Erti Dendam Pada Hari Raya PM Mahathir Boneka Guan Eng! @NajibRazak

Hari ini setelah memandu sejauh 700 km, aku sampai di kampung isteri aku! Masih tergantung banner UNDI BN yang terpampang wajah ceria Dato Sri Najib Razak!

Tertanya dalam hati! banner yang tergantung dengan kemas ini masih dibiarkan tergantung tanpa sebarang cacat celanya! Walhal sudah 34 hari BN Tewas!

Suasana kampung yang dihuni sekitar 500 keluarga ini agak suram tidak seperti tahun-tahun sebelumnya! Rumah di kawasan kampung berdekatan antara satu sama lain biasanya ceria dengan telatah orang bersiap menyambut raya pada besok harinya!

Isteri aku ajak ke pekan untuk beli barang persiapan akhir! Sesampai di pekan kecil tak ramai pun datang membeli belah! Aku tanya isteri aku hai suram je!

Kak ipar yang menumpang sekali dalam kereta aku menjawap "mau tak suram hasil gula nipah tak menjadi! Ingat dapat BR1M RM800 rupa-rupanya dapat RM400 malah ada yang sepatutnya dapat tapi tiba-tiba tak dapat! Sayang kita kehilangan Najib.

Aku tak tahu nak jawap apa! Aku diamkan sahaja! Aku tahu penduduk kampung ini bukannya malas seperti dikatakan DAP! Mereka tinggal jauh diperdalaman.

Jika mereka tanam sayur tanam nenas! Hasilnya melimpah tetapi tidak sampai ke bandar kerana masalah infrastruktur yang belum siap! Sebab itu Najib umumkan pembinaan PAN Borneo!

Hasil gula nipah ikut musim! Sebab itu Najib beri bantuan 1Azam dan E-Kasih iaitu sementara kerajaan sempurnakan infrastruktur yang mampu membantu rakyat-rakyat seperti mereka!

Bila datang awal persekolahan pada satu masa dulu mereka tidak ada duit hendak beli baju sekolah anak yang 2-3 orang kadang-kadang ada keluarga yang anak tercicir! Tapi bila di zaman Najib mereka dibantu dari segi pakaian, bantuan rm100 seorang anak dan bantuan bulanan untuk memastikan anak-anak mereka tidak ketinggalan!

Bukan itu sahaja Tekun dan bantuan kerajaan negeri banyak membantu memberi pinjaman tanpa faedah untuk memudahkan urusan peniagaan kecil-kecilan termasuk memasar hasil pertanian!

Ketika aku menulis di kedai kopi ini! Ada tok imam dan tok siak meluahkan kemarahan kepada Mahathir kerana elaun mereka tidak dibayar walhal besok hari raya. Tetapi mereka tetap jaga masjid.

Berkata tok imam 2 "ok laa awak dapat juga merasa mengerja haji dari Najib tapi Kami yang sepatut giliran tahun ini dibatalkan oleh Guan Eng!

"Macam mana kita nak harap bangsa DAP jaga agama kita" Balasnya lagi!

Kak ipar ada menceritakan pada hari pertama kekalahan BN satu kampung muram seminggu tak ada hati hendak buat kerja kerana Dato Sri Najib tewas! Walhal bahagian mereka menyumbang 1 kerusi parlimen!

Dalam pada itu ada lagi kisah lebih sedih, di mana anak-anak tahfiz mula menadah tabung minta derma di pasar ramadhan! Untuk menampung pembiayaan sekolah mereka! Walhal tahun sebelumnya mereka tidak perlupun bertindak sedemikian kerana Dato Sri Najib sediakan peruntukan yang cukup malah sepatutnya tahun 2018 blueprint untuk maahad tahfiz. Tetapi sekarang tinggal angan-angan malah peruntukan RM80 juta untuk seluruh negara dibatalkan!

Bergitu juga warga nelayan dan petani yang mengharapkan sedikit bantuan sara hidup RM300 sebulan! Malah sepatutnya Sebanyak RM48 juta diperuntukkan kerajaan untuk projek perumahan membabitkan 300 unit rumah bernilai RM59,000 sebuah dan nelayan hanya perlu membayar RM150 sebulan selama tempoh 30 tahun. Tetapi itupun terbengkalai!

Sana sini meluahkan kerinduan zaman Dato Sri Najib dan bertanya bolehkah dato sri najib kembali menjadi Perdana Menteri! Tetapi yang merosakkan semua ini adalah anak-anak mereka yang tidak faham siapa yang selalu membantu ayah ibu mereka sehingga mereka berjaya dalam pelbagai bidang?

Semuanya bermula dari kisah Dendam Mahathir kerana Dato Sri Najib tidak penuhi permintaan dia dan anak-anaknya!!
||| layari fb saya untuk pelbagai isu Mohd Fadzil

#FaktaBukanAuta #MahathirBapaMalapetaka #RinduZamanNajib