Najib Razak Enggan Diam! Mahathir & PH Pula Yang Takut!

Sindrom kau diam!! Najib Razak semakin menjadi-jadi. Mula-mulanya hanya berbunyi di kalangan pengiat-pengiat media pro Pakatan Harapan! Sekarang semua MP PH gelabah kenapa?

Dato' Sri Najib telah dimalukan! ditangkap! ditahan! diaibkan malah Pakatan Harapan sanggup mencipta pelbagai propaganda melaga-lagakan orang UMNO dan BN untuk terus-menerus membenci dan meminggirkan Dato' Sri Najib.

Bukan setakat itu, media utama setiap minit terutama di Astro Awani akan mencipta apa saja keburukan Dato' Sri Najib. Tidak cukup dengan itu! ditambah dengan fokus khas setiap hari media utama Indonesia mempromosi Najib Perompak.

Kenapa itu belum cukup sehingga terdengar suara Khairuddin minta Najib Diam! jangan sebut-sebut soal 1MDB! Kenapa Kahiruddin perlu gelabah biawak! Kerana yang dituduh dan dihukum tanpa bicara adalah Dato' Sri Najib

Kemudian Syed Saddiq luahkan kegusaran jika Dato Sri Najib jadi MB Pahang hancurlah UMNO! Kenapa Syed Saddiq takut dengan Dato' Sri Najib sedangkan dia patut perjelaskan kenapa mungkiri janji tidak hapuskan PTPTN sedang dia pulak jadi along tuntut semua peminjam segera membayar!

Kemudian Guan Eng juga melenting marah-marah Dato Sri Najib dihadapan media minta Dato Sri Najib perjelaskan isu 1MDB. Dah sudah Kahiruddin minta jangan sebut pasal 1MDB! Guan Eng pula terlolong-lolong minta tampil perjelaskan!

Rakyat yang mengundi PH tidak pernah hendak mencari kebenaran ketika kebenaran satu-persatu muncul di depan mata!

Mereka nampak Mahathir bercakap soal kes 1MDB!
1. PH akan mengadakan bukti untuk sabit Dato Sri Najib dalam kes 1MDB!

2. PH belum cukup bukti untuk sabitkan Dato Sri Najib dalam kes 1MDB tetapi tidak mahu lepaskan beliau dari menjadi tahanan tanpa boleh keluar mengerjakan Umrah!

3. Mahathir kini berkata, tanpa bukti kukuh, menahan atau mendakwa saya di mahkamah adalah tidak mudah.

4. Dr. Mahathir kerap membuat dakwaan yang menimbulkan pertikaian bagaimana 1MDB mencuri wang 1MDB sendiri untuk memboleh­kan syarikat itu membiayai jemaah haji? dan akhirnya Guan Eng ada alasan untuk batalkan kelulusan pembiayaan penuh 1MDB kepada 1200 Jemaah Haji pada tahun ini!

5. Guan Eng pula hari-hari jumpa berpuluh-puluh fail sulit macam-macam kes yang dia kata mampu heret Dato Sri Najib sebagai bersalah! tetapi tidak ada satupun menjadi kes mahkamah!

6. Daim pula cakap dia terkejut dengan kehilangan (wang), saya masih mengumpul jumlah keseluruhannya, tetapi jumlah berkenaan adalah besar, jika kamu menjumlahkannya, ia besar, sangat besar! tetapi sampai sekarang sudah lebih sebulan hanya dengar besar-besar tetapi nampakmacam temberang je besar.

Dari 6 subjek Ini hanya sebahagian dari sudah beratus kenyataan cuba menyalahkan Dato Sri Najib dalam masa sebulan ini! Tetapi tidak ada satupun menjadi bukti yang boleh menyabitkan Dato' Sri Najib sebagai bersalah sedangkan KP SPRM kata dia sebelum dia dilantik KP! Dia ada bukti kukuh untuk mendakwa Dato' Sri Najib! Tetapi mana dia?

Walhal KP SPRM sudah buat sidang media khas untuk menjatuhkan hukuman Najib sebagai bersalah tanpa ada sebarang kertas kes dikemukakan kepada pihak Mahkamah!

Peguam Negara! Mahathir dah tukar! KP SPRM! mahathir dah tukar! Sekarang Ketua Polis Negara dan Ketua Hakim Negara pula diwar-warkan untuk tukar! Semua hanya kerana kerana bagaimana hendak mengheret Dato' Sri Najib ke Mahkamah dan dijatuhkan hukuman bersalah!

Akhirnya tertutup isu manifesto PH satupun tak tertunai!

Itu yang aku maksudkan Rakyat yang mengundi PH bila benda di depan mata masih suka menjamu fitnah sebagai santapan berbuka puasa.

Ekonomi jangan cerita! Malaysia muflis kata mahathir tetapi bila dia pergi ke Jepun dia kata Malaysia tidak muflis kerana ada rizab wang KWSP sebanyak RM771.2 billion. Sedangkan zaman Mahtahir tinggalkan zaman 22 tahun PM ke-4 hanya berbaki RM 220.2 bilion.

Wah sebenarnya dalam kekalutan Mahathir hendak uruskan negara! Banyak juga Dato Sri Najib tolong contohnya untuk rizab negara beliau tinggalkan RM431 bilion, KWSP tambahan RM521 bilion! Rezab Petronas beranak dari RM30b pada zaman Mahathir kepada RM164.7 bilion! Belum masuk rizab tabung haji! Felda dan sebagainya.

Rupa-rupanya Pakatan Harapan semakin takut dengan sindrom Najib! kerana kehebatan Dato' Sri Najib urus ekonomi negara tidak akan dapat ditandingi Mahathir walaupun sudah 2 kali jadi PM.

Sampai sekarang Mahathir hanya mampu bergantung hasil rizab peninggalan Dato' Sri Najib! barulah dia sanggup bagi sifar GST selama 3 bulan.

Malah Mahathir terdesak curi semua produk Dato' Sri Najib untuk uruskan kerajaan seperti BR1M, PR1MA, SPAD, Klinik1Malaysia dan ada lebih 180 produk Mahathir telah dan akan tukar nama sebagai dia yang menciptanya!

Patutlah sindrom Najib amat berbahaya hingga boleh mengancam kedudukan Pakatan harapan! jika mereka gagal menjadi Dato Sri Najib sebagai penjenayah!

Bak kata Mahathir! jika bukti 1MDB tidak kukuh dan jika Dato'Sri Najib didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh Pakatan Harapan selama ini akan dipersoalkan oleh rakyat.
|||@Mohd Fadzil Kalaulah Dato" Sri Najib Masih jadi PM ketika ini Semua orang akan rasa tidaklah suram menjelang Hari Raya ini!

#FaktaBukanAuta #MahathirBapaMalapetaka #MahathirKudaKayuDAP#RinduZamanNajib