Moody Yang Buktikan Guan Eng Penipu! Najib Pula Dipersalahkan!

Aku amat tertarik dengan kenyataan "You can mislead the people but you cannot mislead the experts"

Atau maksudnya yang paling tepat "Guan Eng & Mahathir boleh mengelirukan penyokong uneducated tetapi anda tidak boleh mengelirukan pakar seperti badan pengalisa ekonomi dunia seperti Moody's dan Bank Dunia"

Tiba-tiba Guan Eng naik angin kepada Dato Sri Najib Razak "Jangan kelirukan rakyat" haii yang keluar kenyataan mendedahkan penipuan menteri kewangan dan PM Ke-7 dari segi kedudukan ekonomi dan kewangan Malaysia ialah Moody's bukan Dato Sri Najib! Kenapa tidak menyelar Moody's jangan keliru Uneducated Malaysia?

Jika Moody telah menemui tuntutan yang tidak benar oleh Kerajaan Baru PH, di mana Agensi penarafan kredit antarabangsa tertinggi, Moody's secara bebas menilai tuntutan kerajaan PH hutang RM1 trilion dan nisbah hutang kepada KDNK yang diisytiharkan sendiri sebanyak 80.3%.

Malah pihak Moody mempertulkan kenyataan kewangan yang dimanipulasi Guan Eng dan Mahathir, dan telah mengekalkan nisbah hutang kita pada 50.8% yang diisytiharkan oleh kerajaan BN sebelum ini!

Adakah itu kesalahan yang Guan Eng perlu marah-marah kepada Najib?

Walhal Moody's adalah Agensi penarafan kredit antarabangsa tertinggi bertaraf dunia telah mendapat pengiktirafan tertinggi dari seluruh negara di dunia termasuk kuasa ekonomi besar seperti Amerika, China, Britain, India dan lain-lain termasuk singapura! Adakah kerajaan malaysia baru yang menteri kewangannya Guan Eng mahu menidakkan kenyataan Moody's?

Mungkin penyokong uneducated boleh semak balik sejarah penipuan terowong dasar laut Pulau Pinang oleh Guan Eng yang sengaja dilupakan supaya tidak ada orang pertikaikan kenapa Guan Eng digugurkan kes rasuah yang sedang dibicarakan di mahkamah, semata-mata kerajaan baru boleh tukar Peguam Negara iaitu Tommy Thomas iaitu peguambela kepada kes rasuah Guan Eng!

Belajar buka mata sikit... Manifesto PH adalah penipuan! Tuduhan 1MDB diselewengkan Najib sampai sekarang tiada bukti juga penipuan! Mahathir berjanji jaga Melayu Islam dan Raja-Raja melayu juga penipuan!

Kenapa masih mahu dibutakan kerana emosi membabi-buta!||| Mohd Fadzil
#FaktaBukanAuta #MahathirBapaMalapetaka #SelamatkanMalaysia#RinduZamanNajib