Kronologi ECRL Yang Mahathir Kata Tidak Tahu

Sebelum PRU14, membatalkan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) telah menjadi agenda utama Mahatir dalam kempen jatuhkan Dato Sri Najib kerana, Mahathir tidak mahu projek ini menyebabkan Malaysia dijajah oleh negara China. Maka berbegar bumi melayu dengan teriakkan negara kita bakal dijajah China oleh rakyat penyokong tegar Mahathir.

Kerana mereka percaya orang tua yang berumur 93 tahun ini sanggup korbankan masa tuanya untk selamatkan rakyat! Sejurus Mahathir berjaya memainkan propaganda dengan menggunakan umurnya yang tua ini! Maka bermulalah drama-drama yang tersusun kemas dan segak, setiap babak disusun cukup rapi dan kemas.

Babak 1 Drama Serapan Pagi!
Seawal pagi di hari kemenangan Vincent Tan berserapan pagi bersama Mahathir, ketika Mahathir mengumumkan untuk membatalkan projek ECRL. Ketika itu Mahathir tahu yang fasa 1 projek tersebut telah 20% siap! Malah Mahathir tahu amat mustahil untuk dia membatalkan projek ECRL kerana penaltinya mencecah RM22 bilion.

Tetapi ketika itu Mahathir menegaskan bahawa keutamaan pentadbirannya ialah menangani RM1 trilion hutang negara. Strategi utama mengurangkan hutang itu ialah dengan membatalkan projek berkos tinggi.

Pada masa itu Guan Eng dengan muka terowong-terowong penipunya, mula memainkan propaganda isu hutang Malaysia mencecah RM1.2 trilion sampai diserang Moody's Agensi penarafan kredit antarabangsa secara bebas menilai tuntutan kerajaan PH hutang RM1 trilion dan nisbah hutang kepada KDNK yang diisytiharkan sendiri sebanyak 80.3%.
Malah pihak Moody mempertulkan kenyataan kewangan yang dimanipulasi Guan Eng dan Mahathir, dan telah mengekalkan nisbah hutang kita pada 50.8% yang diisytiharkan oleh kerajaan BN sebelum ini!

Itupun Mahathir dan Guan Eng buat tidak kisah malah mereka terus-menerus menyerang Dato Sri Najib dan membawa rakyat melayari drama penuh tomahan fitnah ini.

Babak 2 Vincent Tan

Dalam masa 1 minggu adalah masa yang cukup buat Vincent Tan menggunakan segala kekuatannya sebagai Pengerusi Eksekutif Berjaya Group.

Dalam tempoh 4 minggu itu, Guan Eng dan Mahathir cukup licik dengan memainkan isu mahu mansuh atau batal projek ini sampai perlu hantar Guan Eng ke China. Ini kesempatan digunakan sepenuhnya oleh Vencent Tan untuk memiliki T7 Global Bhd. Pada masa itu tiada siapapun yang sedar apa yang Vincetan Tan buat kecuali dia dan agak pelik Mahathir tidak tahu menahu sedangkan mereka awal-awal dah berserapan bersama?

Waktu itu tiada siapa sedar pada 16 Mei 2018 vincent Tan telah berjaya membeli saham T7 Global? Tan Sri Vincent dan berjaya muncul pemegang saham utama T7 Global, dengan pengambilalihan 21 juta saham atau 5.04 peratus kepentingan T7 Global Bhd yang memegang projek ECRL.

Babak 3 Tambahan Kos ECRL 

Mengikut kos asal KOS ECRL hanya RM55 bilion sahaja seperti mana diumukan oleh Dato Sri Najib dalam Bajet 2017 dan ini diperakui oleh China Communications Construction Company Ltd yang mereka membina dengan kos tersebut. Ada perjanjian hitam putih dan sepatutnya tidak boleh dipertikaikan jika Malaysia pada waktu itu meluluskan tender kepada China Communications Construction Company Ltd dengan kos RM55 bilion>

Tetapi ketika ini Mahathir, Guan Eng serta dibantu oleh Daim mula menyebarkan propaganda kononnya kos sebenar melebihi dari RM55 bilion! Malah Guan Eng menyatakan perlu ditambah lagi RM15 bilion. 

Babak 4 Rundingan semula ECRL

Pada 23 Jun 2018 Guan Eng dan Mahathir umumkan projek ECRL akan diteruskan jika dirunding semula memihak kepada Malaysia. Masa itu netizen mula mempertikaikan adakah ini benar-benar memihak kepada Malaysia atau Kroni sebab waktu itu siapa tahu apa Vincent Tan buat kerana jika kita renung balik pada waktu itu Ting Pek King sudah dapat projek di Langkawi RM30 bilion tetapi Vincent Tan belum dapat apa-apa projek sedangkan dia awal-awal dah berserapan dengan Mahathir!

Babak 5 ECRL diteruskan

Ketika harga Saham T7 Global Bhd. (T7 Global) ditutup 50 sen, meningkat lapan sen petang ini setelah melonjak sehingga 34.5 peratus dalam dagangan awal pagi.

Yang pelik kenapa saham naik ketika di sebalik kontroversi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di bawah kerajaan baharu, Pakatan Harapan (PH). Ini sebab forfolio syarikat ini diketahui oleh dagangan dunia yang mengjangka T7 Gobal Bhd bakal memiliki projek ECRL jadi mustahil Mahathir dan anak-anak Mahathir tidak tahu malah Guan Eng sebagai menteri kewangan mustahil tidak peka dengan pekembangan ini?

Waktu itulah kerajaan PH mengumumkan mahu meneruskan projek ECRL oleh Guan Eng dan Mahathir dengan alasan ECRL diteruskan, tapi Malaysia mahu kos lebih rendah.Tetapi yang peliknya kalau kata lebih murah sepatutnya Guan Eng umumkan kos ECRL di bawah kos asal RM55 bilion bukan naikan kepada RM72 bilion iaitu Guan Eng tambah dengan termasuk kos pengambilan tanah.


Yang peliknya mengikut perjanjian asal rancangan pembinaan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dianggarkan menelan kos dengan jumlah yang RM55 bilion dianggap membazir oleh Mahathir tetapi dengan kos baru selepas Vincent Tan dapat projek ECRL dengan kos RM72 bilion adalah dianggapsatu penjimatan oleh Mahathir.

Babak 6 Mahathir tidak Tahu Vincent Tan miliki Saham T7 Global Bhd

Ini ayat-ayat "Power" Mahathir! Dia tidak tahu bagaimana zaman dia semua syarikat GLC di bawahnya "bailout"! Dia tidak tahu bagaimana 3 orang anaknya jadi billionaire! Dia tidak tahu bagaimana anaknya berjaya jadi CEO Petronas dan bailout! Semua benda yang salah dia tidak tahu termasuklah dengan selepas kerajaan PH bersetuju meneruskan ECRL setelah syarikat yang dapat tender ECRL telah dimiliki Vincent Tan!

Jawapan mudah Mahathir untuk tutup mulut rakyat "Saya tidak tahu dan saya tidak boleh komen" Yang penting projek ini dijimatkan setelah menjadi hak milik kroni! Akhirnya rakyat juga kena bayar derma Tabung harapan. kalau Vincent Tan bagi derma RM525 juta dia dapat 2 projek ECRL dan Airport malah dapat bonus Lesen Judi Sukan yang enggan diluluskan Najib dahulu. rakyat dapat apa? Mansuh PTPTN? Minyak RM1.50? Tol Free seluruh Malaysia? 

Babak 7 Rakyat Bakal Mangsa Kaut Untung Kroni

Tahukah rakyat dengan perolehan projek ini kepada kroni akan jadi sama kes bagaimana dengan kadar tol yang akan naik sepanjang tahun, sama kes dengan train KLIA Ekspress yang kos akan naik pada tarikh matang! Cerita mahathir bagaimana hendak cari makan yang sepanjang hayat bukan cerita hendak kurangkan beban rakyat. 

Apa yang rakyat kena fahamdalam cerita ini zaman Najib projek ECRL akan menjadi hak kerajaan seperti MRT tetapi zaman Mahathir BapaMalapetaka ini sudah diswastakan dan aku yakin MRT akan sampai waktu diswastakan dan ini termasuk Felda!

Dato' Sri Najib telah cuba sedaya-upaya menghapuskan budaya bergantung kepada bantuan kroni untuk dana PRU tetapi rakyat lebih suka kroni memberi bantuan kepada Mahathir dan memeras untung daripada rakyat!

Alahai Undi Mahathir dapat kencing dan dibangsatkan rupa-rupanya.... Mohdfadzil
#FaktaBukanAuta #MahathirBapaMalapetaka #SelamatkanMalaysia #RinduZamanNajib


Comments