Tentera Israel Seperti Berperang Dengan Hantu Hizbullah


Berdasarkan sumber risikan yang dimaklumkan melaporkan bahawa AS sedang memuatkan dan memindahkan bom GBU dan GBU31 ke wilayah yang diduduki dari pangkalan udara di Qatar, Cyprus, Greece dan Jerman. 


Bom ini adalah jenis peluru yang paling merosakkan yang telah digunakan untuk memusnahkan kawasan perumahan dan infrastruktur di Gaza. 

JDAM atau maksudnya Senjata Serangan Langsung Bersama ialah kit ekor panduan yang menukarkan bom jatuh bebas tidak berpandu sedia ada kepada amunisi "pintar" cuaca buruk yang tepat.  Mempunyai sistem navigasi inersia dan unit kawalan panduan sistem penentududukan global, JDAM meningkatkan ketepatan bom tujuan am tanpa panduan dalam sebarang keadaan cuaca. JDAM ialah program bersama Tentera Udara dan Jabatan Tentera Laut AS.

JDAM ialah senjata udara-ke-permukaan berpandu yang menggunakan sama ada 2,000 paun BLU-109/MK 84, 1,000 paun BLU-110/MK 83 atau 500 paun BLU-111/MK 82 kepala peledak sebagai muatan. 

JDAM membolehkan penggunaan senjata udara-ke-permukaan yang tepat terhadap sasaran tetap dan boleh dipindahkan keutamaan tinggi daripada pesawat pejuang dan pengebom. Bimbingan dipermudahkan melalui sistem kawalan ekor dan INS bantuan GPS. 

Lebih kembang hidung Netanyahu bilamana Canselor Jerman Olaf Scholz: "Kami telah menghantar penghantaran senjata ke Israel dan akan menghantar lebih banyak lagi pada masa hadapan."

Ada kisah menarik mengenai 3 buah jet Pejuang F35 yang dikendalikan oleh juruterbang Itali telah ditugaskan untuk membuat rondaan pengawalan oleh Nato di Zone peperangan Ukrain/Russia.

Kehadiran mereka telah disergah oleh sebuah SU30 SKM milik Russia yang awalnya menjadi sasaran mudah bagi 3 lawan 1, tetapi apa yang berlaku SU30 yang mempunyai sistem peperangan elektronik telah menyebabkan ketiga-tiga F35 terpaksa reboot system F35 bekali-kali segala kompenen sistem elektronik pesawat menjadi gila hingga tidak mampu menembak apatah melepaskan misel. 

Akhirnya ketiga-tiga F35 terpaksa mengundurkan diri tanpa diserang oleh Russia kerana tiada kebenaran untuk menembak ketiga-tiga pesawat tersebut. 

Ini menjadi asbab kenapa sering kali pesawat F35 Israel yang sering kali bertembung dengan SU30 Russia memilih berundur sebelum bertembung dalam dogfight di udara. Kerana kelemahan F35 adalah tidak mampu menangkis serangan elektronik bukan sekali malah telah berlaku kepada F35 AS semasa bertembung dengan China di ruang udara taiwan. 

Oleh itu sekiranya Israel benar-benar mahu menyerang Iran melalui kaedah carpet bombing menggunakan F35 dengan membawa GBU31 dengan menggunakan kaedah serangan Joint Direct Attack Munition atau dikenali JDAM. 

Ada masalah besar jika skuadron SU30, SU35 dan SU57 masuk campur, malah sistem serangan elektronik yang di pasang di darat Iran juga akan menjadi halangan terbesar buat Israel. 

Tetapi kesungguhan Amerika menempatkan bom GBU31 dilokasi berhampiran Israel ini memberi pertunjuk, ada rancangan Amerika bakal gunakan jet pejuang atau mungkin jet pengeboman siluman B2 Spirit bila keadaan terdesak atau mempunyai rancangan bekerjasama dengan Israel menyerang Iran. 

Ada kenyataan menarik Sheikh Naim Qassem: Kami telah memutuskan dalam kepimpinan baru yang dipanggil strategi memusnahkan Zionis, akan memastikan peluru berpandu kami mencapai Haifa dan seterusnya akan melampaui Haifa

Dalam kepimpinan baharu, kami kini menyasarkan Tel Aviv, Haifa dan seterusnya melampaui Haifa, seperti yang dikehendaki oleh Pemimpin Sayyed Nasrallah. 

Kami akan menyasarkan setiap kekuatan tentera Israel tanpa berfikir 2 kalikali walaupun ketika ini tentera pengecut Israel hanya pandai menyasarkan orang-orang awam tidak bersenjata. 

Warga Israel tidak sepatutnya mempercayai mitos ciptaan kerajaan mereka yang memperlekehkan keupayaan kami. 

Biar siapapun dikalangan kami diburu dibunuh Israel, di kalangan kami sentiasa ada yang berkemampuan merangka dan merancang serangan taktikal yang luar jangka terhadap Israel. 

Sheikh Qassem juga berpesam kepada penduduk Lubnan yang terlantar: Kemenangan adalah dengan kesabaran, wahai orang yang paling mulia, dan saya berjanji kepada anda, seperti yang dijanjikan Sayyed Nasrallah, bahawa anda akan kembali ke rumah anda, yang akan kami bina dengan lebih indah daripada mereka. 

Kami menghargai pengorbanan anda dan kami tidak akan meninggalkan anda dan kami tahu bahawa anda tidak akan meninggalkan kami.

Walaupun Israel dan Amerika mungkin akan serang dalam tempoh 48 jam ini, tetapi ada banyak isu lain yang perlu Amerika dan Israel perhatikan melibatkan kelemahan sistem pertahanan Israel yang makin ketara, serangan darat Hizbullah dan Hamas, penglibatan Houthi, Iraq dan Syria dan peranan dimainkan Russia. 

Masalah utama Israel adalah tentera IDF yang dikerahkan untuk operasi serangan darat terhadap Lubnan tidak mendapat latihan mencukupi iaitu paling lama pun 3 bulan untuk menghadapi tentera Hizbullah berstatus Elit yang berpengalaman ada yang cacah 3-10 tahun. Seperti insiden di bawah. 

Dalam rakaman yang diterbitkan mengenai tentera Israel yang bertempur dalam jarak dekat dengan Hizbullah, Mereka berada dalam keadaan huru-hara dan ketakutan dengan menembak secara membabi-buta. 

Suasana yang ada antara mereka ditembak dan cedera dan mereka tetapi terus menembak ke semua arah tanpa melihat sesiapa. 

Bagi membolehkan mereka melarikan diri dengan kereta kebal Merkava. Dan pada masa yang sama masih ramai tak sempat untuk melarikan diri dan ditinggalkan sebagai mati katak. 

Sepanjang pertempuran darat dengan Hizbullah pada Oktober ini, dianggarkan lebih beratus tentera Israel menjadi tawanan kerana ditinggalkan. 

Dalam mesyuarat Kesatuan antara parlimen IPU, Delegasi Israel yang mengambil bahagian dalam mesyuarat ini semalam meletakkan kertas dengan slogan mereka "Bawa mereka pulang" dan gambar tawanan Israel di atas meja pelbagai negara, termasuk Iran. Ini menunjukkan terlampau ramai tawanan tentera Israel di pelbagai negara kerana tidak mempunyai kemahiran dalam berperang. 

Berdasarkan laporan Media Ibrani, sistem pertahanan Israel makin lumpuh kerana setiap hari ada serangan udara Hizbullah menembusi ruang udara Israel hingga tiada tempat kediaman yang selamat untuk warga Israel. 


Comments

Popular Posts