Mayadeen. 

Selain itu juga dilaporkan 3 Truk membawa tentera juga musnah terbakar bersama-sama tentera dan peralatan ketenteraan yang mana unit ini dikatakan dalam perjalanan ke satu misi di dalam sempadan Lubnan. Dianggarkan sekurang-kurangnya 60 ekor mampus tanpa ada yang selamat. 

Dalam beberapa operasi Hizbullah pada 16-17 Oktober dianggarkan sekurang-kurangnya Hizbullah berjaya memusnahkan 165 ekor tentera, 2 tank, 3 Truk dan 2 dron Hermes 900.




Kegagalan 2 operasi ini menyebabkan bandar Shalomi terbakar teruk dari serangan Hizbullah. 

Malah laporan Media Israel: kedengaran bunyi siren berulang kali di wilayah Galilee Atas, susulan serangan 50 roket dikesan dilancarkan dari Lubnan ke arah kawasan Safed.

Malah tersebar Iron Dom Israel gagal memintas berpuluh-puluh roket yang dilepaskan dari Lubnan, mengenai bandar Safad dan Khiyat Shmona di utara Palestin. 


Laporan Media Ibrani: ini masa yang luar kawalan akibat serangan roket Hizbullah telah memaksa puluhan ribu pendatang ke tempat perlindungan, selain puluhan ribu lagi yang tidak mempunyai kawasan perlindungan di rumah mereka. 

Bantuan sistem pertahanan THAAD telah tiba di Israel menjadikan Israel kini mempunyai 5 lapis sistem pertahanan udara. 



Gambar Sistem Bateri "THAAD" dikesan di suatu tempat di Gurun Negev, Israel. Ini menandakan kehadiran pertamanya selepas Pengumuman penghantaran oleh Amerika Syarikat.


Sebelum ini dengan mempunyai 4 lapis sistem pertahanan, Israel gagal menangkis serangan peluru Hipersonik Iran kerana Iran melancarkan operasi serentak dengan sistem serangan elektronik dan serangan penggodam yang melumpuhkan sistem pertahanan Israel sebelum ketibaan peluru balistik hipersonik yang tepat kepada sasaran. 

Israel ketika ini telah dijangka akan siap untuk menyerang Iran tanpa apa rundingan lagi, walaupun serangan akan ditunda dalam tempoh seminggu bagi membolehkan Amerika menghantar kesemua sistem pertahanan ditempatkan pada lokasi strategik. Dan bantuan ketenteraan tetapi Israel dijangkakan akan memilih strategi serangan mengejut terhadap Iran. 

Manakala terdapat laporan Bertentangan dengan beberapa laporan propaganda barat, Menteri Luar Iran telah berada di Mesir untuk membincangkan kemungkinan menyambung semula hubungan dua hala antara Iran dan Mesir. 

Pertemuan ini membincangkan situasi di Gaza dan Lubnan Iran dan tidak akan sekali-kali berkomunikasi atau 'berunding' dengan Israel, walaupun secara tidak langsung ini telah menjadi dasar rasmi selama 45 tahun. 

Kerajaan Iran tidak mengiktiraf entiti Zionis sebagai negara yang sah, oleh itu sebarang hubungan langsung atau tidak langsung dengan 'pegawai' atau 'wakil'nya adalah mustahil. 

Jika Iran mahu menghantar mesej, mereka akan berbuat demikian dengan membuat kenyataan awam, dan jika perlu, dengan menyampaikan maklumat kepada negara Arab seperti Qatar dan Oman yang akan menyampaikannya kepada Amerika Syarikat, yang kemudiannya mungkin akan memaklumkan kepada Israel. 

Selain itu, pada masa ini tidak ada keperluan atau sebarang faedah dalam rundingan: Tiada 'pilihan' atau 'jalan keluar' jika Israel menyerang Iran. Republik Islam akan menyerang balik, dan tindak balasnya akan menjadi keras dan luar biasa. 

Ketika ini keselamatan Lubnan dan Kemerdekaan Palestin menjadi keutamaan Iran berbanding dengan menjalinkan hubungan dengan Israel. 

Iran sedar kegiatan Amerika yang sedang memperkemaskini sistem pertahanan dan sistem serangan Iran termasuk meletakkan stok bom GBU31 di beberapa lokasi di pengkalan tentera Amerika di negara-negara Arab. 

Itu tidak cukup untuk menggentarkan Iran kerana Iran telah bersedia untuk sebarang risiko ketika melancarkan serangan kedua pada 1 Oktober lalu. 

Comments

Popular Posts