Ortodoks Israel Lari Dari Rekrut Tentera
Berdasarkan laporan Hebrew Media, ketika ini tentera iDiotForce amat-amat terdesak untuk mengisi kekosongan tentera sebanyak sekurang-kurangnya 7000 bagi mengisi keperluan briged yang beroperasi di Gaza, Tebing Barat dan Lubnan termasuk untuk menghadapi kemungkinan perang darat di Iran.
Ketika ini kabinet perang tiada pilihan selain mendesak golongan Ortodoks Israel menyertai tentera. Tetapi memandangkan kerajaan Netanyahu terlampau bergantung kepada parti ultra ortodoks sayap kanan (yang diwakili Smotrich dan Ben-Gvir) untuk memenuhi majoriti parlimen, maka kerajaan tidak mampu melakukan apa-apa kekerasan untuk memaksa golongan Ortodoks.
Golongan Ortodoks Israel ini paling banyak melakukan pelbagai perkara menyerang warga Palestin, merogol, merampas harta benda, membunuh dan pelbagai kekejaman kepada warga Palestin hingga beberapa kali berlaku perang besar sejak Israel menceroboh tanah Palestin.
Tetapi setiap kali berlaku perang besar termasuk yang terkini sejak 7 Oktober 2023, golongan Ortodoks ini sering dapat mengelakkan diri dari direkrut menjadi askar iDiotForce walaupun terdapat paksaan melalui saman, draf mahkamah atau hukuman penjara semuanya dapat dielakkan dengan menggunakan pengaruh kekuatan politik di parlimen.
Pada musim panas lalu, seramai 3000 orang Ortodoks telah ditahan dibawa ke kem tentera secara paksa, tetapi semua dapat pulang ke rumah melalui saluran politik kecuali hanya 240 orang yang menyertai secara sukarela.
Tetapi puak-puak Ortodoks ini walaupun sentiasa lari dari medan perang dan kem tentera, mereka tetap dapat layanan istimewa sebagai Chosen One's siap diberi senjata untuk melakukan onar sesuka hati mereka.
Ada sedikit kekeliruan mengenai jumlah rekrut baru yang diperlukan. Angka 7000 itu sebenarnya adalah angka sebelum bermulanya pencerobohan iDiotForce ke Lubnan.
Kerana berdasarkan laporan terbaru media Ibrani, iDiotForce di Lubnan kekurangan askar melebihi 8000 orang berikutan kematian, kecederaan kritikal dan kecederaan kekal. Ini antara sebab 13 briged yang sepatutnya beroperasi menyerang kedudukan Hizbullah telah disatukan menjadi 4 briged dan baki dalam anggaran 7 briged dikerahkan berundur untuk menghadapi kemungkinan serangan darat Iran.
Ini bermaksud Israel telah kehilangan lebih kurang 3 briged iaitu anggaran setiap briged biasanya dianggotai antara 3000-5000 tentera. Dan kebiasaan briged iDiotForce dianggotai 3000 orang berdasarkan beberapa laporan-laporan semasa sebelum ini.
Malah ketika unit darat bagi sistem pertahanan udara, Israel telah mengambil 300 anggota tentera Amerika untuk mengendalikan sistem THAAD.
Sebelum ini Israel telah mendapat tentera upahan dari Afrika dengan menipu mereka datang ke Israel untuk kerja-kerja am dan bakal mendapat kerakyatan Israel dengan tanah. Tetapi setelah tiba dipaksa menjadi tentera akibatnya ramai yang lari meninggalkan medan perang malah ramai yang mampus atau cedera kekal seawal 2 minggu bertugas kerana tidak cukup latihan.
Selain itu masih terdapat tentera upahan dari pelbagai negara membabitkan Amerika, Thailand, India dan negara Eropah tetapi kemasukan ini semasa bermula perang di Gaza dan Rafah, tetapi bila bermula operasi di Lubnan tiada lagi penyertaan baru kerana takut tidak berani menghadapi perang sebenar.
Kalau yang ada pun adalah saki baki yang tinggal dari perang Gaza dan Rafah. Itu pun laporan terbaru 12 ekor tentera upahan India mampus seawal 2 minggu menyertai operasi di Lubnan.
Ini menunjukkan Israel bukan sahaja kehilangan kesemua kereta Kebal Merkava Mark4 hingga terpaksa pakai model usang Merkava Mark3 rujuk sini malah kehilangan jet F35 rujuk sini malah juga kekurangan tenaga tentera apatah bakal menghadapi perang besar dengan Iran.
Ini menunjukkan siapa yang sebenarnya sedang beransur-ansur kalah.
Comments
Post a Comment