Pecat Teong Kim, Syed Saddiq Pamerkan Ketidakmatangan Sekali Lagi [by Mohd Fadzil]

Sungguh terkejut dengan sikap tidak kematangan Menteri Belia Dan Sukan gara-gara mengelabah bila menjawab ketika diserang oleh netizen di media sosial, angkara terlanjur menghina dan cubaan mendapat alasan memecat jurulatih profesional Lim Teong Kim selaku Pengarah Akademi Bola Sepak Negara di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP). 



Terbaru Syed Saddiq sekali lagi cuba menafikan tindakan dia menghina dan mendedahkan tangga gaji jurulatih tersebut yang berjumlah RM175K sebulan, bukan disebabkan oleh emosinya sebaliknya kerana dia berasa bertangungjawab dengan keadaan kewangan negara diambang muflis!

Jika benar itu alasan dia untuk menyerang jurulatih tersebut, kononnya hanya untuk berunding penyusunan pembayaran gaji baru, itu sepatutnya dilakukan dengan jurulatih tersebut secara tertutup bukan menyerang sebanyak 3 kali di media melalui 3 perkara. Ini telah melanggar prinsip kerahsiaan sumber manusia!
Pada kali pertama dia menyelar jurulatih tersebut gagal melaksanakan tugas walaupun dibayar USD8K sebulan sedang permain import di Malaysia rata-rata dibayar sekurang-kurangnya USD12k sebulan. Kenapa dia tidak jimatkan melalui hapuskan semua pemain import di Malaysia?

Kali kedua Syed Saddiq menyelar prestasi jurulatih tanpa mengkaji keseluruhan program skuad bola sepak B17. Sebagai seorang menteri belia dan sukan yang baru 3 bulan, dia sepatutnya mengkaji keseluruhan program latihan terlebih dahulu. Adakah dengan maki hamunnya hari ini maka besok harinya prestasi permain akan terus melonjak menjadi juara dunia? Itukah cara profesional seorang menteri?

Kali ketiga dalam sidang midea kedua, Dalam cubaan menjawab kritikan netizen tanpa permohonan maaf kepada jurulatih tersebut, Syed Saddiq cuba gunakan alasan mengurangkan pembaziran akibat dari Malaysia diambang muflis maka dengan sebab itu dia terpaksa menyerang jurulatih tersebut. Adakah ini alasan bagi seorang menteri yang bijak?

Kalau hendak bercakap pasal pembaziran kenapa dia tidak serang Mahathir yang mengangkut seluruh kaum kerabatnya mengikuti lawatan negara ke United Kingdom dan New York dengan menggunakan wang rakyat.

Kenapa Syed Saddiq tidak bising kepada Mahathir yang membazirkan RM300 juta setahun untuk sukan F1 yang dianugerahkan kepada Mohzani anak Mahathir, kerana projek itu langsung tidak pernah memberi pulangan keuntungan kalau benar Malaysia hampir muflis.

Malah mereka menyewa 2 buah hotel termahal di dunia di United Kingdom dan New York yang mana jumlah pembiayaan tersebut mampu membayar hampir 4 tahun gaji seorang jurulatih seperti Lim Teong Kim.

Kalau kerana Jurulatih tersebut tidak memenuhi piawai melaksanakan tugas maka dia harus dihina dan diugut kurangkan gaji bagaimana pula dengan menteri PH yang langsung tidak memenuhi KPI dalam melaksanakan tugas seperti Lim Guan Eng yang gagal sama sekali sedangkan gaji dan elaun Guan Eng 5 kali ganda dari jurulatih tersebut. Kenapa Syed Saddiq tidak bising dan ugut kurangkan tangga gajinya kerana Malaysia hampir muflis.

Sebenar Syed Saddiq masih level kanak-kanak yang perlukan pendidikan tatarakyat dan pengalaman bekerja sebagai orang bawahan dalam jabatan kerajaan untuk mendapat pengalaman sebelum dilantik menjadi menteri. Tetapi kerana Mahathir ketiadaan calun ahli parlimen yang layak maka pengisian jawatan dilakukan sekadar tangkap muat.









Comments